Sunday, November 2, 2014

Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin [ 13 Gambar ]

Memang comel. Hujung minggu lalu, laman sosial rakyat Malaysia dipenuhi dengan gambar-gambar wajah comel anak perempuan sulung Che Ta dan Zain Saidin. Kesemuanya melahirkan rasa geram melihat kecomelan si puteri ini. Orang kata, ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nampaknya anak Che Ta kecil-kecil lagi dan mewarisi kecantikan si ibu dan kekacakan si ayah.


Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin


Nama si comel ini akan diumumkan oleh Che Ta dan Zain Saidin menerusi rancangan H!Live tidak lama lagi. Tak sabar nak tahu. Apa pun, Sasha Saidin telah berkongsi satu gambar dirinya semasa kecil dan membuat perbandingan dengan anak Che Ta. Memang sama. Besar nanti confirm cantik macam mak saudaranya itu kan?


Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin


Semoga si comel ini membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah buat Che Ta dan Zain atas kelahiran cahaya mata ini. Lagi beberapa gambar dibawah ini.

Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin





Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin
Anak Perempuan Che Ta & Zain Saidin


  Baca : Nadia Istimewa Di Hati Tauke 

Sumber : beautifulnara.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Nadia Istimewa Di Hati Tauke Jambu

Memetik petikan Kosmo!, Tauke Jambu kini sudah memiliki kekasihnya sendiri bernama Nadia. Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai wanita bernama Nadia ini.


Nadia Istimewa Di Hati Tauke, info, terkini, hiburan, sensasi, tauke jambu,

Buat Tauke, Nadia sangat istimewa dan dia cukup menawan. Nadia pernah berjumpa sekejap dengan anak-anak Tauke pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Nadia paling rapat dalam hati saya buat masa sekarang, terpulanglah kepada orang lain hendak fikir kami berdua macam mana.

“Nantilah, selepas selesai Maharaja Lawak Mega (MLM 2014), saya akan uar-uarkan siapa dia sebenarnya,”

“Belum sempat kenalkan betul-betul lagi, jumpa pun masa raya,” .

“Hampir tiga tahun saya menduda (anak 6 berusia antara 7-15 tahun), sudah tentu saya rindu untuk kembali bergelar suami. Saya juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun mereka tidak lagi bersama." -Tauke

Baca : Aksi Penyanyi Dangdut Amelina Di BSC 


Sumber : izyan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC

Pasti ramai yang masih ingat mengenai penyanyi dangdut Amelina yang telah mengeluarkan album terakhirnya iaitu ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998, dan kemudian berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.


Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan.

Amelina sebelum ini dilaporkan sudah bertudung. Namun terkini, kelibatnya telah berjaya dirakamkan secara 'candid' di Bangsar Shopping Centre (BSC), Bangsar, Kuala Lumpur.

Bersamanya ialah penyanyi Maya (Matahari) serta seorang lagi teman yang tidak dikenali. Mereka dilihat berbincang sesuatu di sebuah restoran ala Barat sebelum kemudian merakam gambar kenangan ketika mahu beredar pulang.
Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Aksi Penyanyi Amelina Dan Maya Di BSC, info, terkini, hiburan, maya, amelina, sensasi, kontroversi,

Baca : Luahan dan Harapan Hanez Suraya 


Sumber : myartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Luahan dan Harapan Hanez Suraya Setelah Kes Wataknya Digantikan

Selepas disingkirkan daripada produksi telefilem ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’ dan wataknya digantikan dengan pelakon lain, Hanez Suraya mengambil langkah berdiam diri dan tidak mengulas mengenai perkara ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Luahan dan Harapan Hanez Suraya, info, terkini, hiburan, hanez suraya, gosip, sensasi,

“Saya tidak mahu komen lagi mengenai isu ini. Memang saya akui isu yang timbul telah menggelapkan karier saya. Namun apa berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Saya yakin Tuhan sentiasa ada di sisi. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenar,” ujar Hanez yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Luahan sayu Hanez Suraya – Menyedari kesilapan yang dilakukannya dahulu, Hanez masih lagi mengharapkan dirinya diberikan peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam dunia lakonan. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon drama ‘Autumn Di Hatiku’ ini telah digam oleh stesen TV tempatan ekoran kontroversi yang pernah melandanya satu ketika dahulu.

Baca : Nora Danish Tinggalkan Nedim Nazri 


Sumber : ammboi.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Nora Danish Tinggalkan Nedim Nazri

Rasanya semua orang dah tahu bahawa hot mama ni sekarang sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri yang juga merupakan anak kepada seorang menteri terkemuka Malaysia.


Nora Danish Tinggalkan Nedim Nazri, info, terkini, hiburan, gosip, nedim nazri, nora danish, sensasi

Maka, kami yakin bila headline sebegini keluar, ramai jejaka yang melonjak riang sebab kononnya masih berpeluang nak mengorat Nora Danish kan? (kononnyalah).
Nora Danish Tinggalkan Nedim Nazri, info, terkini, hiburan, gosip, nedim nazri, nora danish, sensasi


Tapi, sayang seribu kali sayang. Kami terpaksa katakan yang Nora hanya tinggalkan Nedim selama 50 minit sahaja. Haha. Gurau je ya cik abang semua. Takkan hari-hari nak serius kan? Lebih-lebih lagi apabila mengalami Monday blues macam ni.

Sebenarnya, menerusi laman Instagram Nedim, Nora Danish dikatakan leka ber’shopping’ sampai sanggup tinggalkan Nedim keseorangan. Siap ada video lagi tau.


Tak sabar rasanya nak tengok pasangan sama cantik sama padan ni melangsungkan hari bahagia mereka kan. Tapi, jodoh kan di tangan Allah SWT. Kalau ada jodoh mesti mereka berdua bersatu kan?

Baca : Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok

Korang tengok #AF2014 tak malam tadi? Puas hati tak dengan keputusan tenaga pengajar dan pihak fakulti yang menyerap semula Adel untuk beraksi di final?


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Namun, entri kali ini bukan untuk menulis tentang #AFserap, tetapi mengenai luahan hati Firman berikutan insiden tak dapat hadiah dari Wak Doyok minggu lalu.


Video Luahan Hati Firman Tentang Wak Doyok, info, terkini, hiburan, firman af2014, wak doyok, gosip, kontroversi af2014

Fuh! Dek kerana itu, ramai peminat Firman ‘mengamuk’ tau! Jadi, untuk meredakan kemarahan semua, nah kami sediakan luahan hati Firman, khas untuk anda.
Semuanya sudah terjawab, betul tak kami kata Wak Doyok hanya buat gimik. Alahai, kalau tak ada surprise, bukanlah Akademi Fantasia namanya.

Jadi, korang semua dah boleh berhenti kecam Wak Doyok okay. Hehe. Oh ya, lupa nak beritahu. Malam tadi, Firman menduduki tangga tertinggi tau! Teruskan mengundi Firman kalau korang rasa dia layak bergelar juara.

Baca : Adel Kembali Berentap Di Pentas Akhir #AF2014 

Sumber : ohbulan.com