Friday, January 9, 2015

MLM 2014: Shuib Sepahtu Berjaya Buat Penonton Menitis Air Mata

Walaupun Sepahtu hanya Shuib sahaja keseorangan membuat persembahan di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada Jumaat lalu, tidak mematah semangat buat dirinya untuk lakukan yang terbaik.


MLM 2014, Shuib Sepahtu Berjaya Buat Penonton Menitis Air Mata, info, terkin, hiburan, sensasi, sepahtu, shuib sepahtu

Gara-gara Jep yang kurang sihat dan dimasukkan ke hospital, Shuib membuat persembahan dengan konsep ‘sit down comedy’ nyata tidak menghampakan.

Dengan menjadi Jep sebagai elemen dan modal Shuib untuk berlawak ia memberi impak secara keseluruhan kepada jalan ceritanya sehingga penonton ketawa dengan galaknya.

Namun di seminit akhir persembahan, Shuib berjaya meruntun hati penonton apabila dia dengan rasa ikhlas hati mendoakan sahabatnya Jep agar cepat sembuh dan pulih sediakala.

Menurutnya lagi, Jep merupakan sahabat rapat yang dikenali terlalu lama bermula di Raja Lawak lagi dan agak terkesan sekiranya Jep tiada di sisinya.


Namun, mood sedih itu berjaya ditangkis mudah apabila Shuib melontarkan suara dengan mengatakan sekiranya Jep tidak sihat untuk persembahan yang akan datang, dia terpaksa meminta bantuan Mamat  untuk terus memperjuangkan lawak Sepahtu.

Setelah dia berkata demikian, gegak gempita penonton memberi sorakan kerana lawak ‘seramnya’ itu menjadi sehingga mendapat tepukan gemuruh.

Juri telah memberi 5 bintang kepada Shuib dan diingatkan kepada penyokong setia MLM2014 teruskan mengundi Sepahtu serta kumpulan yang lain kerana undi anda bermakna buat mereka.

Baca : MLM 2014: Joey Terkilan Dengan Komen Juri Di Minggu Ke-9 

Sumber : murai.com.my

MLM 2014: Joey Terkilan Dengan Komen Juri Di Minggu Ke-9

Setelah selesai kesemua superhero membuat persembahan di minggu ke-9 Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) akhirnya nasib tidak menyebelahi Jalor kerana telah tersingkir.


MLM 2014: Joey Terkilan Dengan Komen Juri Di Minggu Ke-9, Info, terkin, hiburan, MLM2014, Kumpulan Jalor,


Malam bertemakan ‘Seram’ tidak berpihak kepada Jalor dan lawaknya seakan-akan hambar dan tidak menjadi sehingga penonton tidak ketawa terbahak-bahak.

Mendapat komen yang membina dan berbisa daripada Dato’ Jalaluddin Hassan membuatkan anggota kumpulan Jalor Joey agak tersentap sedikit dengan komen telah yang diberikan.

Artikel Terdahulu :  

Joey menanyakan sendiri kepada Dato’ Jalaluddin Hassan adakah beliau tidak meminati kumpulan Jalor?

Dato Jalaluddin menjawab beliau sayangkan semua superhero MLM2014 cuma kalau ada kekurangan menjadi tanggungjawab dirinya untuk memberi komen.


Kini tinggal 7 lagi kumpulan yang bakal berentap untuk bergelar juara iaiu Sepahtu, Shiro, SYJ,Bocey,Nabil,Zero dan Virus.

Kepada semua penonton setia MLM, teruskan mengundi superhero kesukaan anda yang disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap hari Jumaat.

Bermula pada pukul 10 malam dan boleh juga ditonton di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)

Baca : Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak  

Sumber : murai.com.my

Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak

Baru-baru ini, Fizz Fairuz telah pun dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama motorsikal berkuasa tinggi dan menganggap perkara tersebut adalah rezeki bakal anak sulungnya itu.


Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak, info, terkini, hiburan, fizz fairuz

“Alhamdulillah, ini mungkin rezeki anak apabila saya ditawarkan untuk menjadi duta kepada GO Motoshow Malaysia pada tahun ini. Mungkin ini juga adalah hasil kerja keras saya selama ini,” katanya ringkas.


Dilantik Jadi Duta, Fizz Fairuz Anggap Rezeki Anak, info, terkini, hiburan, fizz fairuz

Fizz yang kelihatan agak kurus ketika ditemui baru-baru ini turut menyatakan perkara tersebut mungkin berkaitan dengan jadualnya yang padat ketika ini.

Namun dalam masa yang sama, pelakon ini juga turut berkongsi rasa gembira dan menyatakan rasa bersedia untuk menyambut kelahiran bakal anak sulungnya itu nanti.



“Alhamdulillah buat masa sekarang semuanya sudah berjalan dengan lancar dan hanya menunggu masa sahaja. Sekarang, saya shooting ke mana pun saya akan bawa Almy bersama kerana kandungan sudah masuk 8 bulan. Bila-bila masa sahaja dia boleh melahirkan anak,” katanya lagi.

Baca : Fizz Kurang Rehat Sebab Jaga Isteri  

Sumber : rotikaya.com

Putus Dengan Bieber, Selena Gomez Pilih Pemain Bola Bosnia?

Pemain bola sepak Bosnia, Sejad Salihovic dilaporkan media antarabangsa merupakan kekasih terbaharu penyanyi Selena Gomez selepas putus cinta dengan bintang pop sensasi, Justin Bieber.


Putus Dengan Bieber, Selena Gomez Pilih Pemain Bola Bosnia?, info, terkini, hiburan, luar negara, Hollywood celebrities, selena gomez, sejad salihovic, gossip,


Seperti diketahui ramai hubungan Gomez dan Bieber sebelum ini sering kali ‘on and off’ namun dengan perkhabaran ini, nampaknya hati Gomez sudah pun dicuri oleh atlet berusia 30 tahun itu.

Selena Gomez dan Salihovic turut dilihat menghabiskan masa bersama di Dubai sempena sambutan tahun baru, baru-baru ini.

Sepanjang percutian di situ, Salihovic berkongsi gambarnya dan Gomez menaiki unta selain mencuba makanan orang tempatan di sana.


Putus Dengan Bieber, Selena Gomez Pilih Pemain Bola Bosnia?, info, terkini, hiburan, luar negara, Hollywood celebrities, selena gomez, sejad salihovic, gossip,

Putus Dengan Bieber, Selena Gomez Pilih Pemain Bola Bosnia?, info, terkini, hiburan, luar negara, Hollywood celebrities, selena gomez, sejad salihovic, gossip,

Sumber : mynewshub.cc

Fizz Fairuz tidak cukup rehat jaga isteri

Siapa yang tidak teruja untuk bergelar bapa? Apatah lagi anak sulung yang bakal menjadi pengikat kasih sayang dalam rumah tangga.

Begitu juga pelakon yang dikenali dalam filem Mat Tudung, Fizz Fairuz, 35, yang kini menghitung hari menanti isterinya yang juga pelakon Almy Nadia, 28, melahirkan anak mereka pada Februari nanti.

Fizz Fairuz tidak cukup rehat jaga isteri, info, terkini, hiburan, almy nadia, fizz fairuz,

Almy yang kini sarat mengandung lapan bulan dijangka melahirkan anak pada tanggal 27 Februari depan.

Walaupun agenda seninya padat dengan projek drama dan filem, Fizz mengakui dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga. Antara drama dan projek filem terbarunya ialah Cinta Ros Putih dan filem Mat Tudung 2.

"Ramai yang bertanya kenapa saya nampak kurus, sejak kebelakangan ini. Hakikatnya, saya tidak cukup rehat kerana perlu membahagikan masa antara karier seni dan menjaga isteri yang mengalami alahan yang teruk ketika mengandung.

"Saya juga tidak berani meninggalkan isteri seorang diri di rumah terutama pada waktu malam kerana Almy pernah diganggu makhluk halus dan terpaksa berubat secara tradisional sebelum ini," katanya.

Bercerita lanjut ketika menjaga Almy, kata Fizz, isterinya itu mengalami alahan yang teruk dalam tempoh tiga bulan pertama mengandung.

"Jika wanita mengandung lain mengalami 'morning sickness' pada waktu pagi, Almy pula muntah-muntah, sakit kepala dan kurang sihat pada waktu malam.

"Penat macam mana pun balik dari lokasi penggambaran, saya perlu meluangkan masa dengannya dan membantunya mengatasi alahan berkenaan. Malah, saya perlu mengambil alih tugas memasak bila dia kurang sihat akibat alahan mengandung," katanya.

Fizz ditemui pada majlis pelancaran Go Motorshow (Gomoma) Malaysia 2015-2017 anjuran UGDC Intensione Sdn Bhd dengan kerjasama Kazanah Bangsa yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu disempurnakan Tengku Besar Putra Sela-ngor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah.

Sebagai suami penyayang, Fizz berusaha memenuhi apa saja keinginan isterinya sepanjang tempoh mengandung itu.

"Saya sangat memahami wanita yang mengidam ketika mengandung. Sebelum ini, saya sudah memenuhi keinginan Almy untuk makan telur penyu dan jeruk asam boi dan sekarang dia mengidam untuk makan buah kundang pula.

