Monday, February 23, 2015

Uqasha Senrose Sudah Dirisik Anak Hartawan?

Khabarnya kini Uqasha Senrose sedang diintai oleh seorang anak hartawan namun empunya badan menafikan sendiri perkara tersebut dan juga terkejut dengan khabar angin tersebut.


Uqasha Senrose Sudah Dirisik Anak Hartawan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Uqasha Senrose

Menurut Uqasha, dia sendiri tidak pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar.

“Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas. Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Uqasha sendiri mengatakan dia sendiri turut berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap agar perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham,” ujarnya.

Sumber : rotikaya.com

Lisa Surihani, Yusry Bakal Dapat Kembar?

Perhatian buat peminat Lisa Surihani di luar sana, khabarnya pelakon ini sedang mengandungkan anak kembar dan ini pastinya membuatkan lebih ramai peminat tidak sabar dan tertunggu-tunggu mengenai berita gembira ini keluar dari mulut mereka sendiri.


Lisa Surihani, Yusry Bakal Dapat Kembar?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lISA sURIHANI, iSTERI yUSRY kRU

Menurut nukilan Miss J di Utusan Online semalam, antara perkara yang turut diperkatakan mengenai selebriti tersebut, kononnya mereka menggunakan kaedah tabung uji (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Tidak tahu samada perkara tersebut adalah benar atau tidak, apa-apa pun jika benar, usaha pasangan ini untuk mendapatkan zuriat tidak bercanggah dengan hukum Islam dan juga sistem perundangan negara.

Malah tindakan Yusry dan Lisa yang banyak berahsia mengenai kandungan mereka juga merupakan satu langkah yang bijak.

Apa yang penting, Lisa kena jaga kesihatan kandungan dan mereka tidak perlu layan mulut-mulut yang sentiasa mencari kekurangan insan lain.

Sumber : rotikaya.com

Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak mengakui dia kini mahu memberi perhatian kepada bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015, info, terkini, hiburan, sensasi,

Menurut Amir yang kini berusia 27 tahun, tindakannya itu adalah atas kesedaran mengenai tanggungjawabnya selepas berumah tangga dan mahu mencari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.


Amir Raja Lawak Bakal Berkahwin 15 Mac 2015, info, terkini, hiburan, sensasi,

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Amir dan tunangnya Nur Intan Syafinaz akan bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana bertempat kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh sementara majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan.

Sumber : rotikaya.com

Sharnaaz Ahmad: Saya Tak Pernah Mengaku Sedang Bercinta Dengan Anis

Sama ada Sharnaaz Ahmad bermain teka-teki atau apa saja pun tindakannya terhadap kisah cintanya, ternyata jawapannya kepada pihak Melodi baru-baru ini, menyatakan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama pelakon Anis Al-Idrus.


Sharnaaz Ahmad, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Anis Al-Idrus

Menurut Sharnaaz di dalam Melodi, dia tidak boleh mengaku putus cinta kerana dia mendakwa tidak pernah mengaku dia bercinta.

“Saya tak pernah pun mengaku pada semua yang saya bercinta. Jadi mengapa saya nak mengaku pula yang saya dah putus? 2015, saya nak fokus kepada kesihatan saya dan karier saya”

Saya seperti lelaki di luar sana yang ada naluri untuk ada isteri dan ada anak. Bila saya tua ada orang yang jaga saya. Sampai masanya Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Jika dirujuk secara mendalam tentang apa yang diperkatakan oleh Sharnaaz, mungkin juga dia mengambil pendekatan untuk tidak mengumumkan percintaan dengan Anis. Bagaimanapun, tiada penafian telah dibuat sebelum ini biarpun kisah percintaannya dengan Anis mendapat liputan meluas.

Apa-apa pun, buat Sharnaaz, teruskan kerjaya dan kegemilangan anda. Kami lihat, tahun 2014 merupakan tahun cemerlang buat Sharnaaz yang muncul dengan beberapa drama dan juga filem.

