Media Hiburan Online kongsikan foto-foto mesra lagi comel pelakon Aeril Zafrel bersama anak sulung kesayangan, Ahmad Fakharuddin Attar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Hubungan bapa dan anak ini sentiasa menarik perhatian ramai dek wajah comel mereka berdua dalam setiap gambar yang dikongsi.
Kami mendoakan agar keluarga bahagia Aeril dan isterinya, Wawa Zainal sentiasa dilimpahi kebahagiaan berpanjangan dan Attar membesar dengan sihat dan gembira!
Baca : Video Parodi Mas Idayu Keliru Pilih Protege
Korang tengok tak Mentor Legend baru baru ini? Mesti korang ingat lagi kan drama sebabak Mas Idayu yang betul-betul keliru masa nak pilih protege.
Difahamkan Mas Idayu berkeras untuk memilih kedua-dua protegenya iaitu Firdaus dan Tuah untuk mengharungi saingan Mentor Legend. Sampaikan pengacara pada malam itu, Awal Ashaari pun kena warning.
Artikel Terdahulu :
Gelagat Mas Idayu yang menjadi viral di laman Facebook itu akhirnya dijadikan parody oleh dua orang jejaka dari Singapura ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Bonda Bedah & Mak Temah.
Ala korang mesti dah selalu tengok mereka berdua ini. Hari itu masa Mas Idayu bergaduh dengan dengan salah seorang peserta ujibakat Mentor Legend pun mereka berdua ini ada buat video parody.
Memang kelakar gila lah. Ini kalau Mas Idayu tengok mesti dia pun gelak sekali. Akak nak coklat yang mana? Akak nak beli ke tak nak? Haha
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad iaitu Salwa Razak enggan melayan cakap-cakap yang mempertikaikan sumber pendapatannya ekoran dia dilihat menjalani kehidupan mewah biarpun karier nyanyian malap berbanding sesetengah artis lain.
Salwa, 29, berkata, dia tidak berhasrat untuk melayan semua tuduhan dilemparkan atau pun mendedahkan perincian tentang kehidupannya kepada umum.
"Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya.
"Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.
Salwa menjawab tuduhan kononnya dia ditaja oleh seseorang selepas dia dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama selain dilaporkan menetap di kawasan mewah di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Salwa menegaskan keselesaan yang dikecapnya sekarang adalah hasil daripada usaha keras dalam bidang perniagaan yang diusahakan iaitu membuka nurseri pokok selepas menyepikan diri daripada industri muzik sejak dua tahun lalu.
Salwa tidak pernah berhasrat untuk melupakan bidang nyanyian.
Jelas Salwa, sepanjang tempoh itu juga dia telah merasai pelbagai rintangan yang disifatkan sebagai mencabar sebelum dapat merasai hasil usaha keras tersebut.
"Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.
"Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga," katanya yang turut menjual pakaian bawah jenamanya dan produk kecantikan.
Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk berundur daripada bidang seni sebaliknya sedang mengatur langkah untuk menjenamakan kembali namanya dalam industri muzik.
Malah kata Salwa, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya iaitu Begitulah Diriku dan Hidup Baru.
"Nyanyian masih menjadi keutamaan saya malah sepanjang dilihat sepi daripada industri saya sebenarnya banyak mendapat undangan nyanyian cuma ia tidak dihebahkan dalam media.
"Insya-Allah tahun hadapan saya sudah merangka beberapa perancangan untuk kembali aktif dalam bidang seni selain terus menumpukan kepada perniagaan diusahakan," ujarnya.
Baca : Selepas ramas buah dada Jupe, Diego ramas peha pula
Tidak lama dahulu, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan sekeping foto yang menyaksikan aksi mesra Julia Perez dan Diego Muhammad. Ianya menjadi kontroversi apabila Diego kelihatan meramas payudara Jupe ketika mereka beraksi di hadapan kamera. Keadaan itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya disengajakan ataupun tidak.
Bermula dari foto itu mereka didakwa semakin intim menjalin hubungan. Namun begitu, kedua-duanya menafikan berita tersebut.
Kini, muncul pula sekeping foto yang menyaksikan Diego sekali lagi beraksi mesra, namun bukan dengan Jupe lagi. Tidak kurang cantiknya, kali ini wanita yang tewas dalam pelukannya adalah vokalis kumpulan Vierratale, Widy.
Foto yang dimuat naik dalam akaun Instagram itu memperlihatkan Diego dan Widy beraksi lagak model. Dan yang menjadi perhatian peminat adalah tangan 'nakal' Diego yang dilihat memeluk peha Widy.
Baca : Penggodam diminta kembalikan facebook Pak Nil
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi meminta individu yang telah menggodam akaun Facebook miliknya kira-kira setahun lalu agar mengembalikan kata laluan kepadanya bagi membolehkan beliau menguruskan semula laman sosial berkenaan.
Aznil, 52, berkata, akaun Facebook tersebut mempunyai lebih 1.6 juta pengikut yang dikumpulkan sejak enam tahun lalu dan berasa sayang sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja.
Artikel Terdahulu :
"Akaun Facebook itu saya daftar pada enam tahun lalu dimana ketika itu laman sosial tersebut belum popular lagi.
"Rasa sayang sangat apabila ia telah digodam kerana kebanyakan peminat saya berkumpul dan mengambil tahu mengenai perkembangan terkini saya menerusi Facebook berkenaan.
"Diharap individu tersebut dapat mengembalikan Facebook saya itu.
Apatah lagi sehingga kini individu itu masih lagi memuat naik pelbagai status," katanya
Baca : Jawapan Rahim Jalor Isu Persenda Baju Melayu
Nak melawak pun kena bertempat juga. Kadangkala pelawak ni tak sedar dia telah menyinggung perasaan orang lain atau masyarakat. Ada seorang pelawak tu pernah kata, mereka sekadar melawak jer. Tapi kalau dah menyinggung orang lain semata-mata untuk buat orang lain pula ketawa itu tetap tidak bermoral.
Jawapan Rahim berhubung kritikan persenda BAJU MELAYU oleh Datuk Jalaluddin Hassan – Terbaru, pada minggu lalu salah seorang juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Jalor telah diberi teguran pedas gara-gara buat lawak bagai mempersendakan baju rasmi kebangsaan iaitu Baju Melayu.
Ternyata teguran tersebut memberi impak kepada kumpulan Jalor yang turut diumum antara tiga kumpulan yang mendapat undian terendah. Lebih teruk mereka turut dibidas di laman sosial media selepas dilihat tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
Menurut Rahim atau nama sebenarnya Rahim bin Mat Ali, ahli kumpulan Jalor sedia menerima dan akur dengan teguran yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan mengenai isu tersebut dan sedia mengakui kesilapan mereka.
“Saya, Joey dan Along mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan persembahan kami minggu lalu yang melibatkan Baju Melayu sehingga ditegur oleh Datuk Jalaluddin Hassan. Kami akur dan terima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka. Kami tidak bermaksud cuba menimbulkan kontroversi atau memburukkan imej baju kebangsaan kita. Datuk Jalaluddin lebih berpengalaman dalam industri seni tanah air dan selaku juri beliau mempunyai pandangan yang berbeza, sama juga dengan penonton dan peminat.”
“Ada juga yang memberi komen positif selepas persembahan kami malah tidak dinafikan ada yang sokong dengan teguran barisan juri. Kami ambil ini sebagai panduan untuk lebih berhati-hati dan lakukan yang lebih baik di minggu hadapan. Insya Allah minggu ini Jalor cuba buat yang lebih baik dan elakkan dari berada di zon bahaya iaitu penyingkiran,” ujar Rahim sebagaimana dipetik portal Astro Gempak.
Dalam pada itu, Rahim turut menjelaskan tema mingguan yang diberikan untuk MLM edisi kali ini agak sukar dan perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah idea untuk tidak mengecewakan peminat program MLM dan kumpulan Jalor.
“Tema mingguan MLM edisi kali ini agak sukar kerana skop yang terlalu kecil. Contoh tema Retro dua minggu lalu sukar dan bukan mudah untuk membentuk sebuah persembahan dengan ‘punchline’ yang menarik. Kami cuba sedaya upaya untuk buat terbaik untuk tidak mengecewakan peminat program MLM dan kumpulan Jalor. Kami akui dua minggu kebelakangan ini persembahan kumpulan Jalor agak merundum dan kami berusaha mencari kesesuaian idea untuk dibawa ke pentas MLM untuk minggu ini. Insya Allah kami akan tampil dengan persembahan lebih mantap dan berkualiti,” tambah Rahim lagi mengakhiri perbualan.
Terbaik Rahim dan Jalor. Ambil teguran berkenaan sebagai iktibar. Ni tak boleh nak tegur, mulalah nak melawan. Siap sindir-sindir juri lagi. Dah rasa diri tu OTAI, memang tak perlulah nak masuk pertandingan kan… Huhu..
Baca : Raja Ilya bakal berlakon bersama aktres Bollywood
Pelakon jelita kacukan Melayu-Malayam, Raja Ilya Raja Mohamad mengesahkan dia bakal menjalani penggambaran filem bersama pelakon Bollywood terkenal, Kajol.
Memetik laporan Malaysian Digest, Raja Ilya enggan mengulas lebih lanjut mengenai filem tersebut kerana mempunyai kejutan untuk penonton, tetapi memberitahu penggambaran tersebut dijangka bermula pada Mac tahun hadapan.
"Saya akan menjalani penggambaran sebuah filem terbitan kerjasama produksi Malaysia dan India. Filem apa, saya tidak boleh cakap lagi tetapi saya mendapat tahu salah seorang pelakon Bollywood yang sudah menyatakan persetujuan berlakon filem ini adalah Kajol," ujarnya.
Selain Kajol yang pernah popular dengan filem "Kuch Kuch Hota Hai" itu, pelakon Madhuri Dixit juga dijangka terbabit dengan filem tersebut.
Nama Raja Ilya dikenali dikalangan penonton India tempatan menerusi drama tamil "Tup Periyum Pulli" dan "Angguran", serta pernah menerajui filem "Appalam" iaitu versi Tamil untuk filem "Papadom" arahan Afdlin Shauki.
Dalam perkembangan lain, Raja Ilya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul "Jelmaan" sempat berkongsi pengalaman pertamanya terkena gangguan makhluk halus pada dua hari terakhir di kaki Gunung Merapi.
Menurutnya, sebelum penggambaran dimulakan, semua pelakon telah dimaklumkan bahawa lokasi tersebut adalah tempat 'keras' dan dia perlu melakonkan babak dimana dia dirasuk.
"Selepas pulang ke hotel, saya rasa lain macam seperti tidak boleh duduk seorang diri dalam bilik dan tidak boleh tidur.
"Tiba-tiba saya rasa mahu menangis dan meracau selain ibu jari kaki kanan menjadi kebas. Keesokannya apabila sampai di lokasi pengambaran semula, saya memberitahu kepada pawing sebelum dia memegang ibu jari kaki saya dan membaca mentera serta menenangkan saya.
"Kaki saya masih lagi kebas sehingga balik ke Kuala Lumpur tetapi sekarang ni, saya sudah okay selepas ibu mendapatkan air penawar daripada seorang ustaz di kampung," katanya.
Filem seram arahan pengarah Indonesia Sirdak Jatty ini merupakan gandingan pertamanya bersama pelakon Keith Foo serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha dan Reykal Iskandar.
Baca : "Lelaki Harapan dunia" tidak akan ditapis semula
Filem komedi "Lelaki Harapan Dunia" yang dikatakan memperlekehkan kaum Melayu tidak akan ditapis semula oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Memetik laporan Malay Mail Online, kenyataan itu dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah organisasi tersebut iaitu Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, selepas mereka tidak menerima sebarang permohonan berkenaan penapisan semula filem tersebut.
"Untuk sekarang, "Lelaki Harapan Dunia" tidak akan ditapis semula. Tidak ada sebarang cadangan atau pun permohonan yang diterima mengenai filem tersebut. Buat masa sekarang, tidak ada maklumat diterima mengenai filem tersebut."
Sebelum ini pengarah filem tersebut iaitu Liew Seng Tat memuat naik kenyataan di laman sosial Facebook dan meminta agar orang ramai untuk menonton "Lelaki Harapan Dunia" secepat mungkin selepas dikhabarkan ia akan ditapis semula oleh LPF.
Artikel Terdahulu :
"Hai kawan-kawan, disebabkan isu yang ditimbulkan oleh segelintir orang, Lembaga Penapisan Filem ingin mengkaji semula "Lelaki Harapan Dunia". Tolong tonton sekarang jika anda belum menontonnya lagi. Saya tidak pasti apa akan berlaku kepada filem ini nanti. Jika filem ini dilarang, ia memang tidak munasabah. Saya harap pihak yang berkenaan akan mempertimbangkan isu ini dengan betul," seperti dipetik daripada kenyataan Liew di Facebook.
Filem yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 27 November lalu telah mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti dan memperlekehkan kaum Melayu serta agama Islam.