Aktor yang sering dikaitkan dengan aktres Izreen Azminda sekali lagi menjadi topik bualan ramai apabila ruangan gosip sebuah akhbar mingguan mendakwa kononnya dia kini menjalin hubungan dengan seorang penyanyi yang sudah lama menyepi daripada industri.
Amar bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mempersoal kesahihan berita tersebut.
"Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan itu kerana saya sendiri tidak mengetahui siapakah penyanyi yang dimaksudkan.
"Tetapi apa yang penting saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penyanyi," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, aktor berusia 30 tahun itu turut menyuarakan rasa kesalnya apabila gosip itu dikeluarkan tanpa mendapatkan pengesahan daripadanya.
"Saya tiada masalah sekiranya ada wartawan ingin menulis artikel mengenai saya malah berterima kasih tetapi dalam hal sebegini, rasanya lebih baik ia datang daripada mulut saya sendiri.
"Apabila artikel sebegini keluar bagi saya ia tidak menghormati artis dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab terutama pertanyaan daripada keluarga."
Baca : Temubual Bersama Ifa Raziah Isu Persembahan Gegar Vaganza
Gegar Vaganza final baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai. Bukan kerana program tersebut tetapi kerana gimik dan kontroversi yang malanda.
Yang mendapat perhatian adalah gimik lamaran Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha dan yang kedua adalah kontroversi Ifa Raziah dan komen Rosyam Nor.
Melalui temubual dari portal Rotikaya, Ifa Raziah dilihat agak kecewa dengan komen dari Rosyam Nor.
Bagi Ifa Raziah, Rosyam Nor telah mensabotaj dan juga mengaibkannya. Ifa Raziah juga telah berjumpa dan bertanya Rosyam Nor apa motif di aberbuat begitu.
Nak tahu apa jawapan Rosyam Nor? Jom layan video penuh di bawah
Baca : Luahan Hati Along Cham Setelah Jalor Tersingkir MLM 2014
Jalor yang terdiri dari Rahim, Along dan Joey merupakan kumpulan yang tersingkir dari Maharaja Lawak Mega pada minggu ke 9 walaupun di awal rancangan mereka mendahului menerusi undian peminat.
Menerusi tema 'seram' Jalor dilihat gagal menarik perhatian penonton apabila punchline yang diberikan tidak mengena.
Juri Jalaluddin Hassan hanya memberikan 2 bintang sahaja kepada kumpulan Jalor sesuai dengan persembahan Jalor yang hambar.
Ini ucapan dari Along Cham setelah terkeluar:
Syukur Alhamdulillah..walaupun hanya 9 minggu..tapi bnyk pengalaman yg wa dpt belajar di pentas maharajalawakmega yg cukup besor nieh..
maceh very much to our big brotha rahim r2 sebab lu BERANI setup team jalor ni..maceh jugak sbb lu selalu bg kata2 yg positif pada wa..wa bangga sbb ade brotha mcm lu yg x gheti2 putus asa..
buat semua fans iaitu jalorvengers jasamu amat dikenang..yang sponsor baju kami 27legacytiedye moga Allah murahkan rezeki kalian dan yang paling utama adalah official makeup kami iaitu jlo touch lu memang A+++ beb...
serta tidak dilupakan jugak buat tulang2 blakang jalor spt mas lobo, zila seeron, kolin abdullah, we_joey, jaly_skooloflawak, iewanr2, datoac , emyliaac, acheykintangkintung, nizamsani78, fasham yg sentiasa bg kata2 semangat pada kami...
Tq #astro @astrogempak
MAAFKAN KAMI JIKA ADA MENYINGGUNG HATI KORANG SEPANJANG KAMI BERADA DI PENTAS maharaja lawak mega 2014 - Along Cham
Semoga Jalor kekal bersama dan dapat meneruskan perjuaangan mereka. Good luck.
Semalam reaksi dan tindakan remaja bertudung di pentas artis KPOP telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan masyarakat.
Antara yang lantang menyuarakan ketidakpuashatian adalah diva Azwan Ali yang benar-benar kecewa dengan kejadian ini apatah lagi melibatkan gadis bertudung.
Ini antara komen pedas dari Azwan Ali
Pembawa BALA musibah Ke Malaysia
JOIN ME TO CURSEEE
THIS #BETINAbusuk KEPAM neraka
YG SANGGUP
GADAI MARUAH DIRI
DEMI KEMARUK
BINTANG KPOP !
MASYA ALLAH !
KO BERTUDUNG ?
BUT ATTITUDE KO
LEBIH #JIJIK
DARI PELAC*R LORONG ?
SEHINA & SEJIJIK INI
PERBUATAN
#BETINAbusukKEPAMneraka INI ?
APA TINDAKAN PIHAK
JAKIM ? JAIS ?
TOK TOK IMAM ?
HANYA TENGOK ?
COME ON ?
JOIN ME
CURSINGGGG
THIS BETINAA
YG MEMALUKAN ISLAM !
#JIJIKKKKKK
Baca : 400 Selebriti Bersaing Dalam Tema Cinta ABPBH 2014!
Acara anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-28 kembali tahun ini dengan tema sejagat, Cinta.
Cinta adalah luahan emosi setiap insan dalam segenap aspek kehidupan - baik cinta kepada Yang Maha Pencipta, kasih sesama manusia dan seluruh isi alam.
Bagi anak seni, cinta membawa pengertian lebih mendalam apabila hasil karya dipuja. Begitulah cinta yang menjadi penawar bagi segala-galanya.
Sempena penganjuran ABPBH 2014, rasa Cinta akan diterjemahkan melalui empat elemen penting iaitu tanggungjawab, rasa hormat, prihatin dan ilmu dalam setiap aktiviti yang dirancang termasuk beberapa siri jelajah di zon selatan, utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Luahan cinta abadi ini akan dipersembahkan pada malam kemuncak ABPBH 2014 yang bakal kembali menggegar Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands, dan akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, 5 April 2015.
Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 2014, Datuk Mahfar Ali berkata, BH sebagai akhbar ‘Merentas Generasi’ teruja kembali menghangatkan dunia hiburan tempatan dengan acara berprestij yang dinanti-nantikan peminat, ABPBH 2014.
“Sejak ABPBH dianjurkan 27 tahun lalu, kita melihat evolusi dunia hiburan di Malaysia berkembang seiring peredaran zaman.
“Menghampiri tiga dekad, ABPBH berbangga dapat menjadi neraca yang mengukur tahap kebolehan penggiat seni, daya populariti dan ketahanan mereka dalam mewarnai industri hiburan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 2014 yang juga Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 melalui panel khas menimbang beberapa kriteria dalam menentukan calon yang layak bertanding.
“Paling utama calon mempunyai produk yang dihasilkan mulai Disember 2013 hingga Disember 2014. Selain itu, penganjur turut melihat kepada tahap populariti dan impak calon terhadap industri hiburan.
“Syarat ketat dikenakan bagi memastikan fokus ABPBH yang memartabatkan artis popular mengikut pilihan peminat dipertahankan. Dalam hal ini, peminat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pemenang yang layak,” katanya.
Pada peringkat permulaan, lebih 400 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal dalam 15 kategori utama yang dipertandingkan. Semua artis bersaing akan merebut kedudukan Top 5 atau lima calon teratas mengikut pilihan peminat.
Kategori terbabit ialah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Artis Komedi Lelaki Popular; Artis Komedi Wanita Popular; Pengacara TV Lelaki Popular; Pengacara TV Wanita Popular; Penyampai Radio Lelaki Popular; dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Turut dipertandingkan ialah kategori Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Artis Duo / Berkumpulan Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2014 disiarkan dalam akhbar BH dan BH Ahad mulai 8 Januari 2015 hingga 3 Februari 2015 untuk pembaca memilih lima calon teratas.
Pembaca bertuah yang dipilih mengikut kaedah ‘undi dan menang’ akan menerima hadiah seperti iPad mini, Samsung Galaxy Note II dan jam tangan berjenama yang disediakan penganjur.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, akhbar BH juga mengadakan kategori sampingan secara online di laman web ABPBH iaitu www.ABPBH.com.my mulai 13 Januari 2015. Enam kategori dipertandingkan adalah Personaliti Popular; Artis Paling Kontroversi; Pasangan Selebriti Romantis; Artis Lelaki Stailo; Artis Wanita Stailo dan Gandingan Serasi Di Layar.
Pengumuman lanjut mengenai pengendalian acara dan hebahan lain akan dilakukan penganjur dari semasa ke semasa.
Syarikat produk kecantikan Zarra Sinar Puteri adalah penaja platinum bagi ABPBH2014 manakala penaja emas acara berprestij ini adalah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSSPPA), Alam Flora Sdn Bhd, SWM Environment Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd. UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang merupakan penaja Perak turut menaja kereta Toyota Vios dan Camry bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) adalah stesen televisyen rasmi, Radio HotFM adalah stesen radio rasmi dan Tonton adalah platform digital rasmi acara ini. Antara penaja lain adalah Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur menaja lokasi sidang media rasmi.
Pada tahun 2013, acara yang dianggap anugerah People of the Choiceini berjaya mencatatkan jumlah penonton tertinggi iaitu 5.3 juta, diikuti dengan pembaca dalam talian iaitu 1.8 juta. Sebanyak 341,758 undi diterima melalui undian akhbar, 257,706 undi melalui undian dalam talian dan 46,368 undi melalui undian pesanan ringkas. Kempen-kempen yang dijalankan sepanjang ABPBH2013 turut menarik minat 4.38 juta pembaca.
