Tuesday, March 17, 2015

Wak Doyok Buat Permohonan Maaf, Serik Dengan Apa Yang Terjadi

Nampaknya kontroversi komen merecik Wak Doyok kepada Kilafairy telah mencapai tahap tertinggi apabila ibu pelakon wanita itu, Rohana Jalil juga turut sama memberikan kritikannya kepada ikon fesyen tempatan tersebut. Walaupun banyak pihak yang turut mengkritik Rohana Jalil kerana tidak menegur pemakaian seksi anaknya itu, Wak Doyok telah tampil membuat permohonan maaf untuk menjernihkan suasana. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Amboi!!!
Wak Doyok Buat Permohonan Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Wak Doyok, Kilafairy

Tulis Wak Doyok menerusi akaun Instagramnya:-
    Setiap kesilapan bukan semua datang degan niat. Kadang-kadang kesilapan dtg tanpa di sedari kerana kecuaian dan kealpaan diri sendiri. Jika itu yg harus dan berlaku padaku maafkan diri ku. Karena diri ku bukan lah hamba yg sempurna seperti mana insan yg lain. #AkuDahSerik


Wak Doyok Buat Permohonan Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Wak Doyok, Kilafairy

Sebenarnya banyak lagi hashtag-hashtag yang tidak relevan dengan kontroversi ini yang turut sama ditulis oleh Wak Doyok. Kalau nak tulis di sini mahu penuh satu blog. Jadi Abang Nara ambil apa yang sesuai sahaja. Apa pun berdasarkan pemerhatian Abang Nara, komen “merecik” dengan simbol air telah lama digunakan oleh Wak Doyok. Cuma kali ini ia tersilap kerana digunakan kepada seorang selebriti seperti Kilafairy. Semoga peristiwa ini dijadikan pengajaran. Merecik kenalah bertempat. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara

Zara Zya Mahukan Ciri-Ciri Lelaki Seperti Adiputra

Pelakon Zara Zya yang ditemui di Majlis Sidang Media ABPBH 2014 kelmarin berkata, dia mahukan lelaki yang mempunyai karakter seperti Adiputra. Bagaimanapun dia menjelaskan masih tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mahu memikirkan soal itu terlebih dahulu kerana fokusnya lebih kepada kerjayanya.


Zara Zya Mahukan Ciri-Ciri Lelaki Seperti Adiputra, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zara zya,

“Mengenai teman lelaki saya bukan jenis memilih dan saya takut untuk bercakap mengenai perkara itu serta tidak menjamin untuk mengatakan itu ialah merupakan ciri-ciri lelaki idaman yang saya mahukan. Tetapi melihatkan dari segi rupa dan kekemasan itu siapa yang tak nak?,” katanya.

Menurutnya lagi apabila diberitahu akan bergandingan dengan Adiputra untuk drama berjudul ‘Zahira’, dia (Zahira) sangat gementar kerana Adiputra merupakan pelakon senior yang berpengalaman.


“Mula-mula apabila mereka cakap yang hero untuk drama Zahira ialah Adiputra saya rasa takut. Tetapi dia sebenarnya seorang yang ‘cool’, dan baik. Dia juga memberitahu supaya saya lebih relax ketika menjalani penggambaran,” tambahnya.

Dalam pada itu, Zara Zya turut berbangga dengan kejayaan Ayda Jebat kerana telah mengecapi kejayaan dalam beberapa siri anugerah. Zara juga turut menafikan bahawa dia cemburu dengan kejayaan pelakon muda itu kerana apa yang dikecapi Ayda Jebat hari ini adalah hasil usahanya.

“Itu adalah lumrah semua artis, saya memang bangga kerana dalam masa yang singkat sahaja sudah dapat 6 anugerah dan bukan semua artis dapat benda itu serta menjadikan itu sebagai stu pengalaman yang berharga dalam hidup. Orang kata tahun ini tidak ada, tapi tahun depan kita boleh cuba lagi. Mungkin tidak ada rezeki pada tahun ini. Saya tidak ada produk lagipun buat apa nak bertanding,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Zara Zya akan menjadi salah seorang penyampai anugerah pada malam kemuncak ABPBH 2014 yang akan berlangsung pada 4 April ini di Arena of Stars Genting Highlands.

Sumber : rotikaya

Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga

Baru-baru ini timbul spekulasi dan juga khabar angin yang mendakwa Kamal Adli telah membawa Emma Maembong berjumpa dengan keluarganya namun menurut Kamal sendiri, dia tidak mahu orang ramai memandanga hubungan mereka sebagai sepasang kekasih.