"Saya sudah berusaha mencari buah kundang di serata tempat tapi tidak berjumpa kerana kini bukan musim buah itu sekarang. Justeru, saya berharap jika ada peminat atau orang ramai yang tahu di mana saya boleh mendapatkan buah kundang, silalah hubungi saya dengan segera," katanya.

Almy rancang kembali berlakon selepas pantang

Sepanjang tempoh me-ngandung, Almy mengakui dia terpaksa membataskan karier seninya kerana memberi tumpuan pada anak dalam kandungannya. Malah, Almy juga lebih selesa me-nguruskan karier seni suaminya sendiri ketika ini.

Namun kata Almy, dia tetap merancang untuk kembali berlakon selepas selesai tempoh berpantang nanti.

"Fizz tidak menghalang saya untuk kembali berlakon kerana dia tahu bidang lakonan sudah sebati dengan diri sejak dulu. Apa yang penting, saya tahu batas yang perlu dijaga sebagai isteri.

"Pada masa sama, saya lebih suka ada duit sendiri dan tidak suka bergantung dengan suami semata-mata," katanya.

Ditanya soal jantina bayi pula, kata Almy, dia juga dijangka melahirkan bayi perempuan nanti. Pasangan ini juga memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwi-sya, 6, yang dijaga neneknya di kampung.

"Kami tidak kisah soal jantina anak kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifatnya nanti.

"Setakat ini semua persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sudah siap terutama hospital untuk bersalin, pakaian serta peralatan untuk bayi juga sudah dibeli," katanya.

Baca : Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta 

Sumber : hmetro.com.my

Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta

Sukar untuknya menerima tawaran beraksi di pentas teater, namun, selepas melihat naskhah Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta, hatinya terpanggil untuk sama-sama mengalunkan nama Nabi Muhammad SAW sempena hari kelahirannya yang diraikan pada 3 Januari lalu.


Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi Cilik Tegar, teater Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta

Meskipun sukar berikutan sebutan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia sedikit berbeza, penyanyi cilik Tegar berusaha memperbaiki mutu sebutannya malah dia turut mengambil kelas vokal bagi memantapkan lagu yang dipersembahkannya pada teater berkenaan yang sudah pun berakhir 7 Januari lalu.

Bertemu penyanyi dari seberang ini, Tegar berkata, tawaran membabitkan diri dalam teater arahan Erma Fatima itu diterima selepas ditawarkan sendiri oleh Ketua Pengarah, Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Ketika saya berada di sini untuk menghadiri sebuah persembahan saya sempat bertemu Datuk Juhari dan ketika berbual dengannya dia turut menawarkan saya berlakon teater.

"Pada mulanya, saya enggan kerana di Indonesia sendiri sudah banyak tawaran berlakon teater berbentuk Islamik saya tolak. Saya belum yakin untuk melakukannya.

"Dengan menyebut nama-nama Allah SWT dan para rasul kita ia sesuatu yang sukar bagi saya bimbang tersalah sebutan akan menjadi masalah.

"Namun melalui teater Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta ini saya cabar diri untuk menerimanya apatah lagi tawaran diberikan orang kuat Istana Budaya dan bukan semua orang mampu beraksi di pentas tersohor itu.

"Tidak dinafikan pada mulanya, agak sukar kerana sebutan bahasa saya dengan bahasa Melayu sedikit berbeza. Namun berkat bantuan guru vokal saya berjaya melakukannya," katanya yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Nabi Anak Yatim.

Bekerjasama dengan Erma juga satu pengalaman baru buat Tegar, apatah lagi mendapat bantuan daripada pelakon dan kru produksi terbabit membuatkan dia berharap diberi peluang beraksi di pentas ternama itu lagi.

Dalam pada itu, mengulas perkembangan terbarunya Tegar berkata, tidak lama lagi dia akan melancarkan album Ke Mana Kasih Sayang di Indonesia. Ini kerana, album berkenaan terlebih dulu dilancarkan di sini.

Selain itu, dia turut mendapat tawaran mengadakan konsert besar di Singapore Expo, namun segala-galanya masih dalam perbincangan.

"Mengikut perbincangan konsert itu akan berlangsung pada April nanti. Apa pun ia masih dalam perbincangan dan doakan semuanya berjalan lancar.

"Walaupun sibuk dengan bidang nyanyian saya masih meneruskan pelajaran seperti biasa di rumah. Sekarang ini guru bahasa Inggeris akan datang mengajar.

"Semua ini saya lakukan bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris seiring dengan kerjaya saya yang banyak bertemu pelbagai golongan masyarakat," katanya.

Baca : Cinta Yusry dan Lisa Surihani Bertambah Kukuh 

Sumber : hmetro.com.my

Cinta Yusry dan Lisa Surihani Bertambah Kukuh

"Eii...ayang ni janganlah! Suka tau kacau I," cebik manja si isteri tanda geram menjadi mangsa usikan suami.

Menyedari ting­kahnya secara spontan itu mengundang tawa mata yang memandang, Lisa Surihani, 29 pantas menjelaskan punca dia merungut.


Cinta Yusry dan Lisa Surrihani Bertambah Kukuh, info, terkin, hiburan, sensasi, lisa surihani, yusry abdul halim, pasangan selebriti paling romantis

"Yusry suka usik I. Dia suka sakat. Geletek ketiak I sebab tahu I akan geli," kata Lisa. Yusry yang mendakapnya pula dengan reaksi wajah tidak bersalah sambil tersenyum melihat isterinya mengomel selepas disakat.

Ternyata saat sebegini jarang dapat disaksikan membabitkan aktres yang terkenal dengan jolokan 'Malaysian Sweetheart' itu dan suaminya, Yusry Abdul Halim, 43, yang juga pengarah kreatif dan anggota KRU.

Mereka juga digelar 'pasangan selebriti paling romantis'.

Baca : MLM 2014: Punca Kumpulan Jalor Tersingkir 

Sumber : hmetro.com.my

MLM 2014: Punca Kumpulan Jalor Tersingkir

Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along terpaksa menerima hakikat apabila diumumkan sebagai peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang disingkirkan pada minggu ini.


MLM 2014: Punca Kumpulan Jalor Tersingkir, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Kumpulan Jalor, MLM2014

Malam bertemakan 'Cerita Seram' menyaksikan tiga kumpulan berada di 'bottom three' iaitu Jalor, SYJ dan peserta feveret Zero.

Bagaimanapun Jalor terpaksa akur apabila nama kumpulan mereka diumumkan juri, Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebelum meninggalkan pentas, Joey sempat memohon maaf kepada para penonton terutama peminat mereka.

"Apa yang saya nak cakap di sini, terus-terang berdirinya kami di sini bukannya nak mengaibkan atau merendahkan mentaliti orang-orang di luar sana.

"Kami berada di sini, kami mengabaikan anak bini kami mencari idea dan ruang semata-mata untuk menghiburkan anda semua," kata Joey seolah-olah memulang paku buah keras kepada komen Datuk Jalaluddin sebelum itu.

Pada kesempatan itu Joey turut mengucapkan terima kasih kepada Rahim kerana berani membawanya dan Along ke pentas MLM 2014 bersama Jalor.

Walaupun di awal rancangan Jalor menduduki kedudukan teratas, namun mereka menerima bahawa rezeki Jalor terhenti pada malam ini (Jumaat).

MLM 2014 disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134.

Minggu hadapan, tinggal 7 lagi peserta iaitu SYJ, Zero, Virus, Sepahtu, Shiro, Bocey dan Nabil yang bakal berentap sehingga ke pusingan seterusnya.

Jangan lupa...teruskan undian anda ya!

Baca : Punca Arja Lee Sudah Tiada Pengurus  

Sumber : astrogempak.com.my

Punca Arja Lee Sudah Tiada Pengurus

Pelakon dan penyanyi Arja Lee menyangkal dakwaan kononnya dia mengalami konflik dengan pengurus sehingga terpaksa menguruskan sediri kerjayanya tanpa bantuan sesiapa sejak tiga bulan lalu.

Punca Arja Lee Sudah Tiada Pengurus, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, arja lee

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 31, menjelaskan hubungan mereka masih kekal baik biarpun mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan hubungan profesional.

Kami tidak bergaduh cuma membawa haluan masing-masing dan sepanjang tiga bulan ketiadaannya saya menguruskan sendiri semua perkara berhubung kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Arja berkata, dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti kerana lebih selesa menguruskan sendiri kerjayanya buat masa ini.

Kata Arja, dia mengambil peluang tersebut untuk mempelajari selok-belok industri hiburan daripada prespektif pengurusan.

"Sebelum ini saya banyak bergantung kepada orang lain dan sudah tiba masanya saya sendiri menentukan hala tuju karier saya dan membuat keputusan sendiri.

"Alhamdulillah semakin banyak yang saya belajar dengan ketiadaan pengurus dan keadaan terkawal," katanya.

Sementara itu, Arja yang sebelum ini mengakui kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon Shima Anuar putus memberitahu masih belum bersedia untuk mempunyai pasangan kekasih.

Jelas Arja, buat masa ini dia ingin memberikan fokus kepada kerjaya selain merancang pelbagai aktiviti bagi merancakkan perjalanan kariernya pada tahun ini.

Soal jodoh itu bukan di tangan saya dan sekiranya ada... saya terima tetapi tahun ini tumpuan saya adalah kepada kerjaya seni," katanya.

Baca : Ayah Emma Maembong Dikecam Netizen 

Sumber : mstar.com.my