Tuesday, February 16, 2016

Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Peminat dan pengikut akaun instagram Dato’ Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris mula beranggapan rumah tangga aliff kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya.


Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Ada kemungkinan gambar itu hanya adalah salah satu strategi pemasaran yang dilakukan untuk menarik minat orang ramai berkongsi perkara tersebut menerusi laman sosial.

Gambar itu juga barang kali membawa jenamanya, @alifffsyukriterlajaklaris.


Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Selain dari memuat naik gambar yang mencetuskan pelbagai khabar angin itu, Alif dan isterinnya, Datin Nur Shahida juga telah memadamkan gambar terkini mereka bersama di akaun instagram masing-masing.

Yang tinggal hanyalah gambar-gambar lama milik mereka. Mungkinkah ini juga secara kebetulan?-mynewshub

Saturday, February 13, 2016

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Hebat juga cerita yang tersebar mengenai bekas finalis Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel yang dikatakan bercinta dengan suami orang. Tidak mudah membuat keputusan melulu, Adel mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang yang mempunyai tiga cahaya mata.


Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang


“Benar, dia suami orang. Tetapi kekasih saya sudah melafazkan cerai kepada isterinya sebelum kami kenal dan rasmi sebagai pasangan kekasih. Saya mengenali ‘Mr. MA’ selepas dikenalkan oleh teman rapat, namun kami serius menjalinkan hubungan cinta sejak sebulan yang lalu”

“Perbualan yang tersebar di laman sosial itu bukan perbualan antara saya dengan ‘Mr. A’. Saya juga tidak pernah memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Itu semua fitnah oleh pihak yang tidak berpuas hati dan berniat mahu memalukan saya,” jelasnya.

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

“Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah”

“Saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya dan tiada masalah untuk saya memeluk Islam,” jelasnya kepada Utusan Online.-rotikaya

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Sebelum nama Siti Nordiana menyinar di Gegar Vaganza, dia hampir berputus asa dan kini segalanya telah berubah. Berikutan kejayaannya itu, Siti Nordiana kini mempunyai sebab tertentu mengapa dia menaikkan bayaran persembahan.


Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan


“Saya sedar diri dan tidak berubah. Dahulu, waktu saya kekurangan tawaran nyanyian, bayaran macam mana sekalipun saya tetap ambil tanpa banyak berkira. “Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar”

“Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa”

“Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Tambahnya, dia kini turut membawwa mikrofon sendiri kerana ia lebih selesa. Apa pun, pastinya perubahan yang dilakukan oleh Siti Nordiana mampu memberikan kualiti persembahan yang lebih baik.-rotikaya

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Februari ini, rakan dan juga adik beradik Anzalna Nasir telah mengadakan majlis pra perkahwinan buat Anzalna Nasir bertemakan figura Barbie. Boleh tahan cantik belaka adik beradik Anzalna.

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Sebelum ini, bakal suami Anzalna, Hanif menjelaskan bahawa mereka merancang untuk berbulan madu di Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah pihak keluarga untuk menunaikan umrah.

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung yang cukup meriah dengan telatah adik beradik Anzalna dan selamat berhujung minggu semua.-rotikaya

Gambar lain : Disini

Scha Alyahya Dedah Punca Awal Tidak Mahu Berlakon Bersamanya

Scha Al-Yahya kini sudah kembali berlakon dan ini pasti membuatkan peminatnya berasa gembira. Semasa ditanya oleh sebuah akhbar tempatan jika Scha ingin berlakon bersama suami, Awal Ashaari, ternyata Scha mempunyai jawapan untuk diberikan.


Scha Alyahya Dedah Punca Awal Tidak Mahu Berlakon Bersamanya


“Memang ramai yang tanya, tak nak ke berlakon dengan Awal. Sebenarnya bukan saya tak nak, Awal yang tak nak berlakon bersama saya.

“Dia lebih berminat untuk menjadi pengacara, jadi saya hormat keputusannya”

“Kalau diberi peluang, saya memang mahu mengacara bersama Awal, saya boleh belajar kerana suami saya lebih mahir dalam bidang itu”.


Scha Alyahya Dedah Punca Awal Tidak Mahu Berlakon Bersamanya

Scha juga berkata bahawa kini adalah waktu yang sangat sesuai untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon kerana anaknya Lara Alana juga semakin membesar.

“Saya tak kisah berlakon filem atau drama sekarang, janji skrip dan jalan ceritanya menarik. Kalau perlu tinggalkan Lara, semua itu boleh diuruskan kerana Awal boleh menjaga Lara”.-mynewshub

Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan dan berharap agar peminat akan mendoakan yang terbaik bagi dirinya.


Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar


“Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun.

Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya.
“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.

Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang. – Mynewshub

Farid Kamil Tak Mahu Diganggu Diana Danielle Selepas Pulang Dari Mahkamah

Pelakon Farid Kamil mengakui pernah meminta Diana Danielle supaya tidak mengganggunya selepas pulang dari mahkamah.


Farid Kamil Tak Mahu Diganggu Diana Danielle Selepas Pulang Dari Mahkamah


Farid berkata dia terbawa-bawa dengan watak yang digalasnya sebagai peguam syarie dalam drama bersiri terbaru berjudul Qanun 99.
“Ini pertama kali saya menggalas watak sebagai peguam. Saya akui ia sedikit mencabar, walaupun peguam merupakan kerjaya idaman saya sewaktu saya kecil.

“Bukan mudah untuk membawa watak sebagai peguam syarie, banyak perkataan baru yang saya perlu belajar dan penghayatannya juga sedikit berbeza.

“Tambahan pula kes-kes dalam setiap episod yang dipaparkan di dalam program ini juga agak berat, jadi ia membuatkan otak kita penat.

“Pernah jugalah satu hari tu, saya balik rumah daripada set dan minta Diana diam dan tidak banyak bertanya kerana tidak mahu diganggu. Diana pun faham,” katanya.

Mengulas mengenai Qanun 99, Farid memberitahu drama tersebut benar-benar membuka matanya tentang permasalahan rumahtangga di Malaysia.
“Kesemua bahan kes yang dipaparkan di dalam program ini adalah kes-kes yang benar dan terjadi di dalam mahkamah syariah. Antaranya kes remaja usia 14 tahun yang mahu berkahwin dan satu lagi kes paling mengejutkan apabila seorang suami menyedari dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki setelah 4 tahun bersama,”ceritanya.

Drama bersiri 13 episod yang turut dibintangi pelakon Yana Samsudin ini disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) setiap Jumaat, jam 7.30 malam.-Murai

Wednesday, January 20, 2016

Adam AF dan Fiza Elite Bercerai Kali Kedua

Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim mengesahkan dia dan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam telah pun sah bercerai.


Adam AF dan Fiza Elite Bercerai Kali Kedua

Fiza berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah.

"Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri.

"Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi.

"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula," katanya.

Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.-murai

Fasha Sandha & Jejai Sah Cerai Talak Satu

Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada Rabu.


Fasha Sandha & Jejai Sah Cerai Talak Satu

Lafaz berkenaan dibuat Jejai, 40, di dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab kira-kira pukul 3 petang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, terdahulu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.

Permohonan itu difailkan Fasha selaku plaintif kes berkenaan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Fasha diwakili oleh Peguam Syarie Zulkifli Che Yong.

Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Fasha bagaimanapun ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perceraian tersebut.

Bagaimanapun, Fasha menerusi pengurusnya mengedarkan kenyataan media kepada wartawan yang hadir pada perbicaraan itu.

Dalam kenyataan berkenaan Fasha berkata, perceraian tersebut adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah keluarga.

Malah katanya, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut dan reda dengan perceraian itu.

"Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha," katanya.

Zulkifli ketika diminta mengulas lanjut mengenai perbicaraan tersebut turut enggan mengulas butiran kes anak guamnya.

Terdahulu Fasha hadir ke mahkamah kira-kira pukul 2.15 petang dan turut ditemani oleh pelakon dan penyanyi Farahdhiya dan Rita Sosilawati.

Manakala Jejai tiba di mahkamah 10 minit kemudian.

Pihak media telah berkumpul di perkarangan mahkamah seawal pukul 10 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes pelakon berkenaan.


Fasha  dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.-mstar