Tuesday, January 13, 2015

Kontroversi Alyah Dirancang Kerana AJL 29?

Komposer dan penulis lirik lagu Sesal Separuh Nyawa yang dinyanyikan Alyah menyangkal tuduhan kononnya merancang kontroversi untuk mempromosikan lagu berkenaan yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang bakal berlangsung Ahad ini.


Kontroversi Alyah Dirancang Kerana AJL 29?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, alyah dan ramli MS, AJL29

Penulis liriknya, Shah Shamsiri berkata, kontroversi yang tercetus melibatkan Alyah dan suaminya Datuk Ramli MS adalah isu peribadi yang tiada kaitan dengan gimik untuk meraih simpati masyarakat dalam pertandingan itu nanti.

"Ramai yang tanya saya adakah ia satu gimik untuk AJL29 ini memandangkan terlalu ramai yang buat gimik akhir-akhir ini untuk menarik perhatian penonton.

"Tetapi, bagi saya ia adalah hal peribadi mereka dan tidak mungkin perkara itu dibuat sebagai gimik untuk tarik perhatian penonton," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persepsi segelintir masyarakat yang menganggap perkara tersebut sebagai gimik semata-mata menarik penonton menyaksikan pertandingan AJL29 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.

Terdahulu, pada Ahad lalu Alyah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar suaminya Datuk Ramli MS bersama seorang wanita di Instagram dengan kapsyen seolah-olah Ramli telah mempermainkan hatinya.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian umum dan beberapa jam selepas itu Alyah memuat naik gambarnya bersama suami dengan menjelaskan bahawa dia terlalu beremosi sehingga membuat kesilapan tersebut.

Dalam pada itu, Shah memberitahu pada awalnya mereka agak bimbang mengenai kemerosotan persembahan Alyah dalam menyampaikan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi itu sudah memberi keyakinan kepadanya, komposer Aidil Zamri dan Alfie untuk mempersembahkan karya berkenaan sebaik mungkin.

"Ketika tercetuskan kontroversi ini saya agak bimbang memikirkan persembahan Alyah kerana takut fokus dia untuk malam tersebut terganggu namun dia telah meyakinkan kami untuk menyampaikan lagu tersebut sehabis baik.

"Saya beritahu dia agar luahkan segala perasaan yang terpandam itu di atas pentas dan tunjukkan kepada masyarakat tahap profesionalnya dia sebagai seorang artis berpengalaman," katanya.

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut, Aidil Zamri berkata, pengalaman Alyah sebagai penyanyi selama 14 tahun dengan melalui pelbagai dugaan sebelum ini membuatkan dia yakin penyanyi itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Dia juga mengenali Alyah sebagai seorang wanita cekal yang mempunyai jati diri tinggi.

"Saya tidak risau kerana dia seorang yang kuat jati diri serta tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya. Bagi saya dia sudah melalui pelbagai dugaan selama 14 tahun menjadi artis.

"Bagi saya apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada hambanya yang dirasakan kuat untuk berhadapan dengan ujian itu," katanya.

Baca : Adib Khalid & Izara Aishah Sedia Berkahwin? 

Sumber : mstar.com.my

Adib & Izara Sedia Berkahwin?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid menjelaskan dia dan aktres Izara Aishah tidak pernah menyentuh soal perkahwinan buat masa ini.

Adib & Izara Sedia Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, adib khalid, izara aishah

Adib atau nama sebenarnya Muhammad Adib Khalid, 25, berkata, masih terlalu awal untuk mereka berbincang mengenai hal berkenaan memandangkan hubungan cinta itu masih lagi dalam peringkat awal.

"Tidak... kami berdua tidak pernah bercakap atau menyentuh soal perkahwinan atau perancangan ke arah tersebut kerana masih terlalu awal untuk berbuat demikian.

"Tambahan pula kami masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing selain tidak mahu terburu-buru dan tumpuan kami buat masa ini adalah kepada kerjaya masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Adib yang juga anak anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) ditemui pada majlis sambutan hari jadi penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Hotel Ritz Carlton dekat sini pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, Adib berkata, dia tidak berasa tertekan apabila hubungan cinta mereka mendapat perhatian peminat namun lebih selesa kisah tersebut tidak dikongsi dengan orang lain.


