Wednesday, February 4, 2015

Anis Al Idrus Cemburu Dengan Shila Amzah?

Masih ingat lagi gosip percintaan Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya, Anis Al Idrus yang dikatakan bermasalah hingga Anis bertindak memadam semua foto mereka?

Anis Al Idrus Cemburu Dengan Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Anis Al Idrus, Sharnaaz ahmad, shila amzah

Kononnya, masalah hubungan mereka berpunca dari rasa cemburu Anis apabila Sharnaaz mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah.

Namun, melalui laporan mStar Online, akhirnya Anis membuka mulut dan menafikan dakwaan tersebut.

Anis Al Idrus Cemburu Dengan Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Anis Al Idrus, Sharnaaz ahmad, shila amzah

    Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

    Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

Anis Al Idrus Cemburu Dengan Shila Amzah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Anis Al Idrus, Sharnaaz ahmad, shila amzah

Kalau korang perasan, Anis jarang sekali mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya dengan Sharnaaz. Katanya, biar Sharnaaz saja yang bersuara.

    Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki.

Sumber : ohbulan.com

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”

Setelah sekian lama mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung lagu ‘Apa Khabar’ yang dikatakan ditujukan khas buatnya, Malique akhirnya buka mulut.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Menerusi laman web rasmi syarikat rakaman Qarma Musiq, Malique tampil menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah terlibat dengan lagu ‘Apa Khabar’.

Bukan itu sahaja, Malique turut sempat memberikan beberapa pesanan.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Kejayaan Joe Flizzow memenangi AJL baru-baru ini turut mendapat perhatian Malique. Menerusi kenyataannya, Malique bangga dan mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow. Malique bagaimanapun menafikan dirinya terlibat secara langsung atau tidak dengan lagu Apa Khabar.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Pada masa sama, impian peminat untuk menyaksikan kembali kelibat Malique bergandingan dengan Joe Flizzow menerusi Too Phat takkan menjadi kenyataan.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Sebelum ini ramai pihak mendakwa Malique mempunyai akaun twitter. Namun hakikatnya Malique tiada sebarang akaun di media sosial. Tweet ‘Khabar baik, bro” yang telah mendapat lebih 5 ribu perkongsian itu rupanya bukan dari Malique sendiri. Fake account la kot.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Rasanya penjelasan terbaru daripada Malique ini pastinya menjawab persoalan yang selama ini bermain di fikiran peminatnya.

Harapan kami agar Malique terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Hilang di mata, tapi di hati tidak. Berikut merupakan kenyataan penuh Malique.

Malique Tak Pernah Balas “Khabar Baik, Bro”, info, terkini, hiburan, sensasi, too phat, Maliaque, Joe Flizzow

Sumber : ohbulan.com

Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?

Menjelangnya pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang akan berlangsung pada hari Jumaat, tapi tengok keadaan makin panas.

Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014

Bukan para finalis yang terdiri daripada Bocey, Shiro, Nabil, Sepahtu dan Zero sahaja berada dalam keadaan tertekan memikirkan idea untuk dipersembahkan di peringkat akhir, cerita orang yang dah tersingkir pun turut panas nampaknya.

Sebelum ini,  yakin yang umum mengetahui bahawa salah seorang anggota kumpulan Virus, Zizan Razak pernah ditegur oleh juri MLM 2014, Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika juri memberikan komen. Isu itu kemudiannya menjadi topik hangat di sebahagian media sosial.

Ada yang backup Zizan dan tidak kurang juga yang mengkritik Zizan ekoran prestasi hambarnya bersama Virus.

Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014

Terbaru, hari ini tengok di laman sosial milik pelawak itu, Zizan telah memuatnaik sebuah foto yang mempamerkan dirinya bersama kawan baik, Johan disamping kapsyen yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014

Kapsyen berbentuk amaran itu berbunyi, “Bila kau tiada bakat..bakat orang jangan sekat.. #JOZAN #JOHAN #ZIZAN”

Tindakan Zizan itu menimbulkan persoalan kepada siapakah ayat itu ditujukan?

Menerusi komen-komen pengikut, ianya ditujukan kepada Fazura sendiri. Sama ada benar atau tidak, hanya Zizan sendiri yang mengetahuinya.

Sumber : murai.com.my

Perkembangan Terkini Mazidul Akmal Sidik Yang Mengejutkan

Blogger dan wartawan terkenal, Mazidul Akmal Sidik telah diserang strok pada Jun 2014 sehingga membuatkan kerjayanya terpaksa dihentikan buat sementara.