Kamal Adli Nafi Bawa Emma Jumpa Keluarga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kamal adli, emma maembong, bkeas kekasih zizan razak

“Cukup-cukuplah kata saya dengan Emma bercinta. Bosanlah gosip seperti itu. Kami kawan tetapi tidaklah rapat. Lagipun, Emma ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Saya sebagai kawan perlu faham dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah lagi”


“Memang kami kawan baik tapi tidak ada sampai bawa jumpa keluarga. Saya pun tidak mahu marah pihak yang menyebarkan cerita itu. Sudah biasa,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Utusan Online yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem.

Jawapan yang Kamal berikan seakan-akan sudah lali dengan soalan berbaur percintaan bersama Emma. Tidak mengapalah Kamal, mungkin sekarang ini masa untuk fokus pada kerjaya dulu, bukan? Tapi memang betulkan, keluarga Kamal sukakan Emma?
Sumber : rotikaya

Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles

Bersempena dengan 30 tahun penglibatan di dalam bidang hiburan, Ratu Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid bakal mengadakan persembahan secara langsung di Los Angeles, California, pada bulan Mei akan datang!


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Persembahannya akan ditaja oleh syarikat korporat daripada Indonesia dan akan diadakan di The Commerce Hotel & Casino pada 2 Mei 2015, jam 8 malam.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Penyanyi yang berumur 50 tahun dan berketurunan Mandailing-Jawa ini telah berjaya menaikkan namanya di peringkat antarabangsa apabila beliau dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Tokyo pada tahun 1989.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

 Selepas itu, Datuk Sheila Majid terus mengembangkan kerjayanya ke negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura serta London dan kini beliau akan membawa muziknya ke Amerika Syarikat.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Tiket untuk konsert Sheila Majid boleh dibeli mulai hari ini pada harga USD68, USD98 dan USD158 menerusi Nor Sharif (562-305-3623) atau Rina Faisal (909-319-5759).


Untuk maklumat lanjut, layarilah Inspire Nusa ataupun laman Facebook Inspire Nusa.

Sumber : tupai

Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal bertunang

Selepas hubungan percintaan selama dua tahun, Qushairi Mohammed Razali atau lebih dikenali sebagai Qi akhirnya bakal mengikat tali pertunangannya dengan kekasihnya, Nelydia Senrose.


Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, qi razali, nelydia senrose

Pelakon dan pengacara terkenal yang berusia 38 tahun ini telah memberitahu bahawa dia tidak mahu berlengah-lengah lagi.

“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia,” kata Qi yang dipetik daipada Murai.

“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.

“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.”

Qi Razali mula berkenalan dengan Nelydia Senrose semenjak mereka berlakon bersama dalam drama bersiri "Friday I’m In Love" pada tahun 2012 di TV9.


Sumber : tupai

Komen Nina atas isu buka tudung dan putus tunang

Pelakon Brunei Nina Iskandar telah menjadi perbualan ramai apabila khabar angin mengenai pertunangannya bersama ahli perniagaan Ahmed Haiqal, telah putus, malah diekori dengan gambar tidak bertudung Nina yang telah dinaikkan ke laman Instagram-nya baru-baru ini.


Komen Nina atas isu buka tudung dan putus tunang, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, nina

Berdasarkan artikel dari MStar, Nina tidak ingin mendedahkan masalah pertunangannya kerana ia terlalu peribadi. Pelakon yang berumur 24 tahun ini berharap yang orang ramai akan mendoakan yang terbaik.

"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya," ujarnya kepada MStar.

Mengenai isu tidak bertudung, Nina menjelaskan bahawa isu tersebut terlalu sensitif dan dia tidak mahu ambil peduli tentang kritikan masyarakat.

"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata," kata Nina yang mula berhijab pada bulan Mei yang lalu.

Sumber : tupai

Thursday, March 12, 2015

Saiful Apek Ceritakan Cabaran Hidupkan Watak Warga Bangladesh

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek muncul dengan filem terbarunya ‘Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh’ bermula 5 Mac lalu. Bergandingan dengan Zizan Razak, Emma Maembong dan Usop Wilcha, filem ini merupakan buah tangan terbaru pengarah prolifik Mamat Khalid.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Menjayakan watak sebagai Mirdu, seorang warganegara Bangladesh, pemilik nama penuh Mohd Saiful Azam Mohammad Yusoff ini berkongsi pengalaman dan kesukaran dalam menghidupkan karektornya.

