Wednesday, February 11, 2015

Pelakon Elfaeza Fobia Gemuk?

Pelakon berdarah kacukan Pakistan ini, mengakui peningkatan berat badan yang pernah dialaminya membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.


Pelakon Elfaeza Fobia Gemuk?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elfaeza Ul Haq

Aikk! Sebelum ni tak mengamalkan gaya hidup yang sihat ker? Hihiii.

Menurut Elfaeza Ul Haq, keputusannya menjadi lebih bermakna apabila dilantik sebagai salah seorang team leader menerusi program kesihatan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) di bawah Kevin Zahari.

    “Diberi kepercayaan seperti selebriti lain menjadi ‘team leadar’ merupakan penghargaan besar kepada saya.

    “Walaupun tidak pernah mempunyai asas dalam bidang berkaitan tetapi saya nekad membantu semua yang terlibat.

    “Bagi saya, tidak semestinya seorang selebriti sahaja tetapi sesiapa pun perlu mendapatkan berat badan ideal supaya tidak mengalami masalah kesihatan,” kata pelakon drama bersiri Adam dan Hawa ini.


Pelakon Elfaeza Fobia Gemuk?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Elfaeza Ul Haq

Jelasnya yang mesra disapa Elfa, berasal dari keturunan berbaka besar membuatkan dia takut menjadi seperti ahli keluarganya.

    “Sebagai artis, saya perlu nampak menarik di kaca televisyen. Malah, kekurangan pakaian yang sesuai juga boleh menyebabkan saya rasa kurang keyakinan.

    “Kerana itu, saya sentiasa mengawal pemakanan dan senaman supaya kekal kurus,” katanya pernah mengalami kenaikan berat badan sehingga 8 kilogram sebulan.

    Akibat masalah itu, Elfa turut merasa tertekan.

    “Saya suka melihat orang cantik, jadi bila badan saya naik, saya rasa kekurangan. Saya pernah tahan lapar dan melakukan perkara di luar minda.

    “Dengan adanya program JK1M ini, saya lebih bijak mengawal berat badan dengan cara betul,” katanya.


Muncul menerusi drama Keluarga Karaoke di Astro Mustika, akui Elfa, walaupun tawaran yang diterima tidak serancak di awal kemunculannya, tetapi dia berbangga kerana mampu bertapak dalam industri.


Sumber : gosipmalaysia.com

Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami

Debaran semakin hampir kepada Yana Samsuddin apabila dia bakal diijabkabul pada Jumaat ini dan dalam masa yang sama masih sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai sikap bakal suaminya, Fadzil Zahari, yang dikatakan sangat penyabar orangnya.


Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Yana Samsudin, Fadil Zahari

“Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

“Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” katanya.


Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Yana Samsudin, Fadil Zahari

Berkongsi cerita mengenai tempoh perkenalannya dengan Fadzil, Yana mengakui terkejut kerana bakal suaminya itu sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas Yana dirisik sekitar 2009.

“Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil”

“Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum,” katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu.

Sumber : rotikaya.com

Hanis Zalikha & Hairul Cari Baju Kahwin Di Jakarta

Bertuah sungguh pasangan selebriti ni. Siapa sangka Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selama ini berahsia menyembunyikan kisah cinta mereka, kini semakin berani dan terbuka berkongsi segala persiapan perkahwinan.


Hanis Zalikha & Hairul Cari Baju Kahwin Di Jakarta, info, terkini, hiburan, sensasi, Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha,

Kami rasa dalam masa beberapa bulan ni, Hairul dan Keknis cuma menghabiskan masa menjelajah beberapa buah negara untuk mencari idea sempena majlis perkahwinan mereka tak lama lagi.


A photo posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Korang bayangkan, beli cincin di Dubai, sesi photoshoot pra-perkahwinan di Paris, dan yang terbaru ke Jakarta pula mencari fabrik sesuai untuk busana pengantin. Confirm meletop wedding diorang ni nanti.

A photo posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Sebelum ni kita dapat lihat pasangan bercinta ni ke Dubai, London dan Paris bersama keluarga Keknis, kan? Tapi kali ini, bakal pengantin menghabiskan masa bersama keluarga Hairul pula di Jakarta.


Hanis Zalikha & Hairul Cari Baju Kahwin Di Jakarta, info, terkini, hiburan, sensasi, Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha,

Kiranya sambil menyelam minum air, sambil bercuti boleh eratkan hubungan kekeluargaan. Bagus pendekatan ni.


A photo posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on



Bagi yang belum berkesempatan melihat video proses penggambaran pra-perkahwinan Hairul dan Keknis di Paris tempoh hari, korang boleh tengok kat bawah ni. Manis sekali!



Sumber : ohbulan.com

Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV

Pelawak dan pelakon popular Jep Sepahtu mendedahkan dia menolak tawaran lumayan dari sebuah stesen televisyen untuk menjadi artis eksklusif.


Punca Jep Sepahtu tolak kontrak lumayan sebuah stesen TV, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Jep Sepahtu

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," katanya yang dipetik dari mStar.

Dalam pada itu, Jep berkata dia tidak boleh hidup dalam tekanan terutamanya apabila ada gosip yang membabitkan dirinya.

"Hidup saya 'simple', saya selalu berada di kampung saya di Kulai, Johor dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong. Itu pun hanya saya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain itu hanya kawan biasa."


Sumber : tupai.com.my

Sherry Alhadad Idamkan Kekasih Berkulit Hitam Manis

Pelakon Sherry Alhadad akui mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain untuk memiliki kekasih dan disayangi antara satu sama lain.


Sherry Alhadad Idamkan Kekasih Berkulit Hitam Manis, info, terkini, hiburan, sensasi, Sherry Alhadad

Buah hati yang dia idamkan itu mestilah seorang yang penyayang, baik hati serta mempunyai warna kulit yang hitam manis.

“Biasalah siapa yang tak mahu diri disayangi dan dikasihi tapi nak buat macam mana belum ada yang nak, jadi beginilah status diriku masih single dan gebu.

“Berkulit hitam manis seperti Remy Ishak itu kalau berjaya ditemui memang bonus buat saya, dan berharap impian saya itu menjadi kenyataan,” kata Sherry kepada portal Murai.com.my sambil tergelak besar.

Sherry Alhadad ditemui wartawan di Majlis Pratonton Teaser Teater Diari Wanita turut akui kerjayanya sebagai seorang pelakon semakin sibuk dan mengah dibuatnya.

“Alhamdulilah, kerjaya sebagai lakonan semakin baik begitu juga dengan hos TV, semuanya rezeki dan saya berharap ianya mendapat sokongan yang baik oleh penonton.

“Sekiranya ada yang kurang baik sila-silalah komen yer…  kalau nak komen kat media sosial tu boleh tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya sambil tergelak besar.

Sherry antara teraju utama selain Misha Omar dan Amy Mastura membintangi Teater Diari Wanita yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 Februari hingga 16 Februari ini.

Sumber : murai.com.my

Nadia AF6 Langsung Majlis Pertunangan April Depan

Penyanyi dan Bintang Akademi Fantasia 6 Nadia atau nama sebenar Haswani Hasnan 25, akan melangsungkan majlis pertunangan pada 18 April depan.


Nadia AF6 Langsung Majlis Pertunangan April Depan, info, terkini, hiburan, sensasi, Nadia AF6

Bakal tunangnya dikenali sebagai Hafiz Hamdan 28, bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah gymnasium di ibu Negara.

“Alhamdulilah, segala persiapan semuanya berjalan lancar dan baru sahaja menempah dewan untuk meraikan majlis pertunangan saya nanti.

“Saya jemput tak ramai lebih kurang dalam 100 orang jemputan terdiri daripada kawan-kawan terdekat, ahli keluarga serta teman media,” ujar Nadia.

Nadia yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Melancong Bersama Selebriti Anjuran Persatuan Karyawan dengan kerjasama SJ Destinations turut memberitahu dia akan bernikah pada penghujung tahun ini tetapi bergantung kepada keadaan.

“Persediaan untuk menjadi seorang isteri tu dari segi mental dan fizikal, saya dah benar-benar bersedia dan berharap semuanya dapat berjalan lancar menguikut kehendak-Nya, Insha Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal mengalas tanggungjawab baru iaitu akan menjadi pengacara sukan untuk Astro Arena tidak lama lagi.

“Saya bakal menjadi pengacara sukan untuk slot Soroton 12 selepas berjaya dalam ujibakat yang dianjurkan baru-baru ini.

“Walaupun pengetahun saya dalam ilmu sukan itu tidaklah hebat tetapi saya akan cuba yang terbaik dan laksanakan tugas itu dengan kebolehan yang saya miliki,” ujar Nadia mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my

Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat

Penyanyi pop kesayangan ramai, Ning Baizura telah diberikan pengiktirafan Country Branding Awards oleh The BrandLaureate dalam satu majlis yang telah diadakan malam tadi.


Ning Baizura Terima Pengiktirafan Tertinggi Dunia Korporat, info, terkini, hiburan, sensasi, Ning Baizura

Ning Baizura ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, kejayaannya itu bukanlah kejayaannya seorang malahan atas kerja keras syarikatnya Happenings Malaysia Sdn Bhd selama ini.

Malah penyanyi Awan Yang Terpilu itu melahirkan rasa syukur apabila pembabitannya sebagai seorang anak seni telah diiktiraf oleh kelompok dalam bidang korporat.

"Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan anugerah ini yang dikhususkan atas kerja keras dan pencapaian saya di dalam negara dan di luar negara.

"Bukan kejayaan saya seorang, jadi ini bermakna, syarikat saya perlu lebih bekerja keras pada masa akan datang untuk membuktikan pengiktirafan ini tidak sia-sia,"katanya.

BrandLaureate Awards telah diperkenalkan oleh The BrandLaureate sempena Asia Pacific Brands Foundation bagi mengiktiraf pencapaian bertaraf dunia sama ada untuk orang perseorangan atau syarikat korporat.

Menerusi syarikatnya Happenings (M) Sdn Bhd, Ning Baizura telah berjaya menganjurkan beberapa program berteraskan hiburan dan korporat antaranya KL Garden Fest Dan KL Kids Fest.

Ning Baizura juga sempat berkongsikan video kejayaannya khusus untuk pembaca setia portal murai.com.my.



Sumber : murai.com.my

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band

Tanggal 27 Disember 2014 yang lalu telah menyaksikan pasangan penyanyi Leez AF dan Aepul Drama Band telah disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat di Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.


Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Sebulan telah pun berlalu, majlis resepsi pasangan merpelai ini akhirnya hanya dapat diadakan pada Ahad lalu, 8 Februari 2015 kerana kesibukan karier masing-masing.

Majlis persandingan Leez yang merupakan calon pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) dan Aepul yang merupakan vokalis kumpulan Drama Band telah diadakan di Bukit Mahkota, Bangi.

Leez dan Aepul tampil dengan cukup bersederhana, di mana pasangan ini kelihatan indah dalam persalinan berona biru.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis resepsi mereka yang telah dimuat naik di laman sosial Instagram masing-masing. Sebahagian foto-foto ini adalah kredit dari EyeLensGallery.


Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Foto-Foto Sekitar Majlis Resepsi Leez Rosly & Aepul Drama Band, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band

Sumber : murai.com.my

Tuesday, February 10, 2015

Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut

Baru-baru ini, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza sudah terlerai.


Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aiman hakim, fathia latiff

Apa tidaknya, mereka sudah menjalin kasih sejak dua tahun lalu dan ia bukanlah satu tempoh yang boleh dianggap singkat.

Tup-tup hari ini, Fathia menerusi Malaysian Digest memberitahu dia sudah kembali bercinta dengan Aiman!

“Saya sangat sayangkan dia (Aiman). Dalam hubungan ini biasalah, ada pasang surutnya dan kami ada bergaduh kerana sedikit salah faham.

“Tapi selepas kami berbincang dan menyelesaikan masalah itu semuanya kembali jernih. Kami sangat sayangkan hubungan ini.

“Dua tahun kami bercinta dan saya pula bukan seorang yang suka main-main dalam sebuah hubungan. Jadi, sekarang kami sudah okay,” katanya.

Menurutnya lagi, tekanan akibat kesibukan mungkin jadi punca timbulnya perselisihan faham antara mereka.


Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, aiman hakim, fathia latiff

Pada masa sama, Fathia mengakui yang dia terharu dengan komen positif daripada para peminat yang mendoakan agar mereka kembali bersatu.

Baguslah kalau segala-galanya sudah pulih seperti sediakala.

Tapi bertambah-tambah bagus kalau hubungan itu segera dibawa ke jinjang pelamin, betul tak?


Sumber : mynewshub.cc