Perkembangan Terkini Mazidul Akmal Sidik Yang Mengejutkan, info, terkini, wartawan, blogger, mazidul akmal sidik,

Terkini, salah seorang rakan kepada Mazidul Akmal Sidik telah dilaporkan semakin pulih menerusi akaun Facebook peribadinya.

Mazidul yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau lumut, bersongkok ketika menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya di Petaling Jaya baru-baru ini dilaporkan sihat.

“Kami tetap bersama dan kekal utuh..qadaq dan qadar harus diterima..

Ujian Allah harus dihadapi dengan keimanan yang kuat.Terima kasih sahabat yang banyak mendoakan sahabat saya Mazidul Akmal”, kata rakannya.

Isteri kepada wartawan itu, Fazlin tidak pernah berputus asa dalam membantu memulihkan suaminya kerana dia yakin Mazidul akan pulih seperti sedia kala.

Walaupun masih menggunakan kerusi roda tetapi perkembangan itu adalah jauh lebih baik daripada sebelum ini yang hanya mampu terbaring di atas katil.

“Jika sebelum ini lihat dia baring atas katil, tapi alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, kini keadaannya jauh lebih baik apabila sudah mampu mengerakkan anggota badannya, bangun dan duduk bagaimanapun pergerakannya masih agak terbatas.

“Saya bersyukur melihat perkembangan kesihatannya dan amat yakin dia akan pulih dan kembali menjalani kehidupan normal tidak lama lagi,” katanya.

Sumber : katakcomel.my

[7 Gambar] Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan

Siapa tak kenal dengan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, sentiasa membuat orang lain terpukau bila melihatnya. Apa sahaja yang digayakan oleh Che Ta tentu sahaja mendapat perhatian ramai, terbaru menerusi instagramnya, Che Ta dah bertukar fesyen rambutnya. Cantik sangat Che Ta dengan rambut barunya tu!

Kalau sebelum ni Che Ta, sentiasa mengenakan rambut panjang tapi rambut terbarunya nampak sedikit pendek. Tapi sesuailah dengan Che Ta yang comel tu.

Bila Abang M tengok Che Ta dah tak cam umur 40-an dah tapi umur 20-an. Sejak berkahwin dengan Zain dan dikurniakan anak yang sangatlah comel, wajah Che Ta nampak makin berseri-seri.

Jom kita layan beberapa gambar fesyen rambut Che Ta terbaru:

Fesyen Rambut Terbaru Rozita Che wan, info, terkini, hiburan, sensasi, Che ta, rozita che wan

Sumber : gosipmalaysia.com

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik

Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan mesra antara pelakon Yana Samsudin dengan Fadzil Zahari, 32, telah terjawab apabila Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Bakal Nikah 13 Februari Ini. Nak tahu  kisah disebalik sebelum lamaran diterima? Baca tau ‘Yana Samsudin Pilih Fadzil Zahari Selepas Istikharah‘ !!

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik, info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin

Hanya tinggal beberapa hari lagi mereka bakal disatukan dalam ikatan yang sah di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Batu Pahat, Johor sementara majlis persandingan pasangan itu pula akan diadakan pada keesokan harinya, 14 Februari.

Pelakon Yana Samsudin dikatakan semakin sibuk dengan persiapan perkahwinan, buktinya ‘5 Gambar Yana Samsudin Shopping Kahwin Di Bangkok‘ dan ‘Bakal Pengantin Hanez Suraya Dan Yana Samsudin Shopping Di Bangkok‘. Namun disebalik kesibukan tersebut hatinya tetap gugup untuk berkahwin dengan teman baiknya sendiri.

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik, info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin

Perasaan gugup diakui sendiri oleh Yana Samsudin setelah ditanyakan soalan perasaan apabila berkahwin dengan kawan baiknya sendiri :-

Saya rasa gugup dan sedikit janggal, namun mungkin perkara ini tidak akan lama. Saya pasti boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini. – Yana Samsudin

Memang normal perasaan gugup tersebut, maklum lah bakal bergelar raja sehari ditambah pula bakal berkahwin dengan teman baik sendiri. Itu semua dah jodoh, pasti lama kelamaan Yana Samsudin akan seronok dengan alam rumah tangga. Eh! semoga majlis perkahwinan bakal berlangsung dengan lancar.

Sumber : gosipmalaysia.com

Saif Ali Khan Akui Kareena Kapoor Tidak Peluk Islam

Bintang Bollywood terkenal, Saif Ali Khan mengakui isterinya Kareena Kapoor tidak pernah memeluk Islam sejak mendirikan rumah tangga bersama-sama pada tahun 2012.

Saif Ali Khan Akui Kareena Kapoor Tidak Peluk Islam, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gosip antarabangsa, gossip bollywood

Menurutnya, Kareena sejak berkahwin dengannya sering kali dijadikan sasaran kumpulan agama serta menjadikan Kareena sebagai ‘poster girl’ dengan tagline ‘Love Jihad'(Terma yang digunakan oleh kumpulan agama ini terhadap lelaki Muslim yang mengahwini wanita Hindu).

    “Ramai yang kata Kareena sudah peluk agama Islam. Tidak…dia tak bertukar agama,” kata Saif Ali Khan.

Saif tampil membetulkan keadaan memandangkan Saif merupakan lelaki Muslim yang mengahwini wanita Hindu iaitu Kareena Kapoor.

Saif Ali Khan Akui Kareena Kapoor Tidak Peluk Islam, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, gosip antarabangsa, gossip bollywood

Pelik kan bila orang Muslim mengahwini pasangan yang sememangnya berlainan agama dan kepercayaan dan masih tidak menukar agamanya walaupun sudah berkahwin. Hmmm pelik tapi inilah yang berlaku sekarang.

Sumber : gosipmalaysia.com

Tuesday, February 3, 2015

Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael

Dah lama tak dengar perkataan ‘Mat Saleh Celup’. Rasa geli ulu hati membacanya. Secara jujur, kesian juga dengan nasib yang menimpa Nurul Wahab apabila nama anak terbarunya, Raphael menjadi topik perbualan ramai. Ramai yang menganggap Nurul perasan nak jadi omputih dan menggelar penyanyi itu sebagai ‘Mat Saleh Celop’ semata-mata kerana menamakan anaknya dengan nama Raphael.

Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nurul wahab, nurul depp

Nama Raphael adalah nama salah seorang malaikat. Bukannya nama omputih di England, Spain atau pun Venezuela. Mungkin ejaannya yang agak berbeza dan nampak agak ke’orang’ putihan. Namun itu semua tak ada masalah asalkan makna nama tersebut baik. Biasalah bab-bab nama anak ini memang topik hangat di kalangan orang Melayu. Selagi senang menyebut, tak berapa panjang dan membawa makna yang elok, itupun dah cukup bagus. Kata Nurul:-

    Setelah saya mengumumkan nama Raphael, saya mendapat banyak teguran. Malah ada juga yang mengkritik saya sebagai mat salih celup gara-gara nama anak. Sedangkan saya sudah bertanyakan kepada beberapa orang alim sebelum memberikan nama itu kepada anak saya.

Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, nurul wahab, nurul depp

Untuk makluman, menurut Nurul, nama Raphael diambil daripada bahasa Hebrew yang bermaksud Israfil iaitu malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Selain itu, Raphael juga bermaksud penyembuh. Dah cantik dah maknanya tue kan? Entah kenapa masih ada yang dengki. Agak pelik dengan orang kita ini. Nama anak sendiri letak macam nama pelakon Sepanyol sampai tak penuh kad pengenalan, lepas tue boleh pulak kutuk nama anak orang lain. Ish,ish,ish. Sumber Utusan.

Sumber : beautifulnara.com

Eina Azman Didakwa Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya

Di sebalik majlis resepsi gilang-gemilang Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet, rupa-rupanya ada kontroversi yang sedang bertebaran di laman sosial. Seorang wanita, yang mendakwa dirinya adik kepada Kaiser Gurmeet memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan untuk majlis tersebut, sekaligus menyatakan yang Eina Azman cuba memutuskan hubungan adik beradik antara dirinya dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Menggunakan nama agishwagill di Instagram, pemilik akaun tersebut begitu aktif memberikan komen di hampir setiap gambar majlis persandingan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Menurut agishwagill, dirinya tidak mendapat jemputan kerana Eina menuduh dirinya menggunakan perkataan kasar terhadap Eina dan ibunya.

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Malah agishwagill turut memuatkan beberapa keping gambar di akaun Instagramnya untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan Eina Azman. agishwagill juga memohon Eina agar tampil dengan bukti perbuatannya.

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Eina Azman Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, eina azman

Berdasarkan pemerhatian, keluarga sebelah suami Eina Azman memang hadir ke majlis resepsi tersebut. Ada gambar mereka sekeluarga penuh ceria tersenyum bergambar bersama-sama. Namun tidak diketahui pula sama ada agishwagill ada atau tidak di dalam gambar tersebut.

Dakwaan sebegini memang berat dan menjatuhkan maruah mereka yang terlibat. Pastinya Eina dan suami lebih mengetahui apa yang terjadi. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada mereka.

Sumber : beautifulnara.com