Tuesday, December 2, 2014

Amelina Bakal Berduet Dengan Mas Idayu?

Penyanyi Amelina belum merancang untuk berkerjasama dengan mana-mana artis termasuk rakan penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu sempena kemunculan semulanya dalam industri hiburan.

Amelina Bakal Berduet Dengan Mas Idayu?, info, terkini, hiburan, sensasi, ratu dangdut, Amelina, Mas Idayu, gosip,


Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada single solo pertamanya bersama komposer Ajai.

"Saya tidak diberitahu apa-apa untuk bekerjasama dengan Mas Idayu, kemunculan semula saya adalah dengan sebuah lagu solo bersama Ajai sahaja.

 
 

"Namun, selepas lagu solo ini mungkin akan ada perancangan untuk bekerjasama dengan artis lain tetapi yang berbeza genre," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Mas Idayu di sebuah akhbar harian dia akan berduet pada kemunculan semula ratu dangdut itu tidak lama lagi.

Mas Idayu memberitahu sebuah akhbar harian bahawa akan muncul dengan Amelina pada kembunculan semula penyanyi itu tidak lama lagi.


Amelina Bakal Berduet Dengan Mas Idayu?, info, terkini, hiburan, sensasi, ratu dangdut, Amelina, Mas Idayu, gosip,

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan penyanyi tersebut yang sebelum ini dikatakan kurang baik, Amelina berkata ia hanya tanggapan segelintir pihak.

Jelas Amelina, dia dan Mas Idayu tidak pernah bergaduh, namun sering dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan mereka.

"Saya dan Mas Idayu baik-baik sahaja, kami tidak pernah bergaduh pun, cuma sejak dulu ada sahaja pihak yang cuba burukkan hubungan kami sehingga orang sangka kami bermasalah.



"Dia ada menyapa saya di laman sosial, cuma kami tidak rapat berbanding hubungan saya dengan artis dangdut lain," ujarnya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculannnya kali ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni.

Dia juga hanya mahu memeriahkan dan mengembalikan muzik dangdut yang sudah hampir mati di negara ini.

"Saya tidak mahu cerita lama diungkit kembali, apa yang sudah lepas biarlah berlalu. Saya kembali dalam industri untuk menambahkan kemeriahan sahaja. Saya tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis lama atau baru sekali pun," ujarnya.

Baca : Nuha AF2014 Dikatakan Gila GLAMOUR?  

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Nuha AF2014 Dikatakan Gila GLAMOUR?

Wah! Wah! pengakuan Nuha AF2014 yang gila glamor ternyata panas namun ianya hanya lah menjadi perkara biasa untuk setiap manusia.


Nuha AF2014 Dikatakan Gila GLAMOUR?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nuha AF2014


Tipu lah kalau orang tu tak suka dikenali dan mendapat perhatian ramai, tapi awas! pastikan yang gila glamor itu hanya untuk perkara kebaikan sahaja.

Uniknya Nuha AF2014, sebelum ini di hanya menyanyi di pentas kenduri saudara-mara dan pertandingan nyanyian di restoran-restoran sekitar kampungnya di Manjong, Perak.

gosip, Hiburan, info, Nuha AF2014, Nuha AF2014 Dikatakan Gila GLAMOUR?, sensasi, terkini,

Langkahnya menyertai AF2014 mencetuskan satu evolusi terpantas dalam kehidupannya dengan memberanikan diri menyertai uji bakat AF2014 demi mengubah nasib keluarga dan mahu membiayai yuran pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.

Menerusi temubual di kosmo:
    Keluarga saya dihimpit pelbagai masalah, terutamanya berkaitan kewangan. Jadi, saya sedar kehidupan ini tidak mudah. Saya simpan angan-angan untuk menjadi penyanyi dan menyertai uji bakat AF2014 demi mencari duit membantu keluarga. Alhamdulillah rezeki saya di sini.

    Saya memang gila glamor sejak tingkatan satu dan sentiasa mahu menjadi pelajar popular di sekolah. Jadi, saya menyertai setiap pertandingan. Menyanyi, berpidato, syarahan, taranum, marhaban, nasyid dan koir. Semuanya saya sertai! Malangnya saya disisihkan kerana menjadi pelajar terbaik dalam akademik sehingga merasakan diri terlalu sunyi dan akhirnya berkongsi masalah menerusi muzik.

Baca : Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki? 

Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki?

Semakin meningkat usia semakin bertambah cantik bintang pujaan ramai yang satu ini. Ditambah pula dengan penampilannya yang kini berhijab, Ziana Zain, nyata terus muda dan segar dihati peminatnya yang tidak jemu menyokong karier seni pelantun lagu Madah Berhelah ini.


Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki, info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain,

Sebut pasal lagu Madah Berhelah, baru-baru ini Murai.com.my terjumpa sebuah klip di Instagram berdurasi 15 saat menampilkan Ziana Zain mendendangkan lagu tersebut di bumi Turki. Apa yang Ziana buat di negara yang terkenal kerana keindahan panorama dan tinggalan sejarah seperti Masjid Hagia Sofia itu?

Murai.com.my ada bertanya tanya dengan teman yang merupakan peminat penyanyi ini bahawa Ziana kesana setelah mendapat penajaan oleh sebuah agensi pelancongan. Turut menyertai program tersebut sudah semestinya para peminatnya yang tersayang.

Jom kita layan foto-foto yang ada dikongsikan di Instagram Ziana Zain, pereka kesayangannya yang turut sama pergi iaitu Rizman Ruzaini dan juga di Instagram peminatnya yang turut serta dalam percutian ke Turki itu.


Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki, info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain,

Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki, info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain,

Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki, info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain,

Ziana Zain Dendangkan Madah Berhelah Di Bumi Turki, info, terkini, hiburan, sensasi, ziana zain,

Baca : Lakonan Seperti Terencat, Sharnaaz Minta Pengkritik Cuba Berlakon! 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Lakonan Seperti Terencat, Sharnaaz Minta Pengkritik Cuba Berlakon!

Aktor versatil, Sharnaaz Ahmad akui tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap watak dan lakonannya di dalam Suamiku Encik Sotong yang sudah mula bersiaran di Astro Ria dan Astro Maya sejak 27 Oktober lalu.


Lakonan Seperti Terencat, Sharnaaz Minta Pengkritik Cuba Berlakon!, info, terkini, hiburan, gosip, Sharnaaz Ahmad, pelakon sotong

Dalam drama bersiri tersebut, Sharnaaz telah diberikan watak dan peranan sebagai seorang 'lelaki lembut', namun segelintir pihak menganggap dia gagal menyempurnakan tugas tersebut dengan begitu baik, malah menganggap lakonannya tidak ubah sebagai seorang lelaki yang terencat.

"Saya tidak tahu apa pun tentang kritikan tersebut. Kerana apa yang saya tahu, pihak prosuser mahu pun pengarah serta keseluruhan team produksi tidak komplen apa-apa. Malah, mereka berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.

"Apapun, saya tidak kisah dengan kritikan tersebut. Kerana saya rasa, mereka (pengkritik) yang tidak faham dengan watak dan karektor 'lelaki lembut' yang cuba saya tonjolkan dalam drama bersiri tersebut.

"Mereka tidak faham bahawa wujudnya elemen komedi dalam watak 'lelaki lembut' yang saya bawakan itu. Watak 'lelaki lembut' yang saya bawakan itu saya persembahkan dalam bentuk komedi.

"Itu adalah interpretasi saya sebaik saja mengkaji skrip Suamiku Encik Sotong dan apabila berbincang dengan pengarah, dia memberikan sepenuh kebebasan kepada saya untuk membentuk watak 'lelaki lembut' dalam bentuk komedi."

Apapun, kata Sharnaaz Ahmad, dia tetap akan berterima kasih kepada orang-orang yang mengkritik watak dan lakonanya dalam Suamiku Encik Sotong.

"Pesan saya untuk mereka, cubalah berlakon kalau boleh!," katanya lagi.

Dalam waktu yang sama, Sharnaaz Ahmad akui gembira apabila mengetahui bahawa Suami Encik Sotong telah mencatatkan rating penonton yang cukup tinggi di Astro Ria dan Astro Maya.

"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya dan menonton drama bersiri ini. Saya harap mereka akan terus setia menonton Suamiku Encik Sotong kerana ada kejutan yang akan berlaku di pertengahan cerita.

"Saya tak mahu dedahkan apakah kejutan tersebut. Namun di pertengahan cerita, akan ada perubahan yang berlaku dalam karektor Farish. Haaa...Kalau nak tahu, kena follow terus Suamiku Encik Sotong," katanya lagi kepada murai.com.my.

Suamiku Encik Sotong bersiaran setiap hari Isnin, bermula jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Maya. Jangan lupa tonton Suami Encik Sotong minggu hadapan!

Baca : Yuna Binggung Cari Pengganti ‘Lelaki’ Untuk AJL 29 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Yuna Binggung Cari Pengganti ‘Lelaki’ Untuk AJL 29

Penyanyi dan komposer muda, Yuna masih lagi gusar sama ada dia dapat membuat persembahan atau pun tidak di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).


Yuna Binggung Cari Pengganti ‘Lelaki’ Untuk AJL 29, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yuna, Finalis AJL29,

Ia berikutan jadual kerja yang padat di Amerika Syarikat kerana pihak pengurusannya di sana telah merancang pelbagai  program yang perlu dia penuhi.

“Entahlah, saya masih lagi keliru, kalau saya tak membuat persembahan pada malam itu, mungkin penyanyi lain yang akan gantikan saya.”

“Untuk yang gantikan saya tu mestilah yang boleh menyanyikan dengan baik, saya rasa yang sesuai  ialah Aizat, mungkin dia boleh buat kot, tapi entahlah sukar nak buat keputusan sekarang,” seloroh Yuna kepada portal Murai.com.my.

Menurutnya lagi, dia telah menghabiskan cutinya di Malaysia hampir 2 bulan berikutan saudara terdekat telah meninggal dunia baru-baru ini.

“Saya dah cuti lama dah, dalam bulan ini juga saya akan menunaikan umrah. Selepas pulang dari umrah saya akan pulang ke Amerika Syarikat,” ujarnya.

Yuna juga tidak menyangka lagu Lelaki layak ke peringkat akhir dan memerlukan persediaan yang rapi untuk membuat persembahan.

“Saingan kali ini seperti biasalah memang sengit untuk meraih gelaran juara AJL 29. Apa-apa pun saya cuba untuk menyanyikannya pada malam itu nanti, doa-doakanlah saya boleh ‘perform’,” harapan Yuna untuk peminatnya.

Baca : Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari

Pelawak dan pengacara Azrul Zaidi membidas kenyataan pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang disifatkan sebagai tidak profesional apabila mengeluarkan kenyataan rasa kesalnya terhadap pihak stesen televisyen lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara manakala pengacara lain sebagai pilihan kedua.


Azrul (Raja Lawak) bidas kenyataan Awal Ashaari, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, awal ashaari, azrul zaidi,

"Rezeki masing-masing. Kami sebagai pelawak tak pernah merungut apabila ada pelakon yang bukan pelawak membawa watak pelawak dalam filem komedi.


"Kalau pelawak dipilih mengacarakan program, ia adalah kepercayaan yang diberikan stesen televisyen. RTM pernah memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan program konsep sukan, "Santai Go" dan pernah dipertanggungjawabkan mengacara satu majlis keputeraan diraja.

"Bagi saya, penonton lebih sukakan pengacara santai dan tidak terlalu serius manakala elemen lawak perlu ada dalam bidang pengacaraan tidak kira lawak secara sinis atau serius kerana ia lebih dapat menarik perhatian," katanya kepada Malaysian Digest.

Tambah Azrul lagi, seorang pengacara berpengalaman seperti Awal tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kehadiran pelawak sebagai pengacara adalah satu persaingan sihat.

"Saya pun tidak pasti bagaimana soalan dikemukakan wartawan itu kepadanya tetapi jika benar serius dalam bidang pengacaraan, dia sepatutnya menjadikan kehadiran pelawak sebagai cabaran dan mungkin dia perlu mempertingkat serta memperbaiki kelemahan diri."

Dalam pada itu, Azrul turut memberitahu dia tidak berkecil hati dengan kenyataannya Awal itu, malah Azrul berkata mereka akan bergandingan dalam sebuah program terbitan Astro tidak lama lagi.

Baca : Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas

Anak kepada penyanyi Andy Flop Poppy, yang juga vokalis kumpulan Loka, Dan Azreen kerugian sebanyak RM100,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kastam bagi proses pembelian tiga buah kereta.


Duit RM100,000 anak Andy Flop Poppy dikebas, info, terkini, hiburan, sensasi, azreen, Loka

"Ada seorang kenalan yang memperkenalkan saya kepada individu itu dan saya mula yakin apabila dia menunjukkan bukti termasuk kad kuasa miliknya selain memberitahu dia boleh membantu dalam proses pembelian kenderaan lelong Kastam.

"Malah dia turut membawa saya, tunang dan seorang kenalan ke gudang tempat penyimpanan kereta tersebut di Perak kononnya tempat kereta kami disimpan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Tambah Dan lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faleq menambahkan keyakinannya lagi dengan membawa mereka berjumpa keluarganya di Bota Kiri, Perak.

"Selepas kami menyerahkan wang berkenaan secara tunai kepadanya dia ada menyerahkan satu salinan geran dan sijil daripada puspakom namun tidak menyertakan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sejak itu dia mula memberikan pelbagai alasan apabila ditanya bila kami boleh dapat kenderaan tersebut sehinggalah dia menghilangkan diri. Kali terakhir dia menghantar mesej kepada saya pada 27 September lalu," ujarnya.

Dan juga turut merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan mendapati kereta yang dimaksudkan tidak pernah didaftarkan.

Selepas menyedari mereka telah ditipu, Dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan turut menghubungi keluarga lelaki tersebut, namun mereka turut mendakwa tidak mengetahui dimana lelaki itu berada.

Selain itu, Dan juga turut mendedahkan mengenai lelaki tersebut di laman sosial dan mendapati lelaki berkenaan telah melakukan banyak penipuan jual beli kereta termasuk beberapa rakan dan saudaranya juga turut menjadi mangsa.

"Saya salahkan diri saya sebenarnya kerana terlalu mempercayai orang dan langsung tidak terdetik dalam hati saya akan ditipu hingga ratusan ribu ringgit.

"Ralat memang ralat kerana itu adalah wang simpanan saya tetapi ini adalah pengajaran buat saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Tidak lagi selepas ini."

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3

Buat julung kalinya pelawak dan rapper, Zizan Razak telah bergabung dan berkolaborasi dengan kumpulan KRU dalam menyanyikan sebuah lagu berjudul Adiwira.


Zizan Sertai KRU Dalam Sebuah Lagu Adiwira, Cicakman 3, info, terkini, hiburan, sensasi, zizan razak, KRU, cicakman 3

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan liriknya oleh Zizan sendiri merupakan lagu tema nyanyian mereka untuk filem terbaru KRU Studios iaitu Cicakman 3.

Ketua Pegawai Kreatif KRU Music, Edry Abdul Halim berkata Adiwira merupakan kolaborasi unik kerana menggabungkan pendekatan muzik hip hop Zizan dengan elemen pop dan rnb yang merupakan identiti KRU.

“Sebenarnya kolaborasi ini merupakan permintaan peribadi oleh Zizan sendiri untuk bekerjasama dengan KRU dan ia telah menghasilkan sebuah gabungan sempurna melalui ciptaan lagu yang diberi garapan segar dan disesuaikan dengan selera muzik generasi baru.

“Peluang bekerjasama dengan karektor dinamik seperti Zizan membuktikan beliau seorang penghibur serba boleh, dan kami yakin projek lagu tema Cicakman 3 ini bakal mendapat perhatian peminat.

“Kami juga berharap agar konsep berelemen hip hop sebegini dapat melepaskan rindu peminat KRU yang sudah sinonim dengan muzik rancak dan bertenaga dari awal pembabitan kami dahulu," katanya menerusi kenyataan media.

Adiwira  diedarkan serentak secara online di iTunes, Spotify, Deezer dan Kkbox bermula 28 November lalu termasuk MTV yang diterbitkan secara rasmi melalui rangkaian KRU Music iaitu di laman sesawang.

Cicakman 3 yang turut menampilkan Zizan Razak serta pelakon lain seperti Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  akan berada di pawagam pada 12 Mac tahun hadapan.

Baca : Ucapan Hari Lahir Paling Romantis Wawa Zainal Buat Aeril Zafril 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif