Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Luahan Menyayat Hati Emma Maembong Mengenai Bapanya

Rasanya semua sedia maklum dengan beberapa kontroversi yang membabitkan keluarga Emma Maembong kebelakangan ini terutamanya ayah Emma sendiri, Ismail Embong.

Luahan Menyayat Hati Emma Maembong Mengenai Bapanya, info, terkini, hiburan, sensasi, emma maembong, gossip,

Namun semalam, Emma bertindak memuatnaik sekeping foto di laman Instagram dengan kapsyen yang agak menyayat hati berkaitan bapanya. Apa yang Emma katakan?


Luahan Menyayat Hati Emma Maembong Mengenai Bapanya, info, terkini, hiburan, sensasi, emma maembong, gossip,

Melalui foto yang telah mendapat lebih 20 ribu like itu, Emma berpesan kepada peminatnya supaya menghargai pengorbanan ayah dalam membesarkan kita.

Tambahan Emma, orang tua ini makin lama makin sensitif jadi bersabarlah ketika menjaga mereka.


Luahan Menyayat Hati Emma Maembong Mengenai Bapanya, info, terkini, hiburan, sensasi, emma maembong, gossip,

Sedih dan terkesan juga lah bila kami membaca kapsyen Emma Maembong ini. Harap semuanya baik baik belaka.

Sumber : ohbulan.com

AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan

Walaupun dah empat hari berlalu, kes Dato Seri Vida dengan iklan Qu Puteh yang menjengkelkan hati Chef Wan masih lagi bermain di akhbar.
AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, info, terkin, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, Chef Wan, Dato Vida, Qu Puteh

Tapi, korang percaya tak bahawa ‘perdebatan’ mereka berdua ni sebenarnya masih belum berkesudahan. Nak tahu apa yang mereka berdua hujahkan? Ha.. bacalah sendiri.

    “Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. elepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.


AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, info, terkin, hiburan, sensasi, kontroversi, gossip, Chef Wan, Dato Vida, Qu Puteh

    Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja. Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.

    Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu.”


AJL29: Debat Dato Seri Vida & Chef Wan Berpanjangan, chef wan, Dato Vida, gossip, Hiburan, info, kontroversi, Qu Puteh, sensasi, terkin,

Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.

Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang.

Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa.”

Sumber : ohbulan.com

Elfira Loy Sentap Dituduh Kaki Selfie

Pelakon Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto bersama rakan-rakan artis di sebuah lapangan terbang pada Selasa.

Namun apa yang menarik perhatian bukanlah foto itu sebaliknya kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut.

Elfira Loy Sentap Dituduh Kaki Selfie, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Elfira Loy, Kaki Selfie

Foto itu dimuat naik oleh Elfira pada Selasa beserta dengan kapsyen yang berbunyi:
“Airport selfie, suka selfie pun salah? Kan nanad @nad.zainal? @jihanmuse and @sherry_alhadad.” tulisnya.

Foto yang dimuat naik oleh Elfira ketika mereka berada di sebuah lapangan terbang.


Elfira Loy Sentap Dituduh Kaki Selfie, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Elfira Loy, Kaki Selfie

Disebabkan kapsyen tersebut ramai yang membuat andaian bahawa pelakon itu sentap dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pengikut Instagramnya yang mengatakan bahawa dia seorang ‘kaki selfie’.

Tidak cukup dengan itu, di ruangan komen timbul pula dakwaan seorang wanita terhadap sikap Elfira yang dikatakan terlalu sombong sehingga tidak mengendahkan peminat yang ingin bergambar bersamanya.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Shaza itu berasa kesal dengan sikap Elfira sebagai seorang artis yang tidak mesra dengan permintaan peminat.

"Tadi iolss nampak uolss dekat tempat luggage klia. iolss dtg dgn member nak snap pic je kott..tapi semua buat bodoh. except kak jihan. ni ke artis Malaysia. baru artis Malaysia.belum jd artis international lagi. artis international pun x mcm ni. sorry to say. bye @elfiraloy" tulis Shaza.

Lebih parah lagi apabila seorang lagi pengikut Instagram iaitu Bella seakan-akan cuba mengeruhkan keadaan dengan komen yang berbunyi:

"Eh you tak tahu ke artis malaysia ni ala ala glamorous kalah beyonce okays."

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Elfira apabila aktres itu tampil membalas tuduhan wanita tersebut di ruangan komen.

Penjelasan Elfira berhubung tuduhan tersebut.
Elfira Loy Sentap Dituduh Kaki Selfie, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Elfira Loy, Kaki Selfie


Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Hero Rindu Awak 200%, Zul Ariffin Semakin Kekwat?

Mesti ramai yang dok tergila-gilakan aktor kacak berbandan sado si Zul Ariffin ni bukan? Yelah selepas drama bersiri Rindu Awak 200% nama pelakon kacak ini semakin melonjak-lonjak dan dikenali ramai.


Hero Rindu Awak 200%, Zul Ariffin Semakin Kekwat?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Zul Ariffin

Bukan nama sahaja melonjak, malah anak-anak gadis dan mak-mak budak pun turut tergila-gilakan si Zul Ariffin ni. Wah untunglah, jadi tumpuan wanit dan anak gadis di luar sana kan?

Tapi ada satu cerita yang tak sedap didengar baru-baru ini yang mengatakan si Zul Ariffin kini sudah semakin kekwat dan susah untuk bekerjasama jika orang produksi menghubungi untuk menawarkannya berlakon dalam sebuah drama.

Dengarnya, Zul kini merasakan dirinya seorang pelakon yang punya taraf yang tinggi  sehingga produser sahaja yang boleh menghubunginya serta berurusan dengannya. Amboi betul ke ni? Macam tak percaya je?

Bukan itu sahaja, Zul juga didakwa hanya memilih tawaran berlakon dalam drama dari slot tertentu sahaja demi menjaga status dirinya sebagai seorang pelakon yang sudah terkenal.

Tak dapat nak pastikan cerita ini, diharap cerita ini tidak benarlah kerana tidak semua orang suka dengan sikap begitu.

Apa-apa pun doakan semoga maju jaya kepada Zul untuk kerjaya seni lakonannya.

Sumber : murai.com.my

Tuesday, January 20, 2015

Keluarga Emma Maembong Pula Masuk Program Realiti?

Cakap sahaja mengenai Emma Maembong pastinya ramai teringat akan kekasih hatinya, Zizan Razak. Namun kami hari ini bukan nak bercerita mengenai hubungan Emma dan Zizan, tetapi kisah Emma dan 1o adik beradiknya yang khabarnya bakal muncul dengan rancangan realiti sendiri!


Keluarga Emma Maembong Pula Masuk Program Realiti?, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, Keluarga Maembong,

Rasanya semua sedia maklum tentang adik beradik Emma yang rata-rata terlibat dalam bidang seni. Emma, Chacha, Syikin dan Yaya terkenal sebagai pelakon malah abang mereka Bakri seorang pemain muzik.

Jadi atas sebab itu lah sebuah saluran televisyen dikhabarkan sudah ada rancangan untuk membuat program realiti mengenai adik beradik Emma ala-ala Keeping Up With Kim Kardashian! Wah, pasti ramai peminat yang ternanti-nanti akan program ini.


Keluarga Emma Maembong Pula Masuk Program Realiti?, info, terkini, hiburan,sensasi, gossip, Keluarga Maembong,

P/S : Rasanya ayah Emma, Ismail Embong yang mempunyai ramai pengikut di laman Facebook pun akan terlibat dengan program ini. Baru lah banyak drama dan kontroversi! Korang rasa apa tajuk yang sesuai untuk program baru ini? The Maembongs?

Sumber : ohbulan.com

Dato Seri Vida Jawab Kritikan Iklan Melampau Qu Puteh Di AJL29

Panas dan semakin panas. Rata-rata penonton Anugerah Juara Lagu 29 (AJ29) menjadi jelak apabila iklan penaja, Qu Puteh dikatakan overshadow anugerah berprestij itu.


Dato Seri Vida Jawab Kritikan Iklan Melampau Qu Puteh Di AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi penaja AJL29, Qu Puteh, Dato Seri Vida

Malah, Chef Wan pun terus tutup televisyen kerana muak dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih. Tapi, lain pula ceritanya apabila Ramli MS backup Dato Seri Vida. Hurm..


Bila dah kecoh-kecoh macam ni, akhirnya pengasas produk kecantikan itu memberi respon terhadap perbalahan yang berlaku. Apa katanya?
Successful people always build up each other. They motivate, inspire, and help each other towards success. However, unsuccessful people… hurmmm.. they just hate, blame and always complaining… Which side are you…?? xoxo!! – Instagram Dato Seri Vida
Dato Seri Vida Jawab Kritikan Iklan Melampau Qu Puteh Di AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi penaja AJL29, Qu Puteh, Dato Seri Vida

Realitinya, kami perhatikan, Dato Seri vida ni sebenarnya menyusun strategi pemasaran yang sangat awesome. Buktinya, makin orang meluat, makin ramai orang bercakap mengenai hal tersebut dan produk Qu Puteh pun semakin dikenali.

Cuma, terlintas di pemikiran penulis bahawa adakah rakyat Malaysia sekarang ini lebih tertarik dengan iklan yang boleh dianggap ‘kampung’ berbanding something ‘educated’. Well, bergantung juga pada sasaran pembeli rasanya.

Sesuatu yang dianggap ‘taboo’ suatu masa dulu kini boleh diiklankan secara meluas. Buktinya, tengok lah tagline pelbagai produk di media sekarang ni. Kadang-kadang jadi malu sendiri nak tengok. Hiks.

Sumber : ohbulan.com

Serina Redzuawan Kembali Jadi Artis MIG?

Wah rasa macam lama je tak nampak pelakon Serina Redzuawan di kaca televisyen apatah lagi di layar perak kan? Yelah sejak dia berkeluarga ni, nampak seperti kurang sudah berlakon kan.


Serina Redzuawan Kembali Jadi Artis MIG?, info, terkini, hiburan, sensasi, Serina Redzuwan, gossip,

Tapi semalam sedang dok belek Instagram di telefon, ternampak pula posting produser terkanal iaitu David Teo yang sedang bersalaman dengan Serina ditemani isterinya Jane.

Sambil bersalam, mereka seperti memegang satu dokomen yang pasti sebuah kontrak kerana menerusi kapsyen yang dimuat naik David adalah “Sirih pulang ke gagang. Selamat kembali ke rumah @serinaredzuawan @migonline @metrowealth @janelim169 #migtalent #metrowealth #malaysia #7perhentian #hinggahujungnyawa”

Nampaknya anak kepada chef terkenal, Chef Wan ini bakal menjadi artis di bawah Metrowelath (MIG) lah kan? Sireh pulang ke gagang maksudnya Serina kembali menyambung kontrak bersama MIG?

Amboi nampkanya, Serina sudah bersedia lah hendak kembali aktif dalam bidang lakonan kan? Baguslah, peminatnya pasti suka kerana sudah rindu hendak melihat Serina di kaca TV.

Apa-apa pun, doakan semoga selamat maju jaya kepada kedua-dua pihak di atas jalinan tersebut.

Sumber : murai.com.my

Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?

Terkejut terima email daripada pembaca mengenai laporan polis berkaitan dengan kes tangkapan terhadap vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim.


Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi zaman slam, zamani Slam

Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek ditangkap bersama dengan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Jue’ berusia 32 tahun di sebuah rumah di Ampang Selangor.

Suspek telah ditahan bersama bahan bukti iaitu 1 paket plastic disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di sebuah bilik rumah berkenaan.


gossip, Hiburan, info, kontroversi zaman slam, sensasi, terkini, zamani Slam, Zamani Slam Ditahan Polis Disyaki Salah Guna Dadah?,


Hasil soal siasat didapati suspek mengaku telah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin kira-kira 10 tahun yang lalu.

Suspek menerima bekalan dadah itu menerusi seorang lelaki yang bernama ‘A’, walaubagaimanapun siastan masih diteruskan untuk mencari dalang yang sebenar.

Kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan penyanyi dan juga pelakon tempatan bukan benda baru malah ia seperti  satu berita yang lali buat umum.

Kepada orang ramai yang tidak kira anda seorang artis, selebriti, orang biasa atau kenamaan, impak penyalahgunaan dadah amatlah negatif.

Ia akan merosak kehidupan, kerjaya mahupun maruah diri tetapi masih belum terlambat untuk berubah dan menjalani proses pemulihan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber : murai.com.my

Enot buat pendedahan perangai bekas-bekas suami

Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.


Enot buat pendedahan  perangai bekas-bekas suami, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, enot,

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik."

Enot buat pendedahan  perangai bekas-bekas suami, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, enot,

Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.

Sumber : mStar Online

Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila

Kekeliruan penonton mengenai lampu candelier yang disangka jatuh ketika persembahan Indah Ruhaila menerusi lagu Percayalah di pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada Ahad lalu hanyalah gimik pada saat-saat akhir.


Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AJL29, Indah Ruhaila

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, perkara tersebut merupakan perancangan pihak produksi bagi memberi kesan terhadap persembahan tersebut.

Lampu candelier terjatuh itu hanyalah gimik semata-mata, saya pun diberitahu oleh pihak produksi pada saat-sat akhir sebelum membuat persembahan kerana ketika sesi latihan tiada apa-apa berlaku.

"Nasib baik jugalah mereka beritahu, kalau tidak sudah tentu saya akan melatah kerana terkejut. Namun sepanjang persembahan itu saya tertunggu-tunggu bilalah lampu itu akan jatuh," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Lampu Candelier Jatuh Gimik Saat-Saat Akhir - Indah Ruhaila, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AJL29, Indah Ruhaila

Lampu candelier yang jatuh ketika persembahan adalah gimik saat-saat akhir. Gambar: tonton.com.my

Bagaimanapun, Indah berkata, gimik tersebut tidak menjejaskan fokusnya ketika menyanyikan lagu Percayalah pada malam tersebut.

Dalam pada itu, Indah bersyukur dapat memberikan persembahan yang memuaskan biarpun tidak memenangi sebarang kategori pada malam AJL29.

Dia juga menjadikan pertandingan berprestij tersebut sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air.

"Alhamdulillah, biarpun tidak menang tetapi saya rasa puas kerana berpeluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air.

"AJL29 merupakan salah satu proses pembelajaran kepada saya untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang," ujarnya.

Ketika diminta mengulas tentang vokalnya pada malam tersebut diberi pujian oleh pihak juri, Indah menganggap ia sebagai sebuah penghargaan tinggi buat dirinya.

Jelasnya, sebagai artis baharu dia membuat persiapan iaitu dengan mengambil kelas vokal sebulan sebelum pertandingan berlangsung.

"Saya terharu dan menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap artis baru macam saya. Namun saya akui ada mengambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi sebulan sebelum pertandingan.

"Alhamdulillah banyak bahagian dalam lagu tersebut yang saya ubah pada malam AJL29 lalu," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Awie Mahu Bersedekah Derma Organ

Penyanyi rock Awie berjanji untuk mendermakan segala organ pada badannya kepada mana-mana pihak yang memerlukan apabila dia meninggal dunia kelak.


Awie Mahu Bersedekah Derma Organ, info, terkini, hiburan, sensasi, Awie, gossip,

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, langkah menderma organ adalah satu perbuatan mulia kerana ia merupakan amal jariah yang besar maknanya.

”Saya merasakan menderma organ itu amat baik kerana ia benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan organ,” katanya seperti dipetik The Star pada Rabu.

Terdahulu pada Isnin lalu Awie meluahkan keinginannya untuk menderma organ pada program derma darah dan organ anjuran Politeknik Kota Bahru, Kelantan.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam pada itu tambah Awie, mendermakan organ selepas seseorang itu meninggal dunia seperti melakukan sedekah.

”Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah,” katanya.

Awie meminta agar lebih ramai individu melakukan amalan berkenaan kerana ia dapat membantu banyak pihak yang menderita.

Sesiapa yang berhasrat menderkan organ masing-masing bolehlah melayari www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan

Sumber : mstar.com.my

Bade Masih Belajar Berlaku Adil Selepas Berpoligami

Pengarah filem Bade Hj Azmi memberitahu tanggungjawabnya sebagai suami bertambah besar selepas menjadi ketua kepada dua buah keluarga selepas membuat keputusan berpoligami.


Bade Masih Belajar Berlaku Adil Selepas Berpoligami, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi bade dan erma fatimah,
Bade bersama isteri keduanya, Aida Abdul. Mereka berkahwin pada awal tahun 2014.


Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 48, berkata, dia kini dalam proses belajar untuk berlaku adil dalam menguruskan kedua-dua buah keluarga itu.

"Tanggungjawab saya kini lebih besar kerana perlu berlaku adil kepada dua buah rumah. Ia bukan mudah untuk beri kedua-dua keluarga sama rata.

"Sekarang saya sibuk ke arah untuk cuba memberi ahli keluarga faham dan menerima antara satu sama lain," ujarnya pada majlis sidang media tayangan amal filem Isyarat Cinta, di Menara TSH, Damansara di sini pada Selasa.

Bade yang juga suami kepada pengarah Erma Fatima berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kehidupan rumah tangganya selepas berkahwin dengan wanita bernama Aida Abdul awal tahun 2014.

Hasil perkahwinan tersebut Bade dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lebih sebulan dan diberi nama Jihad.

Bade berkahwin dengan Erma Fatima pada 30 November 1990 dan mereka membesarkan lima orang anak angkat.


Bade Masih Belajar Berlaku Adil Selepas Berpoligami, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi bade dan erma fatimah,
Bade bersama Erma, isteri pertamanya.

 
Dalam pada itu, Bade berkata, dia tidak pernah memaksa kedua-dua keluarga tersebut untuk berbaik-baik.

Malah, dia percaya hubungan tersebut akan terjalin dengan ikhlas hati tanpa sebarang paksaan.

"Saya tidak paksa mereka untuk bermesra-mesra kerana bagi saya hubungan itu akan lahir sendiri tanpa perlu paksaan.

"Sekarang saya bagi masa kepada mereka untuk mengenali terlebih dahulu. Buat masa ini saya sudah melihat perkembangan positif terutama antara kedua-dua isteri saya.

"Tentang anak-anak itu tiada masalah kerana lima orang anak saya itu sudah besar dan faham, malah mereka turut menerima adik yang baru lahir ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Bade berkata dia masih menjaga hati perasaan kedua-dua keluarga tersebut terutama dalam keterbukaan di laman sosial.

Katanya, masih ada sifat cemburu anak-anaknya apabila dia memuat naik gambar keluarga baharu.

"Anak-anak saya sudah mula terima dan faham cuma saya tidak boleh terlalu banyak memuat naik gambar adik dia sebab nanti anak yang lain cemburu," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang keterujaan menerima cahaya mata baharu pada 13 Disember lalu, Bade berkata, dia tidak terlalu gembira sebaliknya bersyukur dengan rezeki tersebut.

"Saya sudah tua untuk menunjukkan rasa gembira yang terlalu sangat ketika mendapat cahaya mata baru.

"Apa-apa pun ia tidak bermakna saya tidak menghargainya, sebaliknya saya bersyukur dengar rezeki yang Allah berikan pada usia ini," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii

Walaupun hubungan cinta Miley Cyrus dan Patrick Schwarzenegger menarik perhatian ramai dan dikhabarkan mendapat tentangan oleh keluarga Patrick yang datang dari golongan bangsawan atau aristokrat, pasangan ini kelihatan bahagia menghabiskan masa bersama.


Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Imej yang dirakam secara eksklusif oleh Daily Mail ini mengesahkan Patrick dan Miley sedang menghabiskan waktu bersama di pulau peranginan Hawaii dan telah dirakamkan gambar ketika sedang berjalan bersama di pantai sekitar Maui.

Gambar yang dirakamkan sekitar pagi Isnin itu dilihat berjalan menuju pantai untuk berehat di sana selain dilihat cukup mesra dalam dakapan masing-masing.

Patrick yang diketahui memiliki tubuh yang menawan tidak mengenakan baju manakala Miley pula mengenakan bikini rona merah bersama backpack Chanel berjalan di persisir pantai.

Ini merupakan penampilan mereka bersama setelah Miley tampil dengan kontroversi imej bogel dalam polaroid yang dikongsikan dengan majalah V Magazine untuk edisi Januari tersebut. Semenjak mengesahkan hubungan mereka pada November lalu, Miley dan Patrick seringkali dilihat bersama.

Bintang pop Disney itu juga menghabiskan masa menyambut tahun baru 2015 dengan bapa Patrick iaitu Arnold Schwarzenegger di Las Vegas dan menggelarkan Patrick sebagai teman lelaki paling best sekali.

Ramai sumber turut tampil hairan apabila Patrick boleh menerima selebriti yang mempunyai reputasi sebagai gadis liar seperti Miley Cyrus.


Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Sumber : murai.com.my

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini

Buat pertama kalinya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui bakal bersanding pada 31 Januari ini di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.


Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Namun persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali," katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.

Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.

Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.

Mengulas mengenai perasaan mereka yang pertama kali bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.

"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.

"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.

"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain," katanya.

MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan 'One-Stpp Wedding Centre' yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan.
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Bersanding 31 Januari Ini, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, persandingan aeril zafrel dan wawa zainal.

Sumber : murai.com.my

Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi

Apakah malang nasib pelakon Danny (X-Factor) apabila kereta Honda City milikknya yang diparkir di luar rumah dilanggar oleh individu tidak dikenali.


Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Danny X-Factor


Lebih mencurigakan, selepas kejadian itu, individu berkenaan melarikan diri meninggalkan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 35, berkata, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa itu, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat sebanyak dua kali yang datang dari luar rumah melibatkan keretanya.

"Ketika kejadian kira-kira dalam pukul 12.30 malam saya berada