Baca : Emma Maembong Mohon Cari Adik Ipar Rakannya Yang Hilang
Pelakon dan juga kekasih hati Zizan Razak, Emma Maembong mohon kepada orang ramai mencari adik ipar rakannya yang hilang sejak Jumaat lalu.
Difahamkan laporan polis sudah dibuat, dan nama adik ipar rakannya itu ialah Mohd Jamil Mohd Yusoff (Apek Sapaprap).
Emma berkongsi berita ini menerusi instagram miliknya dan Mohd Jamil kali terakhir dilihat telah menunggang motorsikal KTM Duke dengan nombor pendaftaran WXB 9506 yang berwarna oren.
Mohd Jamil memberitahu keluarga untuk pergi ke KPM Beranang atas urusan ingin berjumpa Ustaz Mahzan.
Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh terus hubungi pihak polis berdekatan dan Bella di talian 013-6601214.
Baca : Ayu OIAM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 3.2 Kg
Nak ucapkan tahniah buat juara One In A Million (OIAM) Musim Kedua, Norayu Damit atau Ayu kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram pada siang tadi.
Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan di Hospital UUMC, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 pagi tadi. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat. Ini adalah anak ketiga Ayu hasil perkahwinannya dengan jejaka bernama Fauzie. Bagaimanapun keseluruhan anak Ayu adalah 4 orang termasuk seorang anak angkat yang dibelanya sejak tahun lalu.
Pun begitu, buat masa ini, Murai Batu masih belum mampu nak kongsikan gambar terbaru Ayu bersama babynya kerana menghormati permintaan daripada pihak keluarga Ayu sendiri.
Ketika ini Ayu masih lagi berada di Hospital UUMC, Petaling Jaya dan dia dijangka keluar dari hospital pada hari Isnin depan iaitu 12 Jan 2015.
Disini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ayu di atas kelahiran bayi lelakinya yang masih belum bernama itu.
Mudah-mudahan ia akan menambah lagi rezeki Ayu sekeluarga dan menambahkan lagi ikatan kasih sayang di antara Ayu dengan suaminya.
Baca : Sharifah Aleya Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Tahniah kami ucapkan kepada bekas penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang selamat melahirkan anak lelaki secara normal pada pukul 5.52 pagi, semalam.
Pelakon filem Idola satu ketika dahulu ini telah berkongsikan berita gembira tersebut dengan peminatnya di laman sosial Instagram.
Menurut Aleya, dia melahirkan bayi seberat 2.53 kilogram di Universiti Malaya Specialist Centre.
Artikel Terdahulu :
Bayi lelaki ini merupakan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama Mohammed Azam Abdullah atau Miko Abdullah selepas mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2013.
Menerusi perkahwinan pertama sebelum ini, Leya yang merupakan kakak kepada aktres popular Syarifah Amani memiliki dua cahaya mata kembar perempuan iaitu Asha Ameena dan Aza Ameena.
Mewawancara bintang-bintang E! Pop Of Culture termasuklah team hosnya, barangkali menjadi impian kebanyakan wartawan akhbar mahu pun penyiaran tempatan.
Namun siapa sangka, peluang yang keemasan itu telah diperolehi oleh hos No.1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi apabila menjadi hos tempatan pertama yang dipilih untuk menembual bintang-bintang E! Channel serta rangkaian hos saluran E! secara eksklusif.
Diterbangkan khas oleh E! News Asia ke Los Angeles sejak Khamis lalu, Datuk Aznil yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil telah berpeluang menemubual 2 bintang E! iaitu Kim Kardashian serta Christina Millian.
Tembual bersama Kim Kardashian dilakukan bersempena kemunculan Keeping Up With The Kardashians bagi musim yang terbaru iaitu musim kesepuluh.
Manakala Christina Milian yang semakin jarang menyanyi, bakal membuat comeback semula di dalam industri menerusi program realitinya bersama E!.
Bukan setakat itu, Pak Nil juga sempat berjumpa dan menembual hos-hos E! yang penuh kaliber seperti Ryan Seacrest serta Guiliana Rancic.
Malah, Pak Nil juga berkesempatan melihat hos-hos bintang E! membuat persiapan untuk acara malam kemuncak Anugerah Golden Globe yang akan bersiaran secara live.
Jom kita tengok foto-foto Pak Nil bersama bintang-bintang E! \termasuklah team hosnya. Kalau mahu melihat Pak Nil menembual kmereka , jangan lupa saksikan Hlive di Astro Ria. Pak Nil akan menceritakan segala pengalamannya itu dalam sebuah program khas hlive.
Baca : MLM 2014: Shuib Sepahtu Berjaya Buat Penonton Menitis Air Mata