Monday, March 9, 2015

Hanis Zalikha lunas impian orang tua

Biarpun masih muda, sudah banyak yang ditempuhi oleh pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid ini.

Dari dunia maya ke dunia seni, dari seorang blogger biasa kepada seorang selebriti, Hanis bertuah kerana sudah menempuh perjalanan yang penuh warna-warni.


Hanis lunas impian orang tua, info, terkini, hiburan, sensasi, hanis zalikha

Namun dalam melalui semua perjalanan itu, ada sesuatu yang kurang dan ada ketikanya sukar untuk diturutkan. Bagaimana itu bukan bermakna dia seorang yang cekal hati.

Malah sebagai anak kedua dari tujuh orang adik-beradik, dia bukanlah seorang yang sering ingkar akan arahan kedua ibu dan bapanya.

Justeru dia mula memujuk dan memupuk diri untuk menuruti permintaan yang sudah lama disuakan oleh ibu bapanya.

"Kalau ikutkan, mama dan daddy Hanis sudah lama memberi hint supaya Hanis berhijab. Kalau ikutkan Hanis tak pernah gagal mengikuti permintaan keluarga, tapi entah kenapa permintaan yang satu ini sukar untuk Hanis turutkan.

"Tapi itu bukan alasan untuk Hanis melanggar perintah Allah SWT. Alhamdulillah, hari demi hari yang berlalu, hati Hanis mula rasa tenang setiap kali bertudung, sehinggalah Hanis tekad untuk bertudung sepenuhnya pada 1 Mac lalu," ujarnya membuka bicara mengenai imej barunya yang kini sudah berhijab.

Bercerita dengan lebih lanjut, Hanis berkata, dia sudah mula memakai tudung sejak tahun lalu lagi. Bahkan ada ketikanya keluar bersama keluarga dan rakan, dia selesa mengenakan tudung.

"Akhir tahun lepas Hanis memang sibuk dengan penggambaran dan selepas Hairul melamar dan membuatkan keputusan untuk berkahwin, Hanis mula ambil keputusan untuk bercuti.

"Jadi apabila ada banyak masa dan tiada tawaran lakonan, Hanis kira ini adalah masa yang sesuai untuk Hanis bertudung. Kebetulan pada 1 Mac lalu, Hanis keluar bersama ibu dan Hairul.

"Hairul ketika itu teruja dengan imej Hanis dan tanya sama ada Hanis benar-benar sudah berhijab. Jadi bila Hanis kata ya, dia terus kongsikan dan tak sangka ramai yang memberi maklum balas yang baik mengenai perkara itu.

"Paling penting, saya sudah melunaskan impian mereka sebelum menjadi isteri dan perubahan ini adalah berkat doa dari mereka," katanya.

Perubahan drastik?
Menganggap perubahan yang dilakukan bukan secara drastik, Hanis berkata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi Muslimah yang baik.

"Hanis masih diri saya seperti dulu. Cuma sekarang Hanis bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu Hanis akan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya.

Meskipun sudah bertudung, Hanis berkata, dia tetap akan aktif di dalam bidang lakonan selepas ini, namun masih belum memikirkan mengenai karier lakonannya buat masa ini.

"Memandangkan Hanis sibuk sedikit sekarang, Hanis memang tak ambil apa-apa tawaran lakonan, walaupun ada tawaran yang datang.

"Cuma kerja mengacara sahaja yang Hanis masih terima, apatah lagi rakaman Raikan Cinta masih berlangsung. Cuma beza sekarang ini, kami mencari pereka fesyen yang turut mereka tudung agar sesuai dengan imej Hanis," katanya.

Justeru apabila sudah bertudung, penulis sengaja mengusiknya adakah dia juga akan mengeluarkan tudung atau busana Muslimah seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti pada hari ini?

Bagaimana jawab Hanis, dia masih belum terfikir ke arah itu dan dia sendiri masih memakai pakaian yang sedia ada, cuma bezanya di tambah dengan tudung.

"Mama memang pesan, berubah perlahan-lahan supaya orang lain tak terkejut dan Hanis sendiri tidak terkejut.

"Jadi kalau ikutkan Hanis pakai apa yang ada dalam almari, cuma Hanis pelbagaikan agar pakaian itu menutup aurat dan yang penting bertudung," ujarnya.

