Tuesday, December 2, 2014

Yuna Binggung Cari Pengganti ‘Lelaki’ Untuk AJL 29

Penyanyi dan komposer muda, Yuna masih lagi gusar sama ada dia dapat membuat persembahan atau pun tidak di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).


Yuna Binggung Cari Pengganti ‘Lelaki’ Untuk AJL 29, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna, Finalis AJL29,

Ia berikutan jadual kerja yang padat di Amerika Syarikat kerana pihak pengurusannya di sana telah merancang pelbagai  program yang perlu dia penuhi.

“Entahlah, saya masih lagi keliru, kalau saya tak membuat persembahan pada malam itu, mungkin penyanyi lain yang akan gantikan saya.”

“Untuk yang gantikan saya tu mestilah yang boleh menyanyikan dengan baik, saya rasa yang sesuai  ialah Aizat, mungkin dia boleh buat kot, tapi entahlah sukar nak buat keputusan sekarang,” seloroh Yuna kepada portal Murai.com.my.

Menurutnya lagi, dia telah menghabiskan cutinya di Malaysia hampir 2 bulan berikutan saudara terdekat telah meninggal dunia baru-baru ini.

“Saya dah cuti lama dah, dalam bulan ini juga saya akan menunaikan umrah. Selepas pulang dari umrah saya akan pulang ke Amerika Syarikat,” ujarnya.

Yuna juga tidak menyangka lagu Lelaki layak ke peringkat akhir dan memerlukan persediaan yang rapi untuk membuat persembahan.

“Saingan kali ini seperti biasalah memang sengit untuk meraih gelaran juara AJL 29. Apa-apa pun saya cuba untuk menyanyikannya pada malam itu nanti, doa-doakanlah saya boleh ‘perform’,” harapan Yuna untuk peminatnya.

Baca : Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari

Pelawak dan pengacara Azrul Zaidi membidas kenyataan pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang disifatkan sebagai tidak profesional apabila mengeluarkan kenyataan rasa kesalnya terhadap pihak stesen televisyen lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara manakala pengacara lain sebagai pilihan kedua.


Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, awal ashaari, azrul zaidi,

"Rezeki masing-masing. Kami sebagai pelawak tak pernah merungut apabila ada pelakon yang bukan pelawak membawa watak pelawak dalam filem komedi.


"Kalau pelawak dipilih mengacarakan program, ia adalah kepercayaan yang diberikan stesen televisyen. RTM pernah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program konsep sukan, "Santai Go" dan pernah dipertanggungjawabkan mengacara satu majlis keputeraan diraja.

"Bagi saya, penonton lebih sukakan pengacara santai dan tidak terlalu serius manakala elemen lawak perlu ada dalam bidang pengacaraan tidak kira lawak secara sinis atau serius kerana ia lebih dapat menarik perhatian," katanya kepada Malaysian Digest.

Tambah Azrul lagi, seorang pengacara berpengalaman seperti Awal tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kehadiran pelawak sebagai pengacara adalah satu persaingan sihat.

"Saya pun tidak pasti bagaimana soalan dikemukakan wartawan itu kepadanya tetapi jika benar serius dalam bidang pengacaraan, dia sepatutnya menjadikan kehadiran pelawak sebagai cabaran dan mungkin dia perlu mempertingkat serta memperbaiki kelemahan diri."

Dalam pada itu, Azrul turut memberitahu dia tidak berkecil hati dengan kenyataannya Awal itu, malah Azrul berkata mereka akan bergandingan dalam sebuah program terbitan Astro tidak lama lagi.

Baca : Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas

Anak kepada penyanyi Andy Flop Poppy, yang juga vokalis kumpulan Loka, Dan Azreen kerugian sebanyak RM100,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kastam bagi proses pembelian tiga buah kereta.


Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas, info, terkini, hiburan, sensasi, azreen, Loka

"Ada seorang kenalan yang memperkenalkan saya kepada individu itu dan saya mula yakin apabila dia menunjukkan bukti termasuk kad kuasa miliknya selain memberitahu dia boleh membantu dalam proses pembelian kenderaan lelong Kastam.