Sumber : rotikaya.com

Zero Mula Besar Kepala?

Selepas memenangi Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari, nama kumpulan Zero semakin meningkat naik dan dikenali ramai. Namun disebalik kejayaan tersebut timbul pelbagai spekulasi tentang Zero.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Jika sebelum ini Syaiful Zero dihentam peminat kerana bertindak menunda perkahwinannya, terbaru Zero dituduh berlagak ekoran beberapa perkara yang tidak mendapat persetujuan. Betul ke Zero dah mula besar kepala? Setahu kami rambut Atu je yang kembang.

Menurut seorang pengurus acara, Zero sudah berubah dan semakin berlagak setelah memenangi MLM2014. Jika dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Tambah pengurus tersebut, dia ada berurusan dengan kumpulan tersebut untuk menjayakan sebuah acara tetapi malangnya tidak mendapat persetujuan.

Mungkin ‘habuan’ yang ditawarkan terlalu rendah dan tak setanding dengan gelaran juara yang mereka miliki? Atau mungkin juga mereka busy, siapa tahu kan?

Pada masa sama Zero juga dikhabarkan menolak untuk menjadi artis di bawah pengurusan Astro. Bagi kami ada logiknya sebab mereka bertiga bakal muncul dengan sebuah filem setelah menandatangi kontrak bersama dengan MIG.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Zero sendiri berhubung dakwaan besar kepala tersebut dan harap adanya jalan penyelesaian antara kedua-dua belah pihak. Pantang mundur kecuali operasi!

Sumber : ohbulan.com

Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik

Ketat ke? Ada sesetengah yang kata ketat, ada pula yang kata tidak tapi majoriti tetap tak berpuas hati apabila Uqasha Senrose memilih untuk menggayakan busana tersebut.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Sebab paling utama adalah kerana Uqasha dikatakan tidak memakai tudung menutupi bahagian dadanya. Malah sebahagian besar lehernya juga kelihatan.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Kebanyakan pengikut Uqasha di Instagram nampaknya kecewa apabila pelakon cantik itu seakan kurang menitikberatkan imej yang sesuai untuk gadis berhijab.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Kalau Uqasha masih belum berhijab, gaya bergambar begini mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Tapi lain pula penerimaan orang luar terhadap gadis yang bertudung. Mungkin perlu lebih sensitif next time?

Ramai juga yang menegur cara pemakaian Uqasha tapi nampaknya respon si cantik ini membuatkan ramai menganggap dia tak boleh menerima teguran dengan baik.


Uqasha Senrose Berbaju Ketat & Peluk Syafiq Kyle Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, uqasha senrose, syafiq kyle

Mungkin Uqasha terlepas pandang perkara ni. Iyalah, kakak kepada Nelydia ni pun masih baru lagi memakai tudung. Boleh tegur tapi janganlah hukum teruk sangat, okay?

Sumber : ohbulan.com

Siapa Awek Mat Salleh Di Sisi Aktor Johan As'ari?

Kelas tak gambar Johan As'ari dengan awek Mat Salleh nih? Mesti korang tertanya-tanyakan siapa awek Mat Salleh nih?


Awek Mat Salleh Di Sisi Aktor Johan As'ari, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, johan as'ari

Adakah Johan As'ari dah tukar selera daripada awek Melayu kepada Mat Salleh selepas hubungannya dengan beberapa selebriti wanita Melayu sebelum ini banyak yang bertahan di separuh jalan.

Mula-mula dulu Nabila Huda, kemudian Shila Amzah, lepas tu Lana Nordin. Itu yang kita tahu.. yang kita tak tahu, entah siapa-siapa pulakan?

Apapun, nak jelaskan kat sini yang gambar awek Mat Salleh ni adalah kawan Johan As'ari yang baru dikenali sewaktu bercuti di sebuah pulau.

Nama awek Mat Salleh nih tak tahu sebab Johan As'ari tak pulak sertakan namanya. Johan cuma beritahu awek Mat Salleh tu daripada Sweden.

Amboi jauhnya awek Sweden tu datang semata-mata nak habiskan masa di pulau. Untunglah, Johan As'ari dapat kenal dengan awek Sweden tu kan?

Sumber : murai.com.my

Johan ‘Enjoy’ Jadi Hos Tak Sangka Julang Top Top MeleTOP

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, lebih memfokuskan terhadap tanggungjawabnya sebagai hos Anugerah MeleTOP (AME2015) demi jutaan penonton.


Pelakon, pelawak dan penyampai radio Johan, info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015

Namun tuahnya meraih Top Top MeleTOP (lelaki)  adalah di luar jangkaan dan sememangnya bukan dirinya yang disebut-sebut untuk menjulang  anugerah itu.

“Kemenangan ini juga adalah satu ujian untuk saya untuk terus memperbaiki mutu pengacaraan, lakonan dan penyampaian, ini semua kehendak peminat dan saya perlu bayar balik dengan bakat yang telah dianugerahkan.

“Alhamduliah ianya juga rezeki anak saya dan isteri yang tidak henti-henti memberi sokongan, dalam pemikiran saya hanya fokus 100% kepada tanggungjawab untuk menjadi hos.

 Apabila nama saya diumumkan, saya tergamam dan terkejut, apa-apa pun terima kasih kepada peminat yang meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk anugerah ini,” ujar Johan.

Johan ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil turut akui isterinya Ozlyn Wati adalah pengukur kejayaanya dalam bidang seni.

“Ozlyn adalah teman rujukan saya untuk bertanyakan pendapat negatif mahupun positif, dia sering memberi kritikan dan pemberi semangat agar saya sentiasa bersedia dengan sebarang cabaran selaku seorang suami mahupun penghibur.

“Apa-apa pun saya ulang semula ini semua adalah rezeki, selain usaha yang jitu doa juga adalah pemangkin kejayaan seseorang untuk mencapai yang mereka inginkan,” ujar Johan mengakhiri bicara.

Sumber : murai.com.my

Ayda Jebat Tak Mahu Digelar Bintang Mee Segera

Pelakon Ayda Jebat atau nama sebenar  Nor Syuhada Jebat  23, tidak mersakan dirinya akan menjadi ‘demand’ mahupun meletakkan harga yang tinggi selepas meraih Anugerah Top Top MeleTOP (AME2015).


Pelakon Ayda Jebat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Bagi dirinya amat tidak wajar kerana nawaitu yang paling penting ialah keikhlasan untuk berlakon demi peminat drama tv tempatan.

“Walaupun soalan itu agak klise, tetapi saya akan jadi diri sendiri, perangai gila-gila dan ‘no diva-diva’, saya akan layan peminat saya seperti mana sebelum ini.

“Jadi tak perlulah nak ‘demand’, yang penting saya kena jaga momentum kerja saya kerana tak mahu digelar sebagai bintang mee segera iaitu menang satu anugerah atau popular dengan satu drama selepas itu terus hilang dalam industri,” ujar Ayda.

Ayda yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP era 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil berharap drama terbarunya ‘Suami Sebelah Rumah’ dapat kekalkan peminatnya untuk menonton drama itu.

“Drama ini saya berlakon bersama Izzue Islam, antara permintaan peminat saya untuk berlakon dengannya. Alhamdulilah saya dapat berkerjasama dengan Izzue dan saya seronok bekerjasama dengan Izzue dan tenaga produksi Sheila Rusly.

“Selain itu, ‘Suami Sebelah Rumah’ juga adalah drama pertama mengisi slot IRIS yang disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis di TV3.

“Saya harap drama ini menjadi trending dan dapat membantu mengekalkan populariti saya dan kerjaya saya, jangan lupa menonton drama ini yer,” kata Ayda mengakhiri bicara. 

Sumber : murai.com.my