Bakal bertunang

Dalam pada itu, di tebak mengenai persiapan perkahwinannya yang kini sedang rancak dilakukan, Hanis mengakui, dia dan Hairul Azreen akan bertunang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ujar pelakon yang kini terkenal menerusi drama Suami Encik Sotong ini, majlis hanya akan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

"Hanis minta maaf kerana tak dapat kongsikan tarikh pertunangan tapi boleh dikatakan kami akan bertunang dalam masa terdekat.

"Mengenai tarikh perkahwinan pula, hanya akan dibincangkan pada majlis pertunangan kelak dan ia akan diputuskan oleh keluarga. Jadi selepas ia diputuskan baru Hanis akan maklumkan bila kami akan berkahwin.

"Sekarang pun, Hanis agak sibuk dengan persiapan, sebab itu terpaksa tolak tawaran yang datang. Apa pun doa yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber : sinarharian

Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan

Berat badan bekas vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, meningkat sebanyak sembilan kilogram selepas lebih sebulan menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara.


Berat Badan Zamani Naik 9kg Lepas Sebulan Jalani Pemulihan, info, terkini, berita, hiburan, sensasi, zamani slam

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu.

"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogran dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.

"Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru," ujarnya kepada mStar Online.

Ahmad Zaharil ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, pada Isnin.

Tambahnya, Zamani masih dalam tempoh pemulihan dan mempunyai lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.

"Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain.

"Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu," ujarnya.

Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas timbalan pendakwa raya, Nurdeenie Abdul Rashid memaklumkan bahawa laporan kimia tertuduh kedua-duanya masih belum diperoleh.

Pada 29 Januari lalu, Zamani dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Majistret membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Zamani bersama seorang lagi individu ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi 21 Januari lalu.

Penahanan penyanyi itu kemudiannya mencetuskan kontroversi susulan penyebaran video Zamani dalam keadaan tangan bergari yang dirakamkan anggota polis sambil dia diminta menyanyikan lagu Gerimis Mengundang.

Sumber : mstar

Emma Maembong Tidak Serik Bercinta

Lebih selesa tidak memikirkan mengenai soal cinta ketika ini, Emma Maembong dalam masa yang sama mengakui dirinya tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi selain mengesahkan bahawa dia kini sudah solo.


Emma Maembong Tidak Serik Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, emma maembong

“Saya mengaku sebab saya mahu jujur. Kalau betul kami tidak lagi sebagai pasangan kekasih saya rasa baik berterus terang saja. Cuma, sebab mengapa kami berpisah itu saya tidak akan kongsikan pada semua. Cukuplah sekadar memberitahu yang kami sudah tiada apa-apa hubungan istimewa lagi”

“Hidup saya macam biasa. Sibuk dengan penggambaran. Apa yang telah jadi semua ini tidak menghalang saya untuk tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya. Saya pun tidaklah kata yang saya serik bercinta lagi,” ujarnya lagi.

Selain itu, Emma juga memberitahu bahawa ketika ini dia masih berhubung dengan Zizan dan tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka kembali bersama.

“Tiada siapa yang mahukan semua ini jadi (berpisah) tetapi kami masih berhubung dan berkawan. Masing-masing sekarang sibuk dengan penggambaran. Saya tidak pernah kata yang saya benci dia. Kalau mungkin kami ada jodoh pada masa akan datang atau tiada, saya terima,” katanya.

Sumber : rotikaya

Taylor Swift Insurans Kakinya RM120 Juta?

Bergelar selebriti terkemuka dunia, Taylor Swift dilaporkan kini telah mengambil tindakan untuk menginsuranskan kakinya dengan nilai setinggi USD 40 juta (RM120juta). Kini dia tidak perlu lagi risau jika sesuatu yang berlaku kepada sepasang kakinya yang lincah itu.


Taylor Swift Insurans Kakinya RM120 Juta?, info,terkini, hiburan, sensasi, taylor swift, artis hollywood

Penyanyi yang kini terus meniti populariti dengan hits terbarunya Blank Space itu mengambil berat terhadap aset yang memberikan dia langkah dan menyempurnakan tarian pada setiap persembahannya di serata dunia.

Menurut sumber terdekat penyanyi ini, mereka memandang tinggi harga sepasang kaki penyanyi pujaan ramai itu dan ia berpatutan dengan risiko yang sering dihadapi Taylor setiap kali beraksi di pentas.

“Ia kedengaran seperti satu jumlah yang mengarut tetapi cuba anda bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kaki Taylor, dia tidak dapat lagi memberikan gaya serta identiti dirinya dipentas ketika membuat persembahan.

“Kariernya yang dinilai kini berharga USD 200 juta itu akan berhadapan dengan masalah yang sangat besar,”ujar sumber tersebut.

Penyanyi yang juga digelar American Sweetheart itu juga dikatakan malu dengan kenyataan mengenai nilai sepasang kakinya itu. Dia tidak menyangka bahawa ia mampu mencecah harga setinggi itu kerana Taylor merasakan nilai sebenar sepasang kakinya hanyalah lebih kurang sejuta.

Sumber : murai

Diana Danielle Beri Jawapan Sinis Isu Bercoli Di Instagram

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi berani pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bergambar seksi hingga menampakkan bahagian dada.


Diana Danielle Beri Jawapan Sinis Isu Bercoli Di Instagram, info, terkini, sensasi, hiburan, kontroversi diana danielle

Difahamkan pihak media cuba menghubungi dirinya untuk meminta komen namun tidak berjaya.

Tetapi Diana boleh dikatakan menjawab isu gambarnya itu menerusi Instagram dengan mengunakan kata-kata yang sinikal iaitu ‘Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission’ kalau di alih Bahasa Melayu ‘Kebebasan Adalah Hak Kamu, Tidak Perlu Meminta Kebenaran’.


Diana Danielle Beri Jawapan Sinis Isu Bercoli Di Instagram, info, terkini, sensasi, hiburan, kontroversi diana danielle

Entahlah, tindakan Diana Danielle berani bergambar bercoli dan bersalut badannya dengan bendera Amerika Syarikat sememangnya mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Apa jua jawapan yang diberikan olehnya pastinya akan mengundang 1001 persepsi negatif, tapi kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi kita digalakkan untuk menegur sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh mengundang kontroversi.

Jadi kepada Diana Danielle, jawapan daripada mulut anda memang dinantikan semua orang, kalau Diana itu adalah orang biasa pun terkena juga dengan tohmahan negatif apatah lagi anda seorang selebriti lebih dikenali ramai, apa-apa pun beringat sebelum terkena yaa…

Sumber : murai

Punca Pelakon Bea Balqis Dikecam

Bakatnya digilap menerusi program realiti Pilih Kasih musim pertama pada 2010. Setelah menimba pelbagai pengalaman sepanjang ia disiarkan di TV2 di bawah bimbingan otai-otai dunia lakonan seperti Datuk Rosyam Nor, Erma Fatima serta ramai lagi, Bea Balqis, 26, memulakan langkahnya membina nama sebagai pelakon sebaik menamatkan program tersebut.


Punca Pelakon Bea Balqis Dikecam, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, bea balqis

Lima tahun menempuh perjalanan seni yang disifatkan penuh onak duri, bakat anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini dilihat kian bersinar, apatah lagi tatkala menggalas peranan antagonis.

Memegang watak Sofea menerusi siri Zahira yang disiarkan di slot Samarinda, baru-baru ini, Bea ternyata begitu berkesan membawakan peranannya sehingga meninggalkan impak tersendiri dalam dunia lakonannya.

Punca Pelakon Bea Balqis Dikecam, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, bea balqis

    “Saya akui peminat terkesan dengan lakonan yang saya tonjolkan. Watak perempuan antagonis yang berhati busuk mewujudkan rasa benci dalam kalangan peminat setia siri tersebut.

    “Di laman sosial, terdapat penonton yang mencemuh kelakuan Sofea sehingga terbawa-bawa di dunia realiti apabila ada peminat yang menegur saya ketika terserempak di tempat awam.

    “Ada yang meluahkan perasaan marahnya terhadap Sofea seolah-olah sedang memarahi diri saya. Sedangkan ia sekadar lakonan. Apapun, saya menganggapnya satu pujian terhadap komitmen saya sebagai seorang pelakon,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran trailer filem Isyarat Cinta baru-baru ini.

Selain Bea, turut membintangi drama bersiri tersebut adalah Zara Zya dan Adi Putra.

Sumber : gosipmalaysia.com

Foto Juliana Evans Berjimba DiFullMoonParty

Seronoknya jadi selebriti ni. Mana taknya, apabila kami buka akaun Instaram, pasti penuh dengan foto-foto percutian selebriti tanah air.


Foto Juliana Evans Berjimba DiFullMoonParty, info, terkini, hiburan, sensasi, juliana evans

Antara selebriti yang kerap memuat naik foto-foto percutian yang selalu buat kami teruja adalah Juliana Evans.

Kalau kornag nak tahu, gadis berdarah kacukan Melayu Inggeris ini sedang menikmati percutian bersama rakan-rakan di Koh Semui Thailand tau! Siap pergi full moon party lagi!

Foto Juliana Evans Berjimba DiFullMoonParty, info, terkini, hiburan, sensasi, juliana evans

Haa, kan kami dah kata Juliana Evans tak keseorangan. Ezlyn dan Siti Saleha pun ada okay! Tergelak kami saat melihat foto Ezlyn dukung Jue ni.
Foto Juliana Evans Berjimba DiFullMoonParty, info, terkini, hiburan, sensasi, juliana evans

Kalau dah namanya bercuti di pulau, tak sah kalau tak snorkeling. Betul tak? Cuba korang tengok foto kat atas tu. Haa, agak-agak ikan dalam laut tu teruja tak tengok kejelitaan mereka ni?
Foto Juliana Evans Berjimba DiFullMoonParty, info, terkini, hiburan, sensasi, juliana evans

Sumber : ohbulan.com

Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?

Baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan isteri Fizo Omar, Mawar terkena buatan orang atau lebih tepat lagi disihir sehingga sukar untuk mengandung.


Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Malah perbuatan khianat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaan.


Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Bercakap kepada wartawan Melodi, Fizo tidak menidakkan dakwaan itu namun mengakui perkara tersebut mungkin berlaku di luar pengetahuannya.

    Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku.

    Saya bukan tak percaya benda itu ada, sekiranya berlaku, dengan izin Allah. Kalau tak dapat anak bukan sebab perbuatan orang, mungkin belum sampai masanya.

Tambah Fizo, semuanya sudah tertulis dan andainya ditakdirkan lambat menerima cahaya mata, dirinya akan terus berusaha dan berikhtiar.
Isteri Fizo Omar Disihir Sehingga Sukar Mengandung?, info, terkini, hiburan,s ensasi, gosip, fizo omar, mawar karim

Umum mengetahui tentang kejayaan pasangan suami isteri ini dalam bidang perniagaan yang diceburi. Mungkin kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan tersebut, ada pihak bertindak menyihir mereka berdua dan ini jawapan Fizo:

    Berkaitan dengan dengki berniaga, persaingan kita tak boleh lari. Kalau boleh kita bersaing secara sihat. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Perbetulkan niat anda sebab kita sama-sama cari rezeki.

Kesian pula bila mengenangkan nasib orang kita bila berniaga, asal berjaya sikit mesti ada yang iri hati sehingga sanggup menggadaikan iman dengan melakukan perkara khurafat dan syirik. Buat Fizo dan Mawar, bersabarlah. Rezeki pasti ada InsyaAllah.

Sumber : ohbulan.com

Thursday, March 5, 2015

Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar

Bekas anggota kumpulan Too Phat Malique kini kembali dengan lagu terbaru ciptaannya ‘Rindu 242’ nyanyian Shae dan Kumpulan Nukilan.


Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar, info, terkini, hiburan, sensasi,

Selepas Teman Pengganti, Malique tidak keluar dengan apa-apa lagu sehingga Rindu 242 dilancarkan baru-baru ini.

Disebabkan itu timbul spekulasi yang mendakwa lagu Rindu 242 dicipta Malique sebagai respon kepada Lagu Apa Khabar ciptaan Joe Flizzow.

Bagaimanapun Joe Flizzow ketika ditemui baru-baru ini telah menafikan perkara tersebut.

Penyanyi rap dan komposer tersebut turut memohon kepada para peminat supaya tidak membuat spekulasi.

“Terus terang saya cakap, lagu Malique tiada kena mengena dengan lagu saya, lagipun Malique telah menghubungi saya dan menjelaskan segalanya mengenai lagunya itu.

“Apa-apa pun saya gembira Malique kembali aktif untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan, sememangnya sahabat saya memang berbakat,” katanya.

Joe yang ditemui media di Majlis Pelancaran Video Muzik Baek di pejabat Sony Music turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique.

“Semoga Malique terus utuh memperkukuhkan lagi industri muzik tempatan.

“Kumpulan Nukilan adalah anak didik terbaru Malique, InshaaAllah mereka boleh berjaya dan saya harap peminat muzik tempatan terus menyokong lagu-lagu kita.

Lagu #RINDU242 telah dilancarkan di corong radio tepat jam 2.42 petang pada 24 Februari lalu.

Kumpulan Nukilan terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu Kirana, Kelana dan Agenda merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman Malique iaitu Qarma MusiQ. 

Sumber : astrogempak.com.my