"Malah dia turut membawa saya, tunang dan seorang kenalan ke gudang tempat penyimpanan kereta tersebut di Perak kononnya tempat kereta kami disimpan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Tambah Dan lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faleq menambahkan keyakinannya lagi dengan membawa mereka berjumpa keluarganya di Bota Kiri, Perak.

"Selepas kami menyerahkan wang berkenaan secara tunai kepadanya dia ada menyerahkan satu salinan geran dan sijil daripada puspakom namun tidak menyertakan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sejak itu dia mula memberikan pelbagai alasan apabila ditanya bila kami boleh dapat kenderaan tersebut sehinggalah dia menghilangkan diri. Kali terakhir dia menghantar mesej kepada saya pada 27 September lalu," ujarnya.

Dan juga turut merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan mendapati kereta yang dimaksudkan tidak pernah didaftarkan.

Selepas menyedari mereka telah ditipu, Dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan turut menghubungi keluarga lelaki tersebut, namun mereka turut mendakwa tidak mengetahui dimana lelaki itu berada.

Selain itu, Dan juga turut mendedahkan mengenai lelaki tersebut di laman sosial dan mendapati lelaki berkenaan telah melakukan banyak penipuan jual beli kereta termasuk beberapa rakan dan saudaranya juga turut menjadi mangsa.

"Saya salahkan diri saya sebenarnya kerana terlalu mempercayai orang dan langsung tidak terdetik dalam hati saya akan ditipu hingga ratusan ribu ringgit.

"Ralat memang ralat kerana itu adalah wang simpanan saya tetapi ini adalah pengajaran buat saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Tidak lagi selepas ini."

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3

Buat julung kalinya pelawak dan rapper, Zizan Razak telah bergabung dan berkolaborasi dengan kumpulan KRU dalam menyanyikan sebuah lagu berjudul Adiwira.


Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3, info, terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, KRU, cicakman 3

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan liriknya oleh Zizan sendiri merupakan lagu tema nyanyian mereka untuk filem terbaru KRU Studios iaitu Cicakman 3.

Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim berkata Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop dan rnb yang merupakan identiti KRU.

“Sebenarnya kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama dengan KRU dan ia telah menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi baru.

“Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, dan kami yakin projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat.

“Kami juga berharap agar konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu," katanya menerusi kenyataan media.

Adiwira  diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox bermula 28 November lalu termasuk MTV yang diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang.

Cicakman 3 yang turut menampilkan Zizan Razak serta pelakon lain seperti Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  akan berada di pawagam pada 12 Mac tahun hadapan.

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril

Tak salah rasanya kadang-kadang kita megekspresikan perasaan cinta dan kasih kita terhadap pasangan secara terbuka. Pedulikan sahaja reaksi orang nak termuntah ke, menyampah ke.


Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril, info, terkini, hiburan, sensasi, Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Peluang tersebut juga tidak disia-siakan oleh Wawa Zainal yang memuat naik foto romantis beserta ucapan level ‘tangkap leleh’ buat suaminya yang tercinta, Aeril Zafril.
    Dia la sahabatku.dia la driverku.dia la cinta hatiku..Dia la imam ku tika solat dia la penasihat ..dia la alarm ku tika subuh dia la tukang makan masakan ku..dia la yg suka buat aku ketawa dgn rajalawak dia..dia la babysitter (sometime)..dia la boss d rumah .dia la tukang sepahkan uma dia dia la suamiku tersyg..happy birthday meeri jeevan saathi..i love u so much @aeril_zafrel

Jangan ada yang nak jeles sangat okay?. Menginjak ke usia 26 tahun dan bergelar seorang bapa, sudah pasti ucapan yang dicoretkan oleh Wawa untuknya merupakan sesuatu yang amat bermakna.


Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril, info, terkini, hiburan, sensasi, Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Tapi, apa yang kami perhatikan, asyik selebriti perempuan je feeling-feeling romantis dekat pasangan macam Alyah dan Ramli MS dulu. Yang lelakinya tetap control macho kan?Hehe. Takpelah, janji bahagia itu mereka yang punya.

Anyway, selamat ulang tahun Aeril!

Baca : Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka

Biasanya, hari minggu mesti akan jadi hari melepak sakan bersama keluarga kan. Sambil makan dessert lepas lunch, tonton pula rancangan Nona yang dihoskan oleh dua pengacara cantik, Neelofa dan Fara Fauzana.


Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, program nona,


Tapi, sayangnya tak lama lagi tiada lagi wajah cantik Neelofa di program tersebut kerana khabarnya dia tidak akan menyambung kontraknya lagi untuk mengacara program Nona.

Bagaimanapun, demi mengubat duka lara peminatnya, Neelofa dan Fara Fauzana baru sahaja selesai shooting episod terakhir mereka bersama di Osaka. Cantik -cantik tau pemandangan kat sana.
    "Sekian NONA dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi NONA untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama NONA akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you NONA"

Mesti ramai yang ternanti-nanti episod istimewa ini kan. Kami pun tak sabar nak tengok. Tapi, sekarang ni kami tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi pengganti Neelofa pula nanti ya? Anda ada calon yang sesuai?

Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, program nona,

Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, program nona,

Video Neelofa Shooting Program Nona Kali Terakhir Di Osaka, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa, program nona,

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on

 

Baca : Shaheizy Sam Bekerja demi mami? 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Shaheizy Berlakon Demi Mami?

Dia pernah dinobatkan sebagai pelakon paling popular dan tawaran berlakon filem juga tidak putus-putus, semuanya watak utama. Tentunya ketika ini Shaheizy Sam Samad, 32, melalui fasa hebat dalam kerjaya seninya.


Shaheizy Berlakon Demi Mami?, info, terkini, hiburan, sensasi, shaheizy sam, gosip,

Ternyata Sam belum puas kerana kepuasan baginya hanya akan terserlah apabila dia dapat bekerja dan memenuhi keperluan keluarganya terutama ibu tercinta, pelakon Khaty Fauziah.

Dalam usianya kini, Sam juga belum bertemu jodoh kerana baginya yang lebih penting bukan kebahagiaan diri, sebaliknya tanggungjawab sebagai anak menjadi fokus utama.

Jujur Sam akui, kehidupannya kini tidak susah dan tidak juga kaya sebagaimana didakwa orang luar. Malah, dia bekerja keras selama ini bukan untuk diri sendiri tetapi kerana mahu puaskan hati ibunya.

"Saya bukan lahir dari keluarga berada dan misi saya ialah mahu tukar taraf kehidupan keluarga. Walaupun saya tahu ada antara mereka yang mampu, saya mahu berada di situ apabila mereka perlukan saya.

"Seperti mami, saya mahu dapatkan apa yang dia mahu di dunia dan pada masa sama saya dan mami mahu buat persediaan dunia dan akhirat.

"Memang kalau diikutkan, mami memiliki segala yang diidamkan seperti keluarga besar dan rumah selesa, cuma sebagai anak, saya mahu mami memiliki perkara yang mungkin dia tidak pernah ada dulu," katanya.

Kata Sam, walaupun tidak pernah bertanya ibunya apa lagi yang dimahukan dalam hidup, Sam tahu setiap manusia ada keinginan tersendiri.

"Saya sendiri ada pelbagai keinginan, jadi saya mahu penuhi keinginan itu untuk mami. Sebab itu, masa ini saya mahu kuatkan dari segi kewangan bukan saja untuk saya tapi kami bersama.

"Saya tak kerja pun mental fizikal tetap akan penat sebab otak saya sentiasa bekerja dan memikir apa lagi yang hendak dibuat. Kalau rehat pun sekejap saja. Kalau ke luar negara, baru saya betul-betul rehat," katanya yang jatuh sakit kerana demam denggi, dua bulan lalu.

Dek memikirkan kerja dan mengukuhkan kewangan, Sam akui kadangkala terpaksa mengambil tawaran berlakon yang dilabel tak berbaloi dari segi kualiti skrip dan watak.

Antaranya apabila dia dilihat banyak mengambil watak komedi berbanding dirinya yang bukan pelakon komedi.

"Sebab itu saya elak pergi ke acara berkaitan komedi. Pada masa sama, saya cuba seimbangkan sebab kita tahu dari dulu penonton suka komedi, jadi saya terpaksa buat apa yang orang suka.

"Namun pada masa sama, saya kena buat juga apa yang saya suka. Ia makan masa lama, mungkin dua tiga tahun baru dapat karya menarik," katanya yang mempunyai visi melakukannya untuk kewangan.

Untuk kukuhkan kewangan diri, keluarga dan orang sekeliling dengannya, dia tidak boleh menunggu lama dan menantikan karya bagus.

Pun begitu, Sam akui tindakan itu akan membuatkannya berdepan untung rugi sendiri.

"Saya boleh jadi pelakon hebat dengan karya segar seperti orang luar mahu tapi di sebalik itu, saya juga akan kehilangan sesuatu. Oleh itu saya pilih apa yang mampu.

"Kerjaya lakonan juga satu percaturan, sebab kita tidak akan tahu filem yang kita lakonkan bagus atau tidak selagi tak siap," katanya.

Sam yang baru selesai penggambaran filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar berkata, sebagai pelakon dia perlu percaya kepada pengarah kerana filem adalah medium untuk pengarah dan bukan hasil kekuatan seseorang pelakon.

Katanya, andai mendapat skrip bagus, ia tidak menjanjikan apa-apa andai pengarah gagal membawanya ke tahap betul.

Dalam pada itu, Sam yang hampir lima tahun bernaung di bawah MIG Talent enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tidak akan menyambung kontrak bersama syarikat pengurusan bakat itu.

Katanya, sehingga tarikh yang ditetapkan penghujung Disember ini, dia lebih selesa membiarkan keputusan sama ada sambung atau tidak dibicarakan apabila tiba masanya.

"Pun begitu, mulai 2015 saya akan mula memilih karya mana nak buat atau tidak. Saya tidak mahu ambil apa saja karya ditawarkan.

"Sama ada akan fokus pada bisnes atau sebaliknya, kita tengok dulu macam mana. Sebagai seorang yang mahukan kesempurnaan, saya memang akan ambil masa dan cuba lari dari keselesaan selama ini," katanya.

Filem terbarunya, Kaki Kitai ditayangkan di pawagam sejak 20 November lalu. Dalam filem ini, Sam berganding dengan teman baiknya, Fezrul Khan dan Farid Kamil.

Satu lagi filemnya, Manisnya Cinta Di Cappadoccia pula ditayangkan awal Disember ini. Kali ini Sam digandingkan dengan Fazura.

Baca : Anak Krisdayanti Pakai Baju Seksi Dikritik  

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Anak Krisdayanti Pakai Baju Seksi Dikritik

Baru-baru ini, anak kepada penyanyi Krisdayanti iaitu Aurel Hermanshah menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara foto seksi yang dimuatnaik ke dalam Instagram miliknya.


Anak Krisdayanti Pakai Baju Seksi Dikritik , info, terkini, hiburan, kontroversi, krisdayanti, anak krisdayanti, Aurel Hermanshah

Foto tersebut menunjukkan Aurel memakai pakaian terlalu terdedah sehngga menampakkan pakaian dalamnya.


Anak Krisdayanti Pakai Baju Seksi Dikritik , info, terkini, hiburan, kontroversi, krisdayanti, anak krisdayanti, Aurel Hermanshah
Foto Aurel yang menjadi kritikan orang ramai.

Menurut laporan Kapanlagi, Krisdayanti menyifatkan foto tersebut masih lagi di tahap yang wajar dan ia tidaklah terlalu mendedahkan.

"Foto itu biasa sahaja. Dia kan sedang mencari identiti diri. Bagaimanapun saya belum lihat foto tersebut. Seksi sangat ke? soalnya.

Dalam pada itu, Krisdayanti berkata, dia percaya terhdap anaknya itu dan yakin Aurel mampu menjaga batasan sebagai golongan yang dikenali umum.

Aurel merupakan anak sulung Krisdayanti hasil perkahwinan pertamanya dengan Anang Hermanshah sebelum bercerai pada tahun 2009.

Baca : Pengarah Jawab Isu Pelakon Pegang Telefon Terbalik Dalam 'Cinta Ibadah'  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif