Thursday, March 5, 2015

Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar

Bekas anggota kumpulan Too Phat Malique kini kembali dengan lagu terbaru ciptaannya ‘Rindu 242’ nyanyian Shae dan Kumpulan Nukilan.


Malique Kembali Dengan Rindu 242, Bukan Respon Kepada Lagu Apa Khabar, info, terkini, hiburan, sensasi,

Selepas Teman Pengganti, Malique tidak keluar dengan apa-apa lagu sehingga Rindu 242 dilancarkan baru-baru ini.

Disebabkan itu timbul spekulasi yang mendakwa lagu Rindu 242 dicipta Malique sebagai respon kepada Lagu Apa Khabar ciptaan Joe Flizzow.

Bagaimanapun Joe Flizzow ketika ditemui baru-baru ini telah menafikan perkara tersebut.

Penyanyi rap dan komposer tersebut turut memohon kepada para peminat supaya tidak membuat spekulasi.

“Terus terang saya cakap, lagu Malique tiada kena mengena dengan lagu saya, lagipun Malique telah menghubungi saya dan menjelaskan segalanya mengenai lagunya itu.

“Apa-apa pun saya gembira Malique kembali aktif untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan, sememangnya sahabat saya memang berbakat,” katanya.

Joe yang ditemui media di Majlis Pelancaran Video Muzik Baek di pejabat Sony Music turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique.

“Semoga Malique terus utuh memperkukuhkan lagi industri muzik tempatan.

“Kumpulan Nukilan adalah anak didik terbaru Malique, InshaaAllah mereka boleh berjaya dan saya harap peminat muzik tempatan terus menyokong lagu-lagu kita.

Lagu #RINDU242 telah dilancarkan di corong radio tepat jam 2.42 petang pada 24 Februari lalu.

Kumpulan Nukilan terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu Kirana, Kelana dan Agenda merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman Malique iaitu Qarma MusiQ. 

Sumber : astrogempak.com.my

Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini

Fad Bocey yang dikhabarkan mempunyai kekasih ekoran beberapa foto mesra bersama seorang gadis cantik  tersebar di Internet bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya pada tanggal 14 Mac ini.


Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Fad Bocey,

Majlis pernikahan  akan diadakan di Jitra, Kedah iaitu kediaman kekasihnya Nur Syahirah yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada tanggal 23 Mei 2015.

    Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

    Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya.

Fad yang menyifatkan kekasihnya seorang yang memahami dan mudah untuk dibawa berbincang  kali pertama bertentang mata dengan Nur Syahirah apabila menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013, dimana kekasihnya itu merupakan adik angkat kepada Jihan Muse.

    Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Muse dan daripada situ saya sudah mula terpikat.


Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, Fad Bocey,

Menerima restu daripada ibu bapa pihak perempuan, Fad dan Nur Syahirah membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru 5 bulan menjadi pasangan kekasih .

Tahniah kami ucapkan kepada Fad Bocey dan kekasihnya. Kahwin di usia muda adalah satu perkara yang baik sebenarnya, sudah tertulis jodoh kalian untuk  bersama lebih awal. Semoga perkahwinan anda berdua akan kekal bahagia selamanya. Tolak ansur dan jujur kepada pasangan adalah kunci utama kebahagiaan.


Sumber : beautifulnara.com

Video : Parodi Sakitnya Tuh Di Sini Yang Buat Korang Jatuh Tergolek

Biasanya lagu yang paling kita tak suka itulah yang paling melekat dalam kepala dan meniti di bibir sampai tak berhenti menyanyi, kan?


Video : Parodi Sakitnya Tuh Di Sini Yang Buat Korang Jatuh Tergolek , info, terkini, hiburan, sensasi, parodi lagu sakitnya tuh disini

Sama jugalah dengan lagu dangdut Sakitnya Tuh Disini yang dinyanyikan oleh Cita Citata tu. Habis semua orang berjangkit menyanyi. Siap buat parodi yang tak tahan tu. Tapi lagu ni dah lama, kenapa baru sekarang jadi viral? Hmm musykil.

Erra Fazira Sahut Cabaran Sakitnya Tuh Disini

Mungkin sebab Erra Fazira cantik jelita, so kami tak rasa sakit hati sangat. Tapi nak tergelak pun ada bila tengok gelagat Erra, lebih-lebih lagi part cermin mata hitamnya hampir terjatuh kerana terlalu rancak menari.
A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on
Kalau nak tahu, Erra, Amar Baharin, Zaquan Adha dan Safiq Rahim dicabar oleh AG Hot FM untuk menari dangdut mengikut rentak lagu berkenaan. Tapi nampaknya cuma Erra sahaja yang berani menyahut cabaran. Mungkin yang lain belum lagi kot?

BCL Pun Buat Juga, Lagi Comel!

Comel sebab Bunga Citra Lestari salah step. Itu sahaja.
@bclsinclair menari saaaaakitnya tuh di sini ???????? #AMKrewberdangdut tapi salah step ???? A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on

Ini Parodi Yang Buat Kami Tak Tahan

Ini paling win. Korang patut tengok muka adik ni sampai habis video, bukan main seronok lagi dia menari sampai ada bunyi orang ketuk pintu bilik pun buat tak tahu je. Lol!
https://www.youtube.com/watch?v=MWUCN3oAaCQ
A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on

Bini punya pasal, laki pun terjebak #AMKrewBerdangdut ! #InstaGengHotFM @tasha_torchy
A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on

A video posted by hotfm976 (@hotfm976) on

Sumber : ohbulan.com

Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya

Baru-baru ini pelakon Rozita Che Wan telah pun pergi mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Zain Saidin. Sepanjang berada di sana, Che Ta kerap memuat naik fotonya manis bertudung dan turut mendapat respon positif daripada peminat. 


Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya , info, terkini, hiburan, sensasi, Rozita Che Wan, Che TA Bertudung,
Terbaru menerusi perkongsian status Media Hiburan di laman Facebook, Che Ta dikatakan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh pengurus Che Ta, Afeeq.
Pastinya keputusan Che Ta ini mendapat respon positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri Che Ta dan keluarga. Syukur Alhamdulillah. 

Che TA Bertudung, Che Ta Umum Nekad Bertudung Sepenuhnya, Hiburan, info, rozita che wan, sensasi, terkini,

Sumber : ohbulan.com

Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan

“Melihat teman-teman artis lain menukar status daripada bujang menjadi isteri dan suami orang hati saya juga teringin untuk mendirikan sebuah keluarga” . Itulah kata-kata pelakon berwajah Pan Asia ini, Julia Ziegler yang berhasrat mendirikan rumah tangga tahun depan.


Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan, info, terkini,  hiburan, sensasi, gosip, julia ziegler,

Julia berkata mungkin tiba waktunya untuk dia mendirikan rumah tangga, namun dia harus menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

    “Kalau jodoh saya sampai awal jadi awal la saya berkahwin. Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Sebelum ni saya merancang untuk berkahwin tahun ni tapi nampaknya rancangan saya bakal di bawa ke tahun depan. Sebab kita merancang tapi ALLAH yang menentukan.

    “Umur saya semakin tahun semakin meningkat jadi tiba masanya saya memikirkan untuk mendirikan rumah tangga dan menguruskan rumah tangga,” katanya.

Mengakui sudah mempunyai calon pilihan, Julia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. Pernah dikatakan bercinta dengan seorang usahawan yang juga merupakan kenalan sejak lapan tahun lalu, Julia berkata, dia sangat mengharapkan sesuatu yang indah dalam hubungannya bersama si dia yang sedang bertakhta di hatinya.

Julia Ziegler Mahu Naik Pelamin Tahun Depan, info, terkini,  hiburan, sensasi, gosip, julia ziegler,

Baguslaa kalau macam tu, tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik. Harap apa yang dirancang menjadi namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan.

Sumber : gosipmalaysia.com

Kencana Devi Selamat Bersalin

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, kini selebriti wanita, iaitu Kencana Devi selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8.20 malam tadi. TAHNIAH !


Kencana Devi Selamat Bersalin, info, terkini, hiburan,s ensasi, pelakon kencana devi

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri di TV3 dan bayinya itu kini berada dalam keadaan sihat di Hospital KPJ, Seremban.


Kencana Devi Selamat Bersalin, info, terkini, hiburan,s ensasi, pelakon kencana devi

Bayi perempuan itu adalah hasil perkahwinan keduanya bersama Saravanadrvan Girupai pada Mac 2013.


Sumber : gosipmalaysia.com

Shila Amzah Digam Stesen TV China

Lama juga tak siarkan cerita dan perkembangan terkini mengenai penyanyi Shila Amzah. Hari ini terbaca pula berita yang kurang menarik mengenai beliau. Ada sumber  mendakwa Shila Amzah digam stesen TV China. Benarkah?


Shila Amzah DIgam Stesen TV China , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shila amzah


Memetik beberapa sumber info, bapa kepada Shila Amzah iaitu ND Lala telah tampil beri penjelasan mengenai isu tersebut. Jelasnya dalam kenyataan itu info itu tidak benar dan mungkin orang yang menyebarkan perkara ini agenda tersendiri (menjatuhkan Shila?).

“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini. 

Kami akan bertolak ke China lusa ini (Sabtu) untuk mengadakan persembahan di Beijing TV. Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” katanya dipetik laporan dari sebuah blog.

Dalam pada itu, ND Lala juga memberitahu bahawa Shila kini berada di Sarawak untuk membuat persembahan.

Sumber : ammboi.com

Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka didedahkan

Pelakon Hans Isaac dan Dato’ Ac Mizal sebulat suara dan berkeputusan mengambil pendekatan yang positif dengan mengembalikan semula hubungan persahabatan yang keruh sebelum ini.


Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, AC Mizal, Hans Isaac

Masing-masing berpendapat tiada guna untuk bermasam muka kerana umur mereka bukan lagi remaja dan perlu berfikiran seperti lelaki dewasa.

Perbalahan mula tercetus ketika pementasan Teater Muzikal Cuci The Mucial sekitar tahun 2009 di mana terdapat wujud salah faham antara mereka berdua berkaitan dengan soal kontrak dan komitmen kerja.

“Ya saya akui saya ada terkasar bahasa kepada Ac Mizal sebelum ini, tetapi itu dulu, prinsip saya mudah,saya akan terus berbuat baik kepada orang yang saya pernah kecilkan hatinya,” ujar Hans Isaac.

Dalam pada itu, Ac Mizal merasakan amat tidak wajar untuk mereka untuk terus bermasam muka ditambah lagi industri hiburan kita adalah sangat kecil dan saling memerlukan antara satu sama lain.

“Sepanjang kami tidak bertegur sapa, saya hanya biarkan sahaja dan tidak pernah terlintas untuk menyelesaikan isu ini dengan Hans.

“Tetapi Hans adalah seorang lelaki yang budiman dan keikhlasannya untuk mengekalkan persahabatan yang telah terputus, wajar diberi pujian kerana saya ini agak keras hati sedikit,” kata AC Mizal.

Hans dan Ac ditemui media di Majlis Pengenalan Teater Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada April depan, platform terbaik untuk mereka merapatkan lagi hubungan.

“Filem Baik Punya Cilok kini dah berusia 10 tahun, ini adalah hadiah buat kami berempat termasuk Awie dan Afdlin, peranan mereka juga besar dalam memperbaiki hubungan kami berdua.

“Ia bermula di mesej grup whatsapp antara kami berempat, di situ bermulanya sesi maaf-maafan, sokongan Afdlin dan Awie telah mengembalikan keakraban kami berempat, saya nak ucap terima kasih kepada mereka,” kata Hans dengan nada yang ceria.

AC juga amat gembira dan bersyukur dengan pendamaian ini malah menerusi Whatsaap itu juga pada mulanya ingin lebih fokus membincangkan hal kerja tetapi lebih kepada berborak dan menyakat antara satu sama lain.

“Yang paling lucu dalam grup whatsapp kami ialah Hans tidak pandai mengunakan ‘Voice Note’ untuk menghantar mesej, jadi kami mengajarnya bagaimana untuk mengunakan kemudahan itu, saya harap hubungan kami utuh sampai bila-bila,” seloroh AC dengan gembira.

Sumber : Murai Batu

Lisa Surihani Bangkit Jelas Isu Hamil Tabung Uji!

Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga....


Lisa Surihani Bangkit Jelas Isu Hamil Tabung Uji!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kandungan lisa surihani

Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya.


Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri....

Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya....

 "Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami...

Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki...

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu."

Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin?

Sumber : cium-langitt.blogspot.com