Seperti mana wanita lain yang sudah pun mendirikan rumahtangga, Azline Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ezlynn akui dia juga teringin untuk bergelar ibu serta melahirkan zuriatnya sendiri.
"Hendak buat macam manakan. Kita hanya mampu berusaha dan merancang tetapi segalanya ditentukan olehNYA. Mungkin sudah tersurat, memang belum rezeki saya untuk dapat anak.
"Apapun, saya dengan Adam (suami) menerima segala ketentuan dengan hati dan perasaan yang cukup reda. Hal ini tidak membuatkan kami berasa stress, malah kami cukup positif dan tidak pernah putus asa untuk terus mencuba," katanya Ezlynn kepada portal Murai.
Pernah popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye serta Sengsara, Ezlynn berkata, dia dengan Adam (suami) sudah pun melakukan pemeriksaan untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang boleh menggaggu tahap kesubaran mereka untuk mendapatkan anak.
"Alhamdulillah, doktor telah mengesahkan bahawa kedua-dua kami tidak mempunyai apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesuburan. So, apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah terus mencuba dan mencuba," katanya Ezlynn lagi.
Dalam perkembangan lain, Ezlynn kini telah dilantik menjadi salah seorang duta bagi produk makanan kesihatan, Phyto Science bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Dynas Mokhtar, Joanne Yew, Anantha Rajaram serta Uthaya Kumar.
Sumber : murai.com.my