“Pertama sekali, saya harus mengakui yang watak ini sangat berbeza berbanding watak-watak yang pernah saya bawakan di layar lebar. Jika dalam filem-filem lain, pastinya saya akan menampilkan elemen komedi, kali ini saya membawakan watak yang agak serius. Mamat selaku pengarah juga mahu saya menampilkan sisi berbeza saya dalam filem ini,” ujar Apek memulakan bicara.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Menceritakan pengalamannya bertutur Bahasa Bengali yang merupakan bahasa rasmi rakyat Bangladesh, seorang penterjemah membantu Apek dan pelakon-pelakon lain dalam melontarkan setiap dialog.

“Filem ini memerlukan saya bertutur dalam Bahasa Bengali, jadi saya harus meneliti setiap satu dialog agar apa yang saya lafazkan itu betul. Saya dan pelakon-pelakon lain dibantu oleh seorang penterjemah ketika di set penggambaran. Bagi saya, tidak sukar sangat kerana saya ada sedikit asas bercakap dalam Bahasa Urdu. Bahasa Urdu dan Bahasa Bengali tidak jauh bezanya,” kata Apek lagi.


Saiful Apek Hidupkan Watak Warga Bangladesh, info, terkini, hiburan, sensasi, filem

Dalam perkembangan lain, Apek bakal memasuki penggambaran bagi filem ‘Anak Mami Nasi Kandar’ arahan pengarah Dato’ Profesor A. Razak Mohaideen sekitar bulan Mac. Dia juga bakal bergandingan dengan Syanie dalam filem ‘Gangster Sampah Sarap’ yang akan memulakan penggambaran pada bulan Mei.

Sumber : tonton.com.my

Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?

Baru sahaja gosip mengenai Amar Baharin yang dikatakan intim dengan Amyra Rosli melanda, kini terdapat sekeping gambar Amar bersama seorang wanita yang tersebar sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Amar telah bertunang secara diam-diam.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

Sebaik sahaja kami menghubungi Amar untuk mendapatkan penjelasan, Amar dengan tenang menafikan perkara tersebut dan mejelaskan perkara sebenar.

“Kalau ada gambar saya yang menampakkan saya macam bertunang, mungkin ia adalah salah satu babak dalam lakonan atau mungkin juga saya bergambar dengan peminat ketika pergi tengok kawan nikah,” katanya dengan nada bersahaja.


Amar Baharin Dalam Diam Dah Bertunang?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, amar baharin

“Tiada apa nak dirahsiakan. Kalau betul saya dah bertunang, takkanlah saya tak beritahu,” katanya jujur. Sementara itu, melalui sumber, gambar tersebut didakwa diambil pada tahun 2013 dan jika dilihat secara teliti, terdapat peralatan penggambaran di dalam gambar tersebut.

Mungkin juga ia sebenarnya hanyalah gambar seorang peminat bersama pelakon pujaan mereka. Jangan hampa peminat Amar di luar sana, pelakon ini mengaku masih solo.

Sumber : rotikaya

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?

Tindakan ikon fesyen, Wak Doyok memberi komen berbaur lucah di laman Instagram milik rakan artisnya iaitu Kilafairy telah mencetuskan kecaman dan kritikan dari pengikutnya di Instagram.


Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya bermula kira-kira seminggu lalu apabila Kilafairy memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan susuk tubuh belakang tubuh badannya. Foto telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan antara yang turut memberikan komen ialah Wak Doyok sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Namun, komen dari Wak Doyok itu mencetuskan kritikan apabila ianya berbaur lucah dan apabila ditegur oleh Kilafairy sendiri, Wak Doyok turut membalas dengan komen yang lebih berbaur lucah.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Semuanya boleh dibaca sendiri menerusi kapsyen dan foto dibawah
Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Apa yang pasti, tindakannya itu mendapat kritikan ramai pemberi komen lain yang ada antaranya mempertikai kredibili Wak Doyok yang sebelum ini dilihat sering memberi nasihat berbentuk Islamik di Instagram miliknya sendiri.

Wak Doyok Dikecam, Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, wak doyok, Pelakon Kilafairy,

Malah ada beberapa pengikut turut menggelar Wak Doyok seorang yang `pervert` dan `gila seks`. Tidak dapat dipastikan apa reaksi dan motif Wak Doyok berhubung isu ini.

Selain itu, menerusi komen-komen lain, tindakan Kilfairy sendiri yang memuatnaik foto sedemikian turut dikritik. Ianya mengundang pelbagai lagi komen-komen berunsur lucah bukan hanya dari Wak Doyok sendiri tetapi pengikut-pengikut lain.

Apa-apa pun, mungkin Wak Doyok mempunyai jawapan dan motifnya tersendiri.


Sumber : murai