Wednesday, May 27, 2015

Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

Seorang pakar motivasi mencetus perasaan kecewa Amy Seach setelah menggelar Amy Search dengan panggilan Hantu menerusi satu status di Facebook.


Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

Difahamkan, status tersebut dimuat naik sekali dengan sekeping poster penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya baru-baru ini.

Menurut pakar motivasi tersebut, anak-anak belia negara semakin teruk kerana hantu-hantu seperti kumpulan Search.


Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

"Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya.", tulis pakar motivasi tersebut.

Namun, Amy Search tampil membalas status tersebut dengan sebuah coretan di Instagram beliau yang bertujuan 'mentarbiah' perbuatan pakar motivasi itu yang dikatakan tidak melambangkan pekerjaannya sebagai seorang pakar motivasi.

    Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku
    Hitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup ku...������
    Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sbahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia.

Walau bagaimanapun, status Facebook yang menamakan kumpulan Search hantu itu telah pun dipadam dan kini pakar motivasi itu mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial. - Siakapkeli.my

Soo Wincci sanggup tak kahwin demi kejar cita-cita

Pelakon dan pelakon jelita Soo Wincci mengakui dia tidak akan berkahwin selagi cita-citanya tidak tercapai.


Soo Wincci sanggup tak kahwin demi kejar cita-cita

"Saya mungkin tak nak kahwin kerana saya mahu buat sesuatu lagi besar. Wincci nak promosi industri seni Malaysia ke pentas antarabangsa.

"Saya juga mahu menubuhkan university untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka.

"Jadi siapa mahukan Wincci yang memang lebih utamakan kerja? Susah untuk lelaki yang boleh faham kehendak dan matlamat saya," ujarnya yang dipetik dari Sinar.Fm.

Dalam pada itu, Soo Wincci turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila berjaya meraih tiga anugerah di Malaysia PWH (Persatuan Wartawan Hiburan) Music Award baru-baru ini.

"Buat pertama kali saya menangis di pentas apabila nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah Media Choice Awards.

"Saya memang tidak menyangka anugerah itu menjadi milik saya. Akhirnya penat lelah saya selama lapan tahun, enam album yang saya hasilkan, buat pertama kalinya saya tercalon dan mendapat anugerah ini.

"Saya amat berterima kasih kepada semua yang membantu saya selama ini. Daripada saya tidak dikenali hinggalah sekarang. Buat peminat, terima kasih juga saya ucapkan kepada anda kerana sentiasa menyokong saya." - tupai

Maria Farida sanggup menjanda dari nikah suami orang

Pelakon jelita Maria Farida mengakui dia kini tidak lagi memikirkan soal untuk berkahwin lagi selepas hubungan cintanya tiga tahun lalu kandas di tengah jalan.


Maria Farida sanggup menjanda dari nikah suami orang

"Kali terakhir saya bercinta kira-kira tiga tahun lalu. Saya berkawan dengan seorang lelaki. Memang pada waktu itu, saya akui ada keinginan untuk berkahwin lagi.

"Bagaimanapun impian untuk bersama tidak kesampaian. Ada gangguan di hujung perkenalan kami yang menyebabkan saya kecewa dan bertindak mengakhiri hubungan berkenaan," katanya kepada Utusan Online.

Menurut janda anak satu ini, kini kini lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama anak tunggalnya Mizan Asley, 18, daripada mencari calon suami.

Dalam pada itu, Maria turut menegaskan bahawa dia tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

"Awal-awal lagi saya akan mengelak daripada berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga orang.

"Seperkara lagi, saya tidak mahu menjadikan diri saya seperti trofi apabila keluar dengan lelaki sebab sebelum ini ada beberapa lelaki yang memeprlakukan saya begitu."

Dalam perkembangan terbaru, Maria baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem "Anak Mami Nasi Kandar" arahan Datuk Profesor A.Razak Mohaideen.- tupai

Tuesday, May 26, 2015

Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Baru-baru ini telah muncul kisah pasangan suami isteri yang bercerai dek kerana si suami tergila-gilakan dengan watak Yuhanis yang dibawakan oleh Mia Ahmad menerusi drama Hati Perempuan sehingga terbawa-bawa ketika didalam tidur. Pasti artikel ini ‘8 Gambar Comel Heroin Hati Perempuan, Mia Ahmad‘ telah mempengaruhi lelaki diluar sana. Hati isteri mana tidak sedih sekiranya si suami terlalu gilakan artis tersebut sehingga menyebut-nyebut nama perempuan lain. Perang besar tau!

Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Ekoran munculnya kisah tersebut, Mia Ahmad telah tampil menjelaskan berhubung isu tersebut :


Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

    “Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian. Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya”

    “Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku. Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu”

    “Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata,”


Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Khabar angin tersebut tersebar selepas seorang wanita dilaporkan hadir ke pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya. Fuh! kesiannya si isteri, tetapi kesian juga kepada Mia Ahmad yang tidak bersalah. Khabarnya juga, selain menyebut nama Yuhanis ketika tidur si suaminya mula menunjukkan perubahan sikap. Apa pendapat korang?, agaknya apakah jalan penyelesaian terbaik untuk kes pasangan suami isteri ini. - gosipmalaysia

Wednesday, March 25, 2015

Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin

Pelakon Johan As'ari mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya Lana Nordin yang akan mengumumkan pasangan hidupnya pada petang Rabu (petang ini).


Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin, info, terkini, hiburan, sensasi, Johan As'Ari, Lana Nordin


Johan, 29, berkata, sebagai seorang yang pernah mengenali rapat wanita itu, dia gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan mereka akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

"Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.

"Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Lana dijangka akan mendedahkan butiran mengenai perancangan perkahwinan selain memperkenalkan bakal suaminya dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada pukul 3 petang Rabu.

Lana dan Johan ketika menghadiri Anugerah Skrin pada 30 November lalu.


Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin, info, terkini, hiburan, sensasi, Johan As'Ari, Lana Nordin
Lana dan Johan pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini.

 
Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun jodoh mereka tidak kesampaian namun dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

"Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik.

"Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia akan menghadiri majlis perkahwinan Lana sekiranya wanita itu menjemputnya untuk memeriahkan acara itu nanti.

"Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai keadaan ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang diserang penyakit strok (angin ahmar) minggu lalu, Johan berkata, ibunya masih dirawat di Hospital Serdang.


Sumber : mstar online

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 46, menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi.


Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong, info, terkini, hiburan, sensasi, awie

Bertemu dengan Awie usai majlis tersebut, penyanyi lagu Tragedi Oktober ini bercerita serba sedikit mengenai anugerah sandang kebesaran Gayong yang diterima olehnya.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie.

Awie juga sempat bercerita mengenai penglibatannya dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini.

“Saya sudah terlibat dengan persatuan ini semenjak dahulu lagi. Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong ini. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Awie kini sedang giat menjalani latihan bagi pementasan teater Baik Punya Cilok yang bakal berlangsung pada 25 April ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

“Kini saya dan barisan pelakon lain sedang menjalani proses latihan teater ini. Proses pertama yang kami kena lakukan adalah untuk membuang gelak. Semasa sesi latihan, saya akui yang kami sendiri tidak henti-henti ketawa kerana menuturkan dialog komedi, namun apabila di atas pentas nanti, kami kena sampaikan dengan bersahaja tanpa ketawa. Jadi proses buang gelak itu adalah sesuatu yang sangat sukar,” katanya lagi.

Diminta mengulas mengenai hubungan Dato’ AC Mizal dan Hans Isaac yang kembali jernih setelah hampir lima tahun bermasam muka, Awie bersyukur dengan perkara tersebut dan berharap agar hubungan mereka akan dalam keadaan baik sampai bila-bila.

“Syukur, Alhamdulillah hubungan mereka kembali jernih. Saya cuma berharap agar perkara tersebut tidak berulang lagi dan kami semua akan kekal bersahabat,” uajrnya menutup bicara.

Sumber : kakiberita

Lana Nodin Umum Bakal Kahwin 15 Mei Ini

Selepas berteka teki dengan para peminat dan pihak media, Lana Nodin dalam satu sidang akhbar khas petang ini mengumumkan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Mohd Daud Mc Kienzie Bin Abdullah pada 15 Mei 2015 ini.


Lana Nodin Umum Bakal Kahwin 15 Mei Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, lana nordin

David Mc Kienzie atau nama Islam beliau Mohd Daud McKienzie Abdullah merupakan seorang jejaka yang berasal daripada Amerika Syarikat serta merupakan pemain bola tampar di peringkat sukan Olimpik.

Majlis mereka akan berlangsung sepenuhnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur yang terdiri dari majlis malam berinai, bernikah sehinggalah ke majlis persandingan kedua dua bakal mempelai ini. Tahniah kami dahulukan!

Lana Nodin Umum Bakal Kahwin 15 Mei Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, lana nordin

Lana Nodin Umum Bakal Kahwin 15 Mei Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, lana nordin

Sumber : rotikaya

Kaka Azraff Lega Hubungan Tasha Shila & Hans Kembali Utuh

Penyanyi Kaka Aszraff atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menarik nafas lega apabila mengetahui hubungan Tasha Shila dan Hans kembali bertaut semula yang dikatakan goyah disebabkan gossip cintanya dengan Hans baru-baru ini.


Kaka Azraff Lega Hubungan Tasha Shila & Hans Kembali Utuh, info, terkini, hiburan, sensasi,gosip, tasha shilla, kaka azraff

Kaka dengan panjang lebar menerangkan kepada pihak media, gossip cintanya dengan Hans adalah khabar angin semata-mata dan masih bingung bagaimana cerita ini boleh hangat diperkatakan.

“Saya tak tahu, saya sendiri rasa pelik dan terpinga-pinga serta mencari punca dari mana datangnya cerita karut ini, namun pendirian sekarang ini ialah hal ini amat remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

“Tasha dan saya memang kawan tapi tidaklah terlalu akrab, dia hanya kawan dalam industri dan pernah berjumpa Tasha pun beberapa bulan yang lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga membuat penjelasan ketidak hadiran di majlis berinah Sharifah Sakinah baru-baru ini bukan disebabkan mahu mengelak untuk berjumpa dengan Tasha.

Tetapi, Kaka terikat dengan kontrak lakonan yang baru sahaja dia ceburi iaitu drama siri terbaru ‘Dunia Generasi Baru’.

“Saya sibuk di lokasi penggambaran yang perlu saya beri perhatian, lagipun bukan majlis berinai Kinah jer saya tak pergi, Majlis resepsi Hanez Suraya pun saya tak dapat hadir.

“Hanez sebelum majlis resepsi tu dah berbulan-bulan menjemput saya, tetapi ada pertindihan dengan jadual kerja maka saya perlu beri komitmen pada karier,” kata Kaka mengakhiri perbualan.

Sumber : murai

Friday, March 20, 2015

Iesya Toh Dedah Gambar Bakal Suami

Alhamdulillah. Seorang lagi selebriti kita akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pengacara Selamat Pagi Malaysia dan penyanyi, Iesya Toh akan menamatkan zaman solonya dengan Huzairee Mohamad pada pagi 29 Mei ini. Iesya Toh  telah mendedahkan gambar bakal suaminya itu kepada pihak umum. Perkahwinan Iesya Toh Terima Tajaan RM1 Juta benar-benar mengejutkan ramai pihak. Mana taknya satu jumlah yang banyak tuuu.


Iesya Toh Dedah Gambar Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Iesya Toh

Menurut beberapa sumber, bakal suaminya itu berasal dari Negeri Sembilan dan bekerja sebagai usahawan dan kontraktor. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 30 Mei di Padang Angkasapuri RTM dan majlis bertandang pula di Lavender Heights, Seremban pada 7 Jun.

Berkongsi ceritanya, Iesya atau nama penuhnya, Nos Iesyatirradiah Sanny Toh mengenali Huzairee pada Jun 2013 di Uptown Damansara. Ketika itu wanita berusia 30 tahun itu ditemani sepupunya manakala Huzairee bersama kawannya.

    “Kiranya kami kenal atas kawan. Lucunya pada hari pertemuan itu, kami tak bertukar nombor telefon. Tapi dia beranikan diri minta nombor telefon saya daripada kawan yang menemaninya malam itu.

    “Dua bulan perkenalan kami, dia berhasrat untuk meminang dan menyunting saya sebagai permaisuri hatinya. Tapi saya katakan kepadanya nanti dulu. Jadi hanya merisik dulu. Malah sepanjang Ramadan pada 2013 pun kami tak ketinggalan bertarawih bersama.

    “Dia jadi imam untuk saya dan keluarga. Suaranya mengalunkan ayat suci pun sangat sedap. Maklumlah orang belajar sekolah agama. Dalam tempoh perkenalan kami, saya tak putus melakukan solat istikharah untuk minta petunjuk. Alhamdulillah dia jodoh saya,” katanya.


Iesya Toh Dedah Gambar Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Iesya Toh

Tambah Iesya Toh, bakal suaminya itu tidak pernah lupa memberi ucapan sempena ulang tahun perkenalan mereka.

    “Dia jaga waktu solat. Paling penting dia bujang dan stabil dari segi kerjaya. Itu antara sebab saya memilihnya sebagai bakal suami,” kata wanita berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini.

Kata Iesya, pihak lelaki akan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 pada majlis pernikahan mereka nanti. Mengenai bulan madu pula, pasangan itu memilih berbulan madu di Sepanyol.

TAHNIAH diucapkan ! Diharapkan majlis yang diadakan nanti berjalan dengan lancar dan semoga perkahwinan yang didirikan nanti kekal hingga akhir hayat.

Sumber : gosipmalaysia