Adib & Izara Sedia Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, adib khalid, izara aishah
Izara Aishah.

Kata Adib, dia sedar Izara adalah seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian namun mereka cuba untuk tidak terlalu menonjolkan hubungan itu di khalayak.

"Saya cuba untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai hubungan kami kerana inginkan privasi.

"Menyedari status Izara seorang selebriti saya perlu bersikap terbuka namun pada masa sama tidak terlalu banyak bercerita mengenai hubungan kami," katanya.

Tambah Adib, dia menyenangi Izara kerana mereka mempunyai banyak persamaan terutamanya dari segi hobi dan pemilihan makanan.

"Selain persamaan yang ada pada kami dia juga seorang yang sangat merendah diri selain pandai membawa diri dalam pergaulan," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan Tune Studios, Adib berkata, pihaknya bakal memperkenalkan beberapa artis baharu dan lama yang bakal bernaung bawah syarikat tersebut.

Malah kata Adib, pihaknya merancang untuk membawa beberapa artis popular antarabangsa untuk mengadakan persembahan di negara ini.

"Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan umumkan barisan artis baharu dan single mereka selain mengatur persembahan artis antarabangsa," ujarnya.

Baca : "Percintaan Kami Pulih, Jangan Besarkan Lagi" - Zizan Razak  

Sumber : mstar.com.my

"Percintaan Kami Pulih, Jangan Besarkan Lagi" - Zizan Razak

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengesahkan percintaannya dengan aktres Emma Maembong sudah kembali pulih selepas dilaporkan putus pada awal bulan lalu.

zizan dan emma sudah kembali bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroveri, zizan razak, emma maembong

Namun, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, berkata, dia enggan berkongsi lanjut perkara itu kerana bimbang ia boleh mengeruhkan keadaan.

"Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.

"Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan ditemui selepas pelancaran program Projek Ceria di Wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya adakah isu saman melibatkan dia dan bekas pengurus membabitkan tuntutan melebihi RM500,000 mempengaruhi percintaannya, Zizan memberitahu tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.

zizan dan emma sudah kembali bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroveri, zizan razak, emma maembong
Konflik hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak masih menjadi tanda tanya.


Dia mengakui, biarpun kadang-kala berasa tertekan, namun dia perlu mengawal keadaan itu agar sentiasa kelihatan ceria di hadapan orang ramai.

"Kadang kala tertekan juga tetapi saya tidak boleh tunjukan perasaan itu kepada orang ramai yang mahu melihat saya gembira.

"Saya tidak boleh campurkan urusan peribadi dengan kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai Projek Ceria, Zizan merupakan salah seorang selebriti terpilih untuk menunaikan impian kanak-kanak yang ingin bertemu dengannya.

Dalam program lima episod itu, Zizan bakal membuat kejutan dengan hadir ke rumah dua orang kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik.

"Ketika dipelawa untuk terlibat dengan program ini saya sangat berbesar hati kerana saya dapat membuat mereka tersenyum walaupun dalam keadaan mereka sakit.

"Sedikit sebanyak rasa gembira itu mengurangkan dan menjadi penawar penyakit mereka," ujarnya.

Tambah Zizan, dia sering melakukan aktiviti ini bukan sahaja melalui program sebaliknya datang sendiri menziarahi kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dia juga pernah ditahan kerana disyaki melakukan penggambaran tanpa kebenaran pihak hospital sedangkan kunjungannya adalah untuk melawat mereka.

"Bukan untuk program ini sahaja tetapi saya sering datang sendiri melawat mereka di hospital.

"Ada satu ketika saya ditahan dan dihalang masuk kerana mereka fikir saya ingin mengadakan pengambaran tanpa memberitahu pihak hospital terlebih dahulu," ujarnya.

Program Projek Ceria akan mula disiarkan setiap hari Jumaat, pukul 7 malam bermula 30 Januari ini menerusi saluran Astro Ceria (611).

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Aznil Nawawi, Hafiz Suip, Lisa Surihani dan Shahrol (Shiro).

Baca : Lebih Baik Letak Pasangan Dalam Kelambu - Rita Rudaini 

Sumber : mstar.com.my

Daripada Kongkong, Lebih Baik Letak Pasangan Dalam Kelambu - Rita Rudaini

Meski diselangi dengan beberapa kisah duka yang mengulit perjalanan hidupnya, pelakon Rita Rudaini tetap berdiri sebagaimana yang dikenali. Lakonannya yang berkesan berjaya meruntun hati peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Terkini, info, hiburan, sensasi, gosip, rita rudaini

Menerusi edisi terbaru Media Hiburan, Rita sempat berkongsi pendapat mengenai keselesaaanya ketika berlakon bersama suami atau kekasih orang lain.

"Saya ada prinsip sendiri. Saya susah nak suka dan jatuh cinta dengan seseorang. Kalau ada yang tersuka, itu di luar pengetahuan dan saya tak pernah nak ambil tahu. Berlakon dengan suami dan kekasih orang, terdetik juga rasa takut kerana bimbang perasaan dan tanggapan pasangan mereka.

"Tapi jangan risau, saya bukan seperti itu. Siapa yang pernah berlakon dengan saya, pasti lebih tahu. Yang ragu-ragu dan takut itu, adalah mereka yang tidak pernah berlakon dan bekerja dengan saya," ujar Rita.

Tatkala ditanya pendapatnya tentang sesetengah wanita yang mengongkong pasangan daripada bergandingan dengan pelakon wanita lain, Rita menjelaskan;

"Saya memang tidak boleh dengan orang seperti itu. Kalau betul dia nak kongkong, baik ambil, bawa balik dan letak pasangan itu di dalam kelambu. Kalau percayakan pasangan, perlu terbuka dalam hal ini.

"Kalau tak percaya, jangan izinkan dia berlakon. Jika itu berlaku, dia menyekat periuk nasi orang lain dan pasangannya juga," tambah ibu kepada dua orang anak ini. 

Baca : Riezman Khuzaimi Dan Kartina Ayoob Sah Bercerai Talak Satu 

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com

Riezman Khuzaimi Dan Kartina Ayoob Sah Bercerai Talak Satu

Akhir rumahtangga pelakon Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob yang dibina sejak 24 Februari 2001 telah berakhir dengan penceraian pada hari ini. Lafaz cerai dilakukan oleh Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Saiful Azli Jamaluddin. Riezman memaklumkan yang penceraian tersebut terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Riezman Khuzaimi Dan Kartina Ayoob Sah Bercerai Talak Satu, info, terkini, berita, hiburan, kontroversi, gossip, Reizman Khuzaimi, Kartina Ayoob

Riezman kelihatan sebak ketika melafazkan cerai dan enggan ditemuramah oleh wartawan dan terus meninggalkan mahkamah selepas lafaz cerai dibuat. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7. Semoga Riezman dan Kartina tabah menghadapi dugaan ini.

Baca : Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali 

Sumber : beautifulnara.com

Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali

Malah insiden putus cinta mereka suatu ketika dulu turut menggemparkan industri hiburan dan takdir untuk mereka hidup bersama bernoktah saat itu.

Izreen pula bertemu jodoh, namun jodoh tak panjang. Perkahwinan berakhir dan hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, pelakon berbakat itu dikurniakan seorang cahaya mata.

Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari
Cinta Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah mencetuskan sensasi.
Johan As'ari pula pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Nabila Huda dan Lana Nodin.

Selepas beberapa tahun membawa haluan hidup masing-masing, jodoh Johan dan Izreen kembali berpaut.

Tetapi bukan di alam realiti sebaliknya keduanya bergandingan dalam telefilem Lima Kali Cinta yang bakal menghiasi slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi.

Telefilem arahan Amie Maziah itu menyaksikan gandingan mereka berdua selepas hampir tiga tahun tidak disatukan. Kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi drama Juvana yang turut disiarkan di TV3.

"Kurang pasti kenapa saya dan dia (Johan) digandingkan semula selepas sekian lama. Kena tanya pihak stesen TV ataupun syarikat produksi. Mungkin juga ditakdirkan kami diberi peluang bergandingan sama kembali.


Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari

"Sebelum telefilem ini, kami terlebih dulu terbabit dalam slot pementasan teater muzikal di Anugerah Skrin tahun lalu yang diarahkan Erma Fatima. "Tapi tak ada dialog bersama pun. Kali pertama jumpa tak dinafikan agak kekok. Namun untuk telefilem ini, kami sudah mula okey.

"Saya pun sudah tak fikir sejarah lama kami. Sudah lupa pun. Tak pernah saya ambil hati atau simpan dendam. Dia pun pandai cipta mood bila bersembang kerana sudah pernah mengenali saya sebelum ini. Benda dah lepas, jangan dikenang lagi," katanya.

Menurut Izreen telefilem Lima Kali Cinta turut membabitkan lima lagi hero selain Johan iaitu Iqram Dinzly, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Riz Amin dan Fezrul Khan. Izreen memegang watak sebagai Ayuni.

"Johan pula membawakan watak Zarif seorang mekanik dan kerana pekerjaannya itu Ayuni meramalkan hubungan mereka seperti tiada masa depan.

"Daripada situ, Izreen tergerak hati semula untuk mencuba nasib mengenali bekas kekasihnya yang terdahulu," katanya.

Ditanya mengenai soal peribadi, selepas pernah dikaitkan dengan Amar Baharin, Izreen dikatakan sudah tiada kekasih hati.

Cuma dengan statusnya sebagai ibu tunggal, ramai pantas menebak hatinya dengan lelaki tertentu berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman sosial.


Izreen Azminda dan Johan As'ari bercinta kembali, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontrvoersi artis, izreen azminda, johan as'ari

"Mulut orang biasalah tak boleh nak tutup. Bila status saya macam ini, orang akan fikir lain dan cipta isu. Tapi saya berhak berkawan dengan sesiapapun. Saya pun ada perasaan untuk dicintai dan menikmati hidup berteman.

"Tak semestinya saya muat naik gambar dengan lelaki tertentu, saya pantas dikatakan bercinta dengan mereka. Nazrief contohnya saya anggap seperti adik dan dia masih hijau di arena seni," katanya yang akan bergandingan dengan Fahrin Ahmad untuk sebuah drama berjudul Eksprimen Cinta bagi slot drama di Tv3.

Izreen Azminda turut ditanya mengenai kisah beliau dipertikaikan status diri kerana mengacarakan program berkonsepkan perkahwinan dipanggil Mahligai Cinta untuk TV3. Ketika ini sudah empat episod dirakamkan Izreen.

"Hanya kerana saya berstatus janda, orang pertikaikan saya tidak sesuai mengacarakan program ini. Itu satu pemikiran yang tak pandang ke depan. Tak semestinya program perkahwinan kena dikendalikan hos yang bujang. Tapi saya percaya ini semua soal rezeki.

"Mana tahu, barangkali dengan mengacarakan program seumpama ini, berkat saya untuk berkahwin lagi akan ada. Siapa tahu bukan?," katanya.

Baca : Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem  

Sumber : bharian.com.my

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem

Aktres Lisa Surihani yang melakonkan watak sebagai Aleeya Azmeen dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Suamiku Encik Perfect 10! menjelaskan bahawa untuk menjiwai watak wanita mengandung dia banyak membuat pemerhatian dan berbincang bersama pengarah filem apa yang perlu dilakukannya untuk memperkemaskan lagi wataknya dalam filem tersebut.


Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

“Saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak wanita yang mengandung. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen”

“Selain itu saya juga membesar bersama-sama dengan saudara-mara saya yang lain dan daripada situ saya melihat bagaimana mereka ketika mengandung,” katanya.

Chemistry yang ada di antara Aaron Aziz & dirinya menjadikan watak mereka berdua hidup dalam filem ‘Suamiku Encik Perfect 10!. Bagi Lisa Surihani, komitmen yang ada sebagai pelakon profesional membuatkan mereka berdua serasi di layar perak.

“Saya terkejut dan tak sangka apabila orang mengatakan kami berdua ada ‘chemistry’ dalam filem ini. Bagi saya kerja atau komitmen yang kita buat perlu ikhlas. Begitu juga bila saya bergandingan bersama Beto dalam Istanbul Aku Datang walhal saya sebelum itu tak pernah berlakon bersama”

Buat peminat yang ingin menyaksikan filem yang diadaptasikan daripada novel popular Suamiku Encik Perfect 10! bolehlah ke seluruh pawagam tanah air pada 22 Januari ini.


Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem, info, terkin, hiburan, Lisa Surihani, Suamiku Encik Perfect 10

Baca : Persiapan Perkahwinan Rumit Buat Zul Ariffin 


Sumber : rotikaya.com

Persiapan Perkahwinan Rumit Buat Zul Ariffin

Pelakon kacak Zul Ariffin akui membuat persiapan perkahwinan adalah lebih rumit daripada berlakon filem mahupun drama.

Baginya pelbagai perkara perlu diambil kira agar majlis perkahwinan itu dapat berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Persiapan Perkahwinan Rumit Buat Zul Ariffin, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, zul ariffin

“Untuk mendirikan rumahtangga memang mencabar lebih-lebih lagi untuk membuat persiapan pernikahan mahupun majlis resepsi.”

“Bukan macam berlakon, bagi saya agak mudah kerana ia lebih teratur kerana sudah tertulis dalam skrip dan hanya mengikut jalan cerita yang telah di buat,” ujar Zul.

Zul yang ditemui media di Majlis Nivea Cool Kick Triple Shield di ibu negara masih lagi menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga cuma masa sahaja yang belum mengizinkan.

“Untuk tahun 2015 memang tiada ‘plan’ untuk berkahwin kerana saya masih fokus terhadap kerja saya iaitu berlakon, kalau sudah sampai serunya Inshaa Allah akan diberitahu kepada umum,” jawab Zul secara bersahaja.

Mengenai watak lakonan, Zul  tidak pernah memilih mana-mana karekter  malah dia turut bersyukur watak lelaki romantik telah melonjakkan namanya sehingga di luar jangkaan.

“Sebelum ini memang saya banyak lakonkan watak antagonis, komedi dan seram namun watak romantik itu antara yang memberi tuah kepada saya.

“Apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberi oleh-Nya dan berharap untuk tahun 2015 memberikan sinar yang lebih baik untuk karier saya,” katanya mengakhiri bicara. 

Baca : Que Haidar Sedik Tiada Skrip Bagus  
Sumber : murai.com.my

Que Haidar Sedih Tiada Skrip Yang Bagus

Que Haidar seorang pelakon yang amat selektif dalam berlakon. Tidak kira filem mahupun drama. Disebabkan sikapnya itu dia dilihat seorang pelakon yang mempunyai level tersendiri. Sehinggakan peminat-peminatnya sentiasa menunggu buah tangan darinya kerana tahu lakonannya pasti yang terbaik.


Que Haidar Sedih Tiada Skrip Yang Bagus, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, que haidar

Suami kepada Linda Jasmine ini telah memuat turun sekeping gambar hitam beserta kaspyen,

Aku rasa Mcm Takde tempat utk Aku kat industri.. Susah sgt nak dpt offer skrip yg bagus... Tak Malu ke gelar diri mereka anak seni sedangkan filem mereka seakan utk mengaut untung sj.. Tak tau mana letak seninya..”

Kenyataan Que turut dipersetujui oleh sesetengah peminatnya, namun tidak kurang juga yang menempelak kenyataannya itu.Tetapi Que turut menambah,

“Tak Kisah Kalau nak commercial Tapi takkan la semuanya nak buat commercial.. Pastu Kalau filem2 tu Filem commercial yg bagus ok gak ni Mcm budak2 buat filem.. Ada tu entah apa2 ceritanya.. Pastu bangga ckp diri tu director Huhu memalukan”

Jika diamati, terdapat banyak filem dan drama yang kadang-kadang tiada kualitinya tetapi lebih kepada komersialnya. Seperti kata Que, jika komersial bagus, tidak mengapa tetapi jika seperti hanya batuk di tangga, tiada gunanya. Ia seolah-olah membunuh industri perfileman dan juga layar televisen.

Tetapi kadang-kadang pasaran tidak menentu dan penonton juga di luar jangkaan. Mungkin industri boleh buat sesuatu di mana jangan terlampau memberi penonton dengan cerita yang biasa sahaja tetapi beri jalan cerita yang memberi kebaikan bersama.

Buat Que Haidar, lakonan anda memang sentiasa dinantikan. Jangan putus harapan. Nescaya, skrip yang bagus akan menjelma. All the best!

Baca : Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah 

Sumber : era.fm