Monday, January 12, 2015

Amy Mastura Terus Terima Watak Datin Biarpun Dikritik

Pelakon dan penyanyi Amy Mastura tidak serik untuk membawakan watak datin biarpun lakonannya dengan peranan itu dalam drama Maafkan Jika Aku Tak Sempurna yang disiarkan di TV3 pada Oktober lalu dikritik penonton.


Amy Mastura Terus Terima Watak Datin Biarpun Dikritik, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, amy mastura

Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 44,  berkata, dia yakin pihak produksi dan pengarah memilihnya untuk membawakan sesuatu watak adalah berdasarkan kemampuan yang ada pada dirinya.

"Ramai penonton yang mengkritik dan menganggap saya tidak layak membawa watak sebagai datin dalam drama tersebut. Saya tidak serik dan terbaru memang saya akan bawa watak sama dalam drama berjudul Bencinta yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

"Bagi saya kalau produksi atau pengarah itu memilih saya maka mereka yakin tentang keupayaan saya untuk membawa watak itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Amy berkata, dia mengambil kritikan tersebut sebagai sesuatu teguran yang positif dan akan memperbaikinya.

Dia juga akan lebih banyak membuat kajian tentang karekter seseorang datin melalui drama-drama sebelum ini.

"Bila ada teguran sebegini sudah tentu saya akan berusaha untuk memperbaikinya. Lagi pula saya sudah kurangkan watak gila-gila ketika membawa karektor seperti itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Amy mengakui tidak terlalu memilih daripada segi watak atau meletakkan sebarang syarat dalam menerima tawaran berlakon.

Dia akan terima jika tawaran tersebut tidak menjejaskan masanya bersama keluarga.

"Saya seorang yang tidak terlalu memilih atau letak macam-macam syarat jika ingin berlakon. Kadang-kadang watak pun saya tidak tanya.

"Apa yang penting jika ia tidak menjejaskan masa bersama keluarga dan penggambaran pula di sekitar Kuala Lumpur, saya akan terima," ujarnya.

Mengenai perkembangan nyanyian, Amy bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Menari Ler ciptaan Ardif Johari tidak lama lagi.

Baca : Yasmin Hani Muncul Di HLive! Back To Back: Kontroversi  

Sumber : mstar.com.my

Ramai Teruja Yasmin Hani Muncul Di HLive! Back To Back: Kontroversi

Sebelum apa-apa,  nak tanya korang sikit. Korang sempat tak tengok HLive! Back To Back kat Astro Ria pada tanggal 31 Disember lalu.

Pada yang belum berkesempatan, rasa korang rugi sangat tak tengok sebab HLive! Back To Back menampilkan pelbagai laporan mengenai isu-isu yang mengaitkan selebriti tempatan serta industri hiburan tanah air kita secara keseluruhannya sepanjang 2014.

Ramai Teruja Yasmin Hani Muncul Di HLive! Back To Back: Kontroversi , info, terkini, hiburan, sensasi, yasmin hani, gossip


Salah satu segmen yang memang dinanti-nantikan adalah HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 yang turut menyaksikan kolaborasi program infotaiment harian tersebut dengan Portal Murai sendiri.

Bukan pasal isi kandungannya yang nak sentuh, sebab nanti korang semua kata, Murai Batu ni spesis yang suka angkat bakul sendiri pulak. Hahahahaha....

Well...anyway berbalik pada HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 tadi, segmen ini telah dikendalikan oleh wartawan penyiaran Hlive! sendiri iaitu Wasiril bersama gandingan hos luar iaitu Yasmin Hani.

Mungkin pada awalnya ramai yang skeptikal dengan kemampuan Yasmin Hani sebab dia dah lama tak muncul kat TV. Tapi, Yasmin Hani adalah Yasmin Hani.

Otai dalam bidang pengacaraan TV, bijak menangani situasi dalam keadaan yang pantas serta impromtu serta paling penting dia masih punya aura yang kuat sebagai pengacara TV.

Biarpun digandingkan bersama wartawan penyiaran baru seperti Wasiril, namun Yasmin Hani masih tetap mampu beraksi selamba sambil mencetuskan momen-momen yang menarik dalam segmen tersebut.

Tidak hairanlah kalau ramai yang memuji penampilan dan pengacaraannya di dalam segmen HLive! Back To Back: Kontroversi 2014 bersama Wasiril  tersebut. Malah, tidak kurang juga yang mahu Yasmin Hani jadi hos Hlive!

Apapun tahniah buat semua team HLive! kerana telah menyiarkan pelbagai paparan menarik tentang dunia selebriti serta industri hiburan tetanah air dalam Hlive! Back to Back!

Baca : Punca Kieran Beralih Ke Sinar FM  

Sumber : tupai.com.my

Punca Kieran Beralih Ke Sinar FM

Sirih pulang ke gagang itu perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan penyampai  radio popular Kieran yang akan memulakan tugas di Sinar FM bermula pada Sabtu ini.


Punca Kieran Beralih Ke Sinar FM, info, terkini, hiburan, sensasi, penyampai radio kieran, gossip

Memilih untuk menjadi penyampai radio secara separuh masa kerana dia mempunyai tugasan dan hal lain yang perlu diuruskan terutama perniagaan sejuk bekunya iaitu Kieran Frozen Foods.

“Tawaran yang diberikan oleh Astro Radio pun saya terima dengan lapang dada dan faktor utama saya berhenti dari Hot FM ialah mengenai umur.”

“Saya merasakan umur saya yang sudah mencecah 40an, tidak sesuai untuk selera pendengar Hot FM yang dalam lingkungan usia 20an hingga 30an, jadi sebelum saya diberhentikan baik saya berhenti sendiri,” seloroh Kieran kepada portal Murai.com.my.

Kieran yang ditemui di Majlis Sidang Media Showcase Hafiz & Friends di ibu negara turut mempunyai impian lain iaitu untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena.

“Mana tahu ada rezeki saya kat Astro Arena untuk menjadi pengulas sukan kerana keinginan saya itu telah saya sampaikan dengan rakan-rakan setugas di sana.”

“Selain menjadi penyampai radio yang sebati dengan jiwa saya, pengulas sukan adalah minat saya juga kerana saya yakin boleh mengalas tanggungjawab itu dengan baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kieran yang sudah 4 tahun menduda akui masih belum menemui mana-mana calon isteri kerana masanya belum tiba dan sudah selesa menjadi bapa tunggal.

“Soal kahwin lagi saya tak fikir sangat, banyak lagi perkara-perkara yang lebih penting yang perlu diambil berat, kalau jumpa calon yang sesuai saya akan beritahu umum,” kata Kieran mengakhiri bicara. 

Baca : Hazama bakal tampil dengan album baru 

Sumber : tupai.com.my

Hazama bakal tampil dengan album baru

Penyanyi dan pelakon Hazama memberitahu bahawa tahun ini dia mahu memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya daripada berlakon untuk menghasilkan album keduanya.

"Pada tahun ini saya mahu fokus pada karier muzik saya kerana saya mahu mencari bahan untuk pembikinan album kedua saya.

Hazama bakal tampil dengan album baru, info, terkini, hiburan, sensasi, hazama, album baru

"Namun jika terdapat tawaran watak yang bersesuaian dan memang saya nak, saya akan ambil, tapi jika tidak saya akan fokus pada karier muzik saya," katanya yang ditemui selepas sidang media "Hafiz & Friends Showcase" di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Hazama atau nama nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi untuk album keduanya kelak, dia mahu berkolaborasi dengan Ajai.

"Untuk album kedua saya ini saya mahu berkolaborasi dengan komposer tersohor tanah air seperti Ajai.

"Saya dan Ajai sudah ada bercakap dan berbincang mengenai perancangan album saya dan Alhamdulillah Ajai banyak memberi galakan dan juga idea. Tapi sementara menunggu album diriliskan saya akan riliskan single-single terlebih dahulu."

Tambah Hazama lagi, album keduanya kelak akan memuatkan sebanyak sembilan buah lagu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai persiapannya untuk persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29), Hazama berkata dia tidak menyangka lagu "Malaikat" dapat mara ke peringkat akhir.

"Sejujurnya saya sebenarnya tidak yakin dapat layak ke peringkat akhir ketika membuat persembahan pada peringkat separuh akhir kerana tahun ini saingan sengit dengan penyanyi-penyanyi hebat-hebat belaka, bagaimanapun saya bersyukur kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL."

Pada masa sama, Hazama berkata dia tidak meletak harapan yang tinggi kali ini kerana baginya dapat layak ke peringkat akhir adalah satu kemenangan buatnya dan akan memberikan persembahan terbaik ketika AJL 29 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari ini.


Baca : Kes Pukul Tutup-Mangsa Amuk Maafkan Aliff Aziz 

Sumber : tupai.com.my

Kes Pukul Tutup-Mangsa Amuk Maafkan Aliff Aziz

Masihkah anda ingat dengan kes amuk kononnya disampuk tapi rupanya mabuk yang melibatkan penyanyi Aliff Aziz Disember lalu? Amukan tersebut telah menyebabkan Pengurus Jabatan Kontrak yang dikenali sebagai Ismail Mahtar cedera hingga patah tulang bahu.

Kes Pukul Tutup-Mangsa Amuk Maafkan Aliff Aziz, info, terkin, sensasi, gossip, aliff aziz, kontroversi aliff


Bagaimanapun, tindakan pantas Aliff membuat permohonan maaf pada Ismail yang berhasrat menyamannya telah menyelamatkan penyanyi itu. Kini semuanya telah selesai tanpa melibatkan mahkamah.

<left><span style="color: black;"><b>Artikel Terdahulu : </b></span><span style="color: yellow;"><a href="http://bloghiburanterkini.blogspot.com/2015/01/ziha-af2014-tampil-mohon-maaf.html" onclick="window.open('http://bit.ly/14rRvEQ');window.open('http://bit.ly/13W2wgv');" target="_blank"><button><span style="color: blue;"><b>Aliff Aziz Tampil Mohon Maaf</b></span></button></a></span></left><span style="color: yellow;">&nbsp;</span></div>
<div style="text-align: justify;">

Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih!

"Saya ingin membuat kenyataan di sini bahwa saya telah menghubungi abang Ismail (mangsa) dan memohon maaf kepada beliau. Saya juga telah terangkan kepada beliau bahwa saya memang tidak berniat langsung mahu menyerangnya tetapi kejadian berlaku dalam keaadan saya tidak sedar.


"Alhamdulillah, abang Ismail faham akan situasi saya dan beliau memaafkan saya. Beliau juga bersetuju untuk mengugurkan saman terhadap saya. Jadi, isu ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik," ujar Aliff dipetik sebagai berkata kepada MalaysianDigest.

Dalam pada itu, Ismail yang dihubungi media mengesahkan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf Aliff. Sehubungan itu, dia dengan ikhlas hati mengugurkan saman terhadap penyanyi itu, pada Jumaat lalu.


Kes Pukul Tutup-Mangsa Amuk Maafkan Aliff Aziz, info, terkin, sensasi, gossip, aliff aziz, kontroversi aliff

"Ya, saya maafkan dia sebab saya tahu dia tidak berniat menyerang saya dan saya juga telah mengugurkan saman terhadap dirinya," jelasnya yang tidak menuntut apa-apa bayaran tetapi mencadangkan Aliff membuat sumbangan komuniti (CSR) dengan mana-mana badan bukan keraaan (NGO).

Baca : 3 Gambar Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren' 

Sumber : myartis.com

3 Gambar Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren'

Waahhh... boleh tahan Akim ni bergurau mengenai 'girlfriend'. Kami fikir Stacy yang ikut Akim ke Tanah Suci Mekah tadi... rupa-rupanya ibu tersayang.

Meskipun gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL), namun rezeki manusia siapa tahukan? Menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebenarnya satu hadiah lebih besar daripada Allh SWT buat Akim.

Jom tengok!


3 Gambar Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren', info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, akim ahmad

3 Gambar Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren', info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, akim ahmad

3 Gambar Akim Pergi Umrah Bersama 'Gelfren', info, terkin, hiburan, sensasi, gossip, akim ahmad

Baca : 5 Sebab Kenapa Saya Membenci Fynn Jamal 

Sumber : myartis.com

5 Sebab Kenapa Saya Membenci FYNN JAMAL !!!

Semua orang bercakap mengenai Fynn Jamal. Bila suami dia hisap rokok depan Juna, jadi macam satu masalah besar. And bagi siapa yang tak kenal siapa Fynn Jamal ini akan cakap – who the fuck is she? To be honest, aku adalah salah seorang haters Fynn and I am proud to admit that...


5 Sebab Kenapa Saya Membenci FYNN JAMAL !!!, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Arjuna Beta,

Jangan disembah makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Ya, aku tahu anak dia handsome but please, jangan obses. Dan di atas dasar kebencian itu, aku huraikan 5 perkara yang paling aku benci pasal seorang makhluk Tuhan ini...

1. Syok Sendiri

Kalau nak diikutkan, setiap gambar yang Fynn post di Instagram, semua syok sendiri. Semua bercerita pasal kehidupan dia, suami dan Juna. Tak habis-habis benda yang sama Fynn post but still, masih ramai yang komen dan tergila-gilakan kecomelan Juna. Tapi sedarkah anda di saat anda membenci setiap apa yang Fynn share di Instagram, anda sebenarnya melakukan perkara yang sama....

Artikel Terdahulu :  


Kita tidak akan sedar yang kita syok sendiri. Kita tidak akan sedar apa yang kita cakap sebenarnya refleks terhadap diri kita sendiri. Mungkin hukum alam sudah begitu – saat menilai orang lain, kita lupa di mana kita berdiri sebenarnya. Setiap kali kita mencemuh orang lain kita sebenarnya terlupa untuk perbaiki diri sendiri.

2. Penakut

Fynn sebenarnya merupakan seorang yang sangat fragile. Penakut dan paling emosional sekali. Bukti? Pergi Instagram dia dan lihat dia syok sendiri tulis pasal macam-macam benda dengan nada penulisan emosional. Macam mana nak tau, skroll sendiri dan boleh assume yang Fynn ini fragile dan penakut.

Sebab apa saya katakan dia penakut? Sebab semua orang ada perasaan yang sama. Semua orang takut kalau gaji masuk lambat. Semua orang emosional kalau kerja freelance tapi klien bayar payment lambat. Semua orang takut dan kita semua berkongsi perkara yang sama....

Perasaan takut itu adalah perasaan yang kita hadapai tiap-tiap hari dan untuk point kedua ini, saya bagi tabik hormat pada Fynn sebab dapat lepasi perkara yang sukar. Kalau mengikut cerita Fynn, masa mula-mula lepas kahwin, dia terpaksa berpisah dengan Tri. Berpisah dalam jarak yang jauh. Nampak mudah tapi I bet you, seksa, sengsara dan takut bila hidup bersendirian, empunya badan saja yang tahu. Kalau tiada telur, jangan pernah berani cabar diri....

3. Juna, Juna, Juna

Bab Juna memang tidak akan habis. Juna makan, Juna tonggeng, Juna mandi, Juna baru bangun tidur, pampers Juna londeh. Memang tiada benda lain ke Fynn nak kongsikan? Bersepah gambar pasal Juna dan kadang kadang ada sikit gambar Tri bermisai seringai....

Bagi saya, bab Juna memang tidak akan habis sebab sebahagian Fynn itu juga adalah Juna. Ini bab ibu dan anak. Dan bila cakap pasal anak, itu satu perkara yang sangat sentimental. Semua orang tahu, cukup masa nanti Juna akan tahu siapa ibu bapa sebenar dia, siapa Fynn dan Tri sebenarnya tapi sebelum dia tahu semua itu, memang tak terbayang apa yang telah dicurah pada Juna...

Macam tengok drama kan? Tapi drama ini makan masa bertahun-tahun. Bila Juna meningkat remaja ke dewasa, pasti ada konflik. Dan saya yakin, bagi yang mengikuti kisah anak beranak ini, semua orang mahukan yang happy ending, bukan?

4. Berselindung

Kehidupan Fynn selalunya nampak happy sentiasa. Nampak sangat dia cuba berselindung daripada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu. Mustahil ada rumah tangga yang bahagia macam dia. Itu semua wujud dalam cerita dongeng sahaja.

Tapi berselindung itulah perkara yang Fynn paling hebat sekali. Kadang-kala kita tidak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita sebab kita tahu akan ada orang akan cakap – who the fuck cares about your life? Bila kita sembunyikan masalah, orang akan dapat lihat dari satu sudut sahaja dan mula akan menyoal perkara lain pula....

Bab bercakap pasal orang ini macam satu permainan yang tidak akan habis. Sebab apa tidak akan habis? Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas....

5. Cakap Lebat

Kalau bab bercakap, Fynn paling hebat. Ada sahaja perkara yang dia nak sampaikan dan biasanya yang diutarakan mestilah berkaitan dengan kehidupan orang sekeliling. Cakap macam dah berpengalaman sangat...

The truth is, kadang-kala usia tak perlu nak buktikan kita lagi tahu itu semua. Kalau sudah berusia sekali pun tapi masih lagi tidak matang, tidak kena juga. Jika dilihat dari setiap apa yang dibincangkan Fynn, rata-rata dia bercakap melalui pengalaman dia sendiri....

How to move on, macam mana nak lupakan masa silam dan macam mana ada keberanian ambil risiko untuk perkara yang kita sendiri tidak tahu apa di depan.
Cakap lebat boleh tapi biarlah dengan apa yang kita lalui sendiri. Setakat cerita lebat tapi bila suruh buat, terkial-kial, liat....

Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas...

Jangan disembah puja makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Dia cuma manusia biasa yang Tuhan hadirkan untuk memberi inspirasi atau mungkin juga untuk dicaci maki. Jangan persoalkan dia bertuah kalau kita sendiri tidak pernah berusaha. Memang jalan kehidupan ini penuh liku. Tapi kalau lahir ke dunia, kau disambut dengan emas, itu lain cerita, jalan cerita pasti berbeza....

Baca : Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada Februari Depan  

Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada Februari Depan

Penyanyi Mohd Hafiz Suip 25, bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada 27 Februari ini.

Majlis tersebut akan diadakan di Hotel Pullman Kuching yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga, rakan taulan dan pihak media.


Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada Februari Depan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, hafiz suip

"Sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah bakal tunang saya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.

 "Gadis pilihan saya itu dikenali sebagai 'Effy' dan kemungkinan majlis perkahwinan saya akan diadakan pada tahun 2016 setelah si dia tamat pengajian," ujar Hafiz di portal Murai.com.my

Hafiz yang ditemui di Majlis Sidang Media Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Café turut bersyukur akhirnya ditemukan jodoh dan serunya untuk menjadi suami telah tiba.

“Identiti bakal tunang saya tidak boleh dedahkan secara mendalam atas permintaan saya kerana ingin menjaga privasinya yang kini masih dalam pengajian di sebuah universiti,” seloroh Hafiz tersenyum.

Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya. 

“Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia untuk menghormati ayah dan ibu saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan. 

Baca : Slash bakal menggegarkan Malaysia! 

Sumber : tupai.com.my

Artikel : Hafiz Suip Bakal Bertunang Pada 27  Februari

Slash bakal menggegarkan Malaysia!

Petikan gitar dari pemain gitar lagenda, Slash akan menggegarkan Malaysia pada 14 Februari ini bersempena dengan sambutan Hari Kekasih.

Slash bakal menggegarkan Malaysia!, info, terkini, hiburan, sensasi Slash Gun n roses,


Pemuzik yang juga pemain gitar kumpulan Guns N' Roses ini akan mengadakan persembahan di Sunway Lagoon Surf Beach bersama ahli kumpulannya Myles Kennedy dan The Conspirators buat julung kalinya, bagi mempromosikan albumnya yang berjudul "World On Fire".

Artikel Terdahulu :  


Ini bukan kali pertama Slash membuat persembahan di Malaysia kerana pada tahun 2010, Slash pernah membuat persembahan solo.

Slash bakal menggegarkan Malaysia!, info, terkini, hiburan, sensasi Slash Gun n roses,


Konsert yang diberi nama "Slash World On Fire Featuring Myles Kennedy and The Conspirators Live in Malaysia 2015" ini dianjurkan oleh Galaxy Group yang sebelum ini pernah membawa kumpulan lagenda rock Metallica ke Malaysia pada tahun lalu.

Tiket konsert boleh didapati di kaunter tiket Galaxy di Mid Valley dan Sg Wang dengan harga RM348, RM278 dan RM168.

Tiket juga boleh didapati melalui dalam talian di www.buytickets.com.my.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Galaxy Group ataupun di Facebook mereka.

Baca : Ziha AF2014 Tampil Mohon Maaf  

Sumber : tupai.com.my

Artikel : Slash Bakal Gegarkan Malaysia