Friday, June 19, 2015

Remy Ishak Rancang Kahwin, Jelaskan Isu Playboy

Tidak sampai beberapa ketika nama Remy Ishak kembali hangat diperkatakan menerusi pendedahan seorang individu yang mendakwa seolah-olah dia mengenali aktor kacak tersebut. Tindakannya yang mendedahkan kononnya perangai sebenar Remy akhir membawa kepada satu berita gembira.


Remy Ishak Rancang Kahwin, Jelaskan Isu Playboy

Akhirnya setelah dua tahun mengenali hati budi, kini Remy Ishak telah membuat pengakuan yang Roszaliza Yusof adalah kekasih hatinya. Mereka berdua kini sedang bercinta dan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Perkara ini sudah pun dibincangkan oleh Remy yang khabarnya sudah bertemu dengan ahli keluarga Roszaliza serta bertemu dengan ibu pelakon ini. Namun buat masa ini belum ada sebarang perancangan khusus kerana Remy dan keluarga mahu memfokuskan kepada perkahwinan adiknya pada September ini.

“Saya dah bawa Roszaliza jumpa ibu, itu sahaja. Saya tak suka menghebahkan perkara yang belum pasti. Kalau ada jodoh insya-Allah,” kata Remy.

Untuk makluman, Remy kini berusia 33 tahun sementara Roszaliza yang juga Pengarah Urusan Roistz Labels berusia 34 tahun. Wanita ini turut hadir bersama dua anak yang dijaga Remy pada majlis sidang media Santai Lebaran Fiesta 2015 Laman Santai Istana Budaya di Istana Budaya semalam, Khamis.

Sementara itu, Roszaliza yang turut hadir pada sidang media berkenaan turut mengakui dia dan Remy mempunyai hubungan istimewa dan merancang untuk berkahwin. Dia menyukai Remy yang dia nampak ada sifat kebapaan.

"Benar kami sedang berkawan dan tentang kahwin, Insya Allah memang ada perancangan tetapi semua itu kami serahkan kepada jodoh.

"Saya senang dengan Remy kerana dia adalah seorang lelaki bertanggungjawab dan bukan seperti mana dilabel oleh sesetengah pihak," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai dakwaan kononnya dia sering membawa pulang wanita ke rumahnya sehingga menimbulkan syak wasangka masyarakat setempat, Remy memberitahu isu berkenaan bukan perkara baharu.

“Mungkin peminat perempuan saya tak suka saya ada hubungan (dengan seseorang wanita). Bila saya dikaitkan dengan wanita, ada sahaja cerita yang keluar,” ujar Remy lagi.- murai

Gambar Mesra Laga Pipi, Nad Zainal Padam Tebus Kesalahan

Kerana merasakan tidak adil untuk rakannya juga dihukum dan dilemparkan komen-komen negatif, Nad Zainal, 25, telah bertindak memadamkan foto mesra seolah berlaga pipi diantara dirinya dan jejaka tersebut di Instagram.


Gambar Mesra Laga Pipi, Nad Zainal Padam Tebus Kesalahan

Kesilapan Nad dengan memuatnaik gambar mesranya bersama seorang lelaki baru-baru ini ditebus dengan memadamkan entri tersebut supaya komen negatif oleh pengguna laman sosial yang dilemparkan terhadap jejaka berkenaan dapat dihentikan.

Nad menjelaskan lelaki itu bukan kekasihnya sebaliknya kawan lama yang juga merupakan kenalan kepada Sherry Al-Hadad yang mula dikenali ketika menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebelum ini.

Menurutnya, dia dan teman lamannya itu bertemu semula sejak beberapa bulan lalu selepas agak lama tidak berhubung.

"Dia tahu yang saya muat naik gambar itu dan saya akui itu kesilapan apabila memuat naik gambar itu dan tidak sangka ia undang banyak komen negatif sehingga saya rasa bersalah dan kasihan kan dia.

“Walaupun dia beritahu yang dia okay, tetapi mungkin dia berkata begitu sebab mahu jaga hati saya. Saya tidak mahu dia berterusan terima kritikan sekaligus tak mahu jejaskan persahabatan kami.

"Jadi, jalan terbaik elok saya padamkan saja gambar itu dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati," katanya ketika ditemui pada program Santai Lebaran Fiesta 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam

Dalam pada itu, Nad menyatakan buat masa ini dia tidak mahu bercerita lebih akan hubungannya dengan lelaki yang merupakan seorang kru di belakang tabir produksi itu kerana mereka hanya bersahabat.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa buat masa ini sebab kami hanya berkawan. Lagipun takut tak jadi. Agak lama kami tidak berjumpa tetapi beberapa bulan lalu kami berjumpa semula," katanya yang akan memenuhi wakt terluang dibulan Ramadan dengan berniaga. - murai

Sunday, May 31, 2015

Amber Chia Muat Naik Gambar Bertudung Di Instagram

Melalui laman sosial Instagram, Amber Chia telah mengejutkan pengikutnya apabila tampil mengenakan hijab beberapa hari lalu.


Amber Chia Muat Naik Gambar Bertudung Di Instagram, info, hiburan, sensasi,

Namun usah membuat spekulasi yang tidak benar, ya! Dia hanya tampil menutup rambut sebagai sokongan kepada kempen Hari Hijab Sedunia.

“Bagi individu bukan Islam, memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan.

“Namun ia merupakan satu pengalaman indah untuk saya mengenakan hijab hari ini (Jumaat ),” tulis Amber.

Lantas, ramai pengikutnya di ruangan tersebut memuji penampilan menawan supermodel Malaysia itu. Ya, Amber kelihatan sangat santun dan kekal jelita dengan imej berhijab, kan?

A photo posted by Amber Chia (@amberchia) on


Malah, ada pengikut bukan Islam memuji tindakan Amber yang menyokong kempen tersebut dan menyifatkannya memberi inspirasi kepada wanita lain.

Tulis salah seorang pengikut bernama Eric Teo di bahagian komen, “Ya, ia adalah pilihan anda. Saya gembira anda menunjukkan contoh yang baik bagi setiap wanita di luar sana…”

Selain itu, seorang lagi individu, Steven Lee menulis, “Bukan Islam patut mencuba. Cantik juga bila memakainya.”

Ya, sesungguhnya perintah Allah S.W.T itu indah selain daripada memelihara aurat seorang wanita.- mynewshub

Wednesday, May 27, 2015

Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Penyanyi Lufya Omar nekad meninggalkan bidang nyanyian selepas berhijrah dan mengenakan hijab sejak Februari lalu.


Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, berkata, dia  telah memikirkan secara mendalam berhubung keputusannya itu dan menganggap ia adalah tindakan terbaik.

"Bukan kecewa terhadap industri tetapi ia adalah kehendak saya sendiri dan saya sudah berfikir semasak-masaknya sebelum nekad membuat keputusan itu.

"Saya ada sebab tersendiri tetapi tidak perlu rasanya saya sebut secara umum," katanya kepada mStar Online.

Lufya sebelum ini pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-enam pada tahun 2008.

Tambahnya lagi, perancangan untuk tampil dengan lagu terbaharu juga dibatalkan dan hanya akan memfokuskan kariernya terhadap bidang lakonan.

"Saya akan terus berlakon tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan agar bersesuaian dengan imej saya," ujarnya.


Lufya Omar Tidak Lagi Jadi Penyanyi Kerana Berhijab

Dalam pada itu, Lufya menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil keputusan untuk berhijab kerana bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

Jelas Lufya, penghijrahannya itu tidak ada kena mengena dengan perkara itu sebaliknya ia dilakukan atas kesedaran diri sendiri.

"Tidak benar dakwaan itu tetapi jujurnya saya tergerak hati untuk menutup aurat selepas terkesan dengan pelbagai bencana menimpa negara kita sejak akhir-akhir ini.

"Ia menyedarkan saya bahawa kehidupan ini singkat dan Alhamdulillah sejak bertudung saya lebih tenang berbanding sebelum ini," jelasnya. - mstar

Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

Seorang pakar motivasi mencetus perasaan kecewa Amy Seach setelah menggelar Amy Search dengan panggilan Hantu menerusi satu status di Facebook.


Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

Difahamkan, status tersebut dimuat naik sekali dengan sekeping poster penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya baru-baru ini.

Menurut pakar motivasi tersebut, anak-anak belia negara semakin teruk kerana hantu-hantu seperti kumpulan Search.


Digelar Hantu, Amy Search 'Tarbiah' Pakar Motivasi

"Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya.", tulis pakar motivasi tersebut.

Namun, Amy Search tampil membalas status tersebut dengan sebuah coretan di Instagram beliau yang bertujuan 'mentarbiah' perbuatan pakar motivasi itu yang dikatakan tidak melambangkan pekerjaannya sebagai seorang pakar motivasi.

    Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku
    Hitam dn kelabu ada lah warna dlm hidup ku...������
    Apa kah jika lagu2 yg ku syairkan itu dpt mengembira hati mereka dn di jadikan sebahgian perjlnan hidup mereka utk berjaya itu satu dosa? Jgn di hina belia2 itu kerna mereka itu sbahgian dri aku dn aku juga sbahgian dri mereka yg punya cita. Tutur kata seorng motivasi itu seharus nya indah lgi mulia.

Walau bagaimanapun, status Facebook yang menamakan kumpulan Search hantu itu telah pun dipadam dan kini pakar motivasi itu mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial. - Siakapkeli.my

Soo Wincci sanggup tak kahwin demi kejar cita-cita

Pelakon dan pelakon jelita Soo Wincci mengakui dia tidak akan berkahwin selagi cita-citanya tidak tercapai.


Soo Wincci sanggup tak kahwin demi kejar cita-cita

"Saya mungkin tak nak kahwin kerana saya mahu buat sesuatu lagi besar. Wincci nak promosi industri seni Malaysia ke pentas antarabangsa.

"Saya juga mahu menubuhkan university untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka.

"Jadi siapa mahukan Wincci yang memang lebih utamakan kerja? Susah untuk lelaki yang boleh faham kehendak dan matlamat saya," ujarnya yang dipetik dari Sinar.Fm.

Dalam pada itu, Soo Wincci turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila berjaya meraih tiga anugerah di Malaysia PWH (Persatuan Wartawan Hiburan) Music Award baru-baru ini.

"Buat pertama kali saya menangis di pentas apabila nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah Media Choice Awards.

"Saya memang tidak menyangka anugerah itu menjadi milik saya. Akhirnya penat lelah saya selama lapan tahun, enam album yang saya hasilkan, buat pertama kalinya saya tercalon dan mendapat anugerah ini.

"Saya amat berterima kasih kepada semua yang membantu saya selama ini. Daripada saya tidak dikenali hinggalah sekarang. Buat peminat, terima kasih juga saya ucapkan kepada anda kerana sentiasa menyokong saya." - tupai

Maria Farida sanggup menjanda dari nikah suami orang

Pelakon jelita Maria Farida mengakui dia kini tidak lagi memikirkan soal untuk berkahwin lagi selepas hubungan cintanya tiga tahun lalu kandas di tengah jalan.


Maria Farida sanggup menjanda dari nikah suami orang

"Kali terakhir saya bercinta kira-kira tiga tahun lalu. Saya berkawan dengan seorang lelaki. Memang pada waktu itu, saya akui ada keinginan untuk berkahwin lagi.

"Bagaimanapun impian untuk bersama tidak kesampaian. Ada gangguan di hujung perkenalan kami yang menyebabkan saya kecewa dan bertindak mengakhiri hubungan berkenaan," katanya kepada Utusan Online.

Menurut janda anak satu ini, kini kini lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama anak tunggalnya Mizan Asley, 18, daripada mencari calon suami.

Dalam pada itu, Maria turut menegaskan bahawa dia tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

"Awal-awal lagi saya akan mengelak daripada berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga orang.

"Seperkara lagi, saya tidak mahu menjadikan diri saya seperti trofi apabila keluar dengan lelaki sebab sebelum ini ada beberapa lelaki yang memeprlakukan saya begitu."

Dalam perkembangan terbaru, Maria baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem "Anak Mami Nasi Kandar" arahan Datuk Profesor A.Razak Mohaideen.- tupai

Tuesday, May 26, 2015

Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Baru-baru ini telah muncul kisah pasangan suami isteri yang bercerai dek kerana si suami tergila-gilakan dengan watak Yuhanis yang dibawakan oleh Mia Ahmad menerusi drama Hati Perempuan sehingga terbawa-bawa ketika didalam tidur. Pasti artikel ini ‘8 Gambar Comel Heroin Hati Perempuan, Mia Ahmad‘ telah mempengaruhi lelaki diluar sana. Hati isteri mana tidak sedih sekiranya si suami terlalu gilakan artis tersebut sehingga menyebut-nyebut nama perempuan lain. Perang besar tau!

Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Ekoran munculnya kisah tersebut, Mia Ahmad telah tampil menjelaskan berhubung isu tersebut :


Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

    “Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian. Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya”

    “Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku. Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu”

    “Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata,”


Suami Isteri Bercerai, Mia Ahmad menjadi Punca?

Khabar angin tersebut tersebar selepas seorang wanita dilaporkan hadir ke pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk bercerai dengan suaminya. Fuh! kesiannya si isteri, tetapi kesian juga kepada Mia Ahmad yang tidak bersalah. Khabarnya juga, selain menyebut nama Yuhanis ketika tidur si suaminya mula menunjukkan perubahan sikap. Apa pendapat korang?, agaknya apakah jalan penyelesaian terbaik untuk kes pasangan suami isteri ini. - gosipmalaysia

Wednesday, March 25, 2015

Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin

Pelakon Johan As'ari mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya Lana Nordin yang akan mengumumkan pasangan hidupnya pada petang Rabu (petang ini).


Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin, info, terkini, hiburan, sensasi, Johan As'Ari, Lana Nordin


Johan, 29, berkata, sebagai seorang yang pernah mengenali rapat wanita itu, dia gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan mereka akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

"Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.

"Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Lana dijangka akan mendedahkan butiran mengenai perancangan perkahwinan selain memperkenalkan bakal suaminya dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada pukul 3 petang Rabu.

Lana dan Johan ketika menghadiri Anugerah Skrin pada 30 November lalu.


Ucapan Khas Johan As'ari Untuk Lana Nordin, info, terkini, hiburan, sensasi, Johan As'Ari, Lana Nordin
Lana dan Johan pernah menjadi pasangan kekasih sebelum ini.

 
Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun jodoh mereka tidak kesampaian namun dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

"Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik.

"Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia akan menghadiri majlis perkahwinan Lana sekiranya wanita itu menjemputnya untuk memeriahkan acara itu nanti.

"Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai keadaan ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang diserang penyakit strok (angin ahmar) minggu lalu, Johan berkata, ibunya masih dirawat di Hospital Serdang.


Sumber : mstar online