Monday, December 1, 2014

Punca Sakinah tayang ketiak Sampai peminat bergaduh tersebar

Rasanya dah lama tak dengar kontroversi mengenai Sharifah Sakinah kan. Ada pun hanya cerita yang positif-positif sahaja seperti kisah pertunangannya yang berlangsung pada bulan Oktober yang lalu.


Punca Sakinah tayang ketiak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, sharifah sakinah

Bagaimanapun, tengah hari tadi kami menerima screenshot gosip terbaru mengenai si cantik ni. Tapi, rasa kelakar pula apabila baca perdebatan yang berlaku antara followers Intagramnya ni. Oii!Pasal ketiak pun nak gaduh ke?


Punca Sakinah tayang ketiak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, sharifah sakinah

Bagi kami sebenarnya perkara ini tidak seharusnya jadi isu pun. Tambahan pula memang  sudah Sakinah terkenal dengan imej seksi.

Malah, sebelum ini pun Sakinah dilihat tidak barapa ambil peduli dengan sindiran dan kutukan yang diterima kerana sering mendedahkan tubuhnya.


Jadi, tiada guna pun anda semua nak bergaduh dan memberi komen negatif di foto tersebut kerana ternyata Sakinah tetap dengan pendiriannya.

Baca : Lady Gaga Pakai Baju Kelawar Jarang Pergi Pasar Raya? 

Sumber : aans1.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Lady Gaga Pakai Baju Kelawar Jarang Pergi Pasar Raya?

Sebut sahaja Lady Gaga pastinya gaya, pakaian dan perilaku penyanyi ini terbayang diminda. Namun pada Sabtu lalu penampilan pelantun lagu Bad Romance ini sedikit berbeza daripada selalu dimana dia mengenakan kaftan atau baju kelawar.


Lady Gaga Pakai Baju Kelawar, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, lady gaga,

Dirakamkan di Malibu, California, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 28, keluar membeli belah sempena sambutan Thanksgiving memakai kaftan yang jauh sekali berbeza daripada penampilan selalunya yang ala separa bogel itu.

Sebenarnya, walaupun dia mengenakan kaftan labuh menutup keseluruhan badannya tetapi nyata kaftan itu sangat jarang dan menampakkan tubuh penyanyi kegilaan ramai itu. Kerana itu dia masih menjadi perhatian ramai yang terpesona melihat tayangan percuma atau free show itu.

Walaupun penampilan yang satu ini berbeza daripada kebiasaanya dan menampakkan sisi feminin Gaga tetapi ramai yang merasakan kaftan itu lebih sesuai dikenakan untuk kepantai dan bukannya pergi membeli barangan rumah pada hujung minggu.

Penyanyi ini sedang menghabiskan set terakhir siri jelajah dunianya iaitu di Amerika Syarikat setelah mengelilingi dunia sejak Mei tahun ini ke Jepun, Australia, negara di benua Eropah seperti UK, Denmark dan Portugal.

Baca : Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan

Sempena majlis resepsi penyanyi popular Atilia Haron dan pasangannya Adam Sofian Mazlan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini malam semalam, portal murai.com.my telah berpeluang menemuramah penyanyi yang popular dengan lagu Indah itu.


Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Seperti biasa soalan paling penting yang sering menjadi pilihan untuk setiap pasangan pengantin baru ialah tentang bilangan cahayamata yang diidamkan oleh mereka.

Seperti juga pasangan halal yang lain, Atilia juga tidak ketinggalan berkongsi keinginan untuk menimang cahayamata hasil perkahwinannya bersama Adam yang telah dinikahinya pada tanggal 31 Ogos lalu.

Kata Atilia, sebagai seorang wanita dan juga isteri, dia sememangnya mahu menimang cahayamata secepat yang mungkin bagi meyerikan mahligai perkahwinan mereka berdua.

“Kalau boleh saya nak 4 orang anak,” katanya berseloroh dengan diiringi senyuman dan ketawa kecil.

“Kalau nak tahu, saya telah membeli alat ujian kehamilan banyak-banyak. Saya simpan jadikan stok sebab kalau nak beli satu-satu nanti malu pula kan. Jadi saya terus beli banyak-banyak,” kata wanita yang sentiasa suka berterus terang itu.

Jelas Atilia, sebaik sahaja mereka dinikahkan pada Ogos lalu, dia telah bertemu dengan suaminya di dua destinasi di Eropah iaitu Belanda dan United Kingdom.

Menurut anak kepada penyanyi lagenda Salamiah Hassan itu, walaupun kunjungan ke dua negara itu bukannya untuk berbulan madu tetapi lebih kepada sesi merakamkan lagu terbarunya, namun dia telah menggunakan peluang itu untuk bermesra dengan suami tercinta.

“Saya ke sana kerana untuk merakamkan single terbaru saya yang akan dilancarkan bersama-sama album ketiga saya tidak lama lagi.

“Sebelum saya ke sana, Adam terlebih dahulu telah terbang ke Amerika Syarikat untuk memenuhi sesi jelajahnya di sana dan kami telah bersepakat untuk bertemu di Eropah sahaja. Mungkin itu lah juga sesi bulan madu kami selepas berkahwin.

“Itulah, saya ingatkan bila balik Malaysia saya akan mengandung, tapi nampaknya tak sangkut lagi. InsyaAllah masanya akan tiba juga,” katanya dengan senyuman mengumtum di wajah.

Tambah Atilia, tumpuannya kini perlu diberikan kepada keluarga dan fokus untuk menimang cahayamata secepat mungkin.

Malah dia sanggup melupakan sejenak aktiviti yoga dan juga pelancaran albumnya buat masa sekarang, semata-mata untuk memenuhi hasrat untuk mendapatkan zuriat hasil daripada perkahwinan impiannya itu.

“Semuanya berkenaan pengurusan masa. Jika masa itu diuruskan dengan sebaiknya, saya rasa tak ada masalah untuk saya mencapai semua yang diinginkan.

“Tapi apa salahnya sekarang ini saya cuba mencari guru yoga bagi menggantikan tempat saya sementara waktu dan mungkin impian saya untuk melancarkan album dalam masa terdekat dapat diganjakkan untuk seketika,” katanya merancang.


Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Baca : Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan

Penyanyi rap dan pengarah kontroversi Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee hari ini mengaku bersalah atas kesalahan mengaibkan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2009.


Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, namewee,

Mahkamah Sesyen Muar hari ini menjatuhkan hukuman pilihan kepada Namewee iaitu tiga bulan penjara atau melakukan kerja khidmat sosial selama tiga bulan.

Namewee memilih hukuman kedua, memetik laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Dia didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan bahasa lucah terhadap kakitangan TNB berkenaan Wan Mohd Faizal Wan Hamat di pejabat TNB, Jalan Temenggong Ahmad pada pukul 10 malam, 26 Oktober 2009.

Ketika didakwa buat pertama kali pada bulan yang sama, Namewee mengaku tidak bersalah.

Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan kes berkenaan.

Namewee sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antara yang paling teruk ialah merakamkan semula lagu Negaraku dan mengubah iramanya menjadi ala-ala rap dan mengutuk kerajaan serta pihak berkuasa di negara ini.

Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, namewee,
 
Berkenaan tindakannya ke atas kakitangan TNB itu, Namewee bukan sahaja menghamburkan kata-kata kesat sebaliknya merakamkan semua perbuatannya itu menyerang pejabat TNB Muar di dalam video yang dimuatnaik di laman Youtube.

Dia bertindak begitu kerana rumahnya di Muar pada ketika itu terputus bekalan elektrik menyebabkan dia pergi ke pejabat TNB dan menyerang kakitangan di sana.


Baca : Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Kanye West tinggalkan dunia muzik

Penyanyi rap terkenal, Kanye West dikatakan akan meninggalkan dunia muzik buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada bidang fesyen.


Punca Kanye West tinggalkan dunia muzik, info, terkini, hiburan, rap hollywood terkenal. kanye west, gosip,

"Selepas kolaborasi akan datang bersama Paul McCartney diriliskan, dia akan berhenti daripada menghasilkan muzik dan memberi fokus terhadap fesyen," ujar satu sumber seperti dipetik daripada laporan Page Six.

Sebelum ini West telah mereka koleksi kasut buat Nike, tetapi telah meninggalkan jenama tersebut dan beralih kepada Adidas.

"Dia telah mendapat perjanjian AS$15 juta daripada Adidas, tetapi koleksinya telah ditunda sebanyak empat kali kerana dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghasilkannya," tambah sumber itu lagi.


Punca Kanye West tinggalkan dunia muzik, info, terkini, hiburan, rap hollywood terkenal. kanye west, gosip,

Suami kepada bintang televisyen realiti Kim Kardashian ini telah melancarkan label fesyennya sendiri di Minggu Fesyen Paris pada Oktober 2011, tetapi membatalkan pertunjukan ketiganya kurang daripada tempoh setahun, sekaligus menamatkan jenamanya.

Baca : Rahsia Kecantikan Kecemasan Kate Moss 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan

Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar menganggap kontroversi yang membabitkan namanya pada tahun lalu adalah satu dugaan daripada Tuhan sepanjang bergelar anak seni.


Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan, info, terkini, hiburan, sensasi, Farah AF2

Sebelum ini bintang kelahiran program televisyen realiti popular "Akademi Fantasia" musim kedua (AF2) pernah dituduh terlibat dalam kes kehilangan wang di set penggambaran sebuah program serta isu tidak memulangkan pakaian yang dipakainya ketika mengacara.

Selain daripada itu, Farah juga dikatakan telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara.

Bagaimanapun Farah mengambil pendekatan tidak mempedulikan kata-kata orang kerana baginya ia mencukupi apabila keluarga tahu perkara sebenar.

"Biarkanlah semuanya berlalu. Sejak saya keluar dari AF2, saya tidak pernah ambil pusing dengan apa yang orang kata mengenai saya.

"Apa yang penting, orang di sekeliling saya terutamanya suami dan keluarga tahu akan kejadian sebenar yang berlaku kepada saya. Itu sudah cukup memadai buat saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Akui terkesan daripada kontroversi tersebut, Farah bagaimanapun mendapat ketenangan selepas meminta nasihat seorang ustazah.

"Masa mula-mula terjadi, saya sangat kecewa dan bersedih tetapi selepas meminta pandangan dan nasihat daripada ustazah, saya berasa tenang.

"Saya anggap ia sebagai sebahagian dugaan kecil yang Allah SWT bagi kepada saya.

"Jangan terkejut, rezeki saya juga semakin murah dan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya semula," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah memberitahu dia merancang untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, tetapi terpaksa menangguhkan niatnya buat sementara waktu sekurang-kurangnya empat bulan lagi memandangkan anaknya, Elsa Johan yang kini berusia dua tahun masih lagi menyusu badan.

Selain mengacara majlis-majlis korporat, Farah juga terlibat dengan program "Soal Wanita" di TV Al Hijrah dan beberapa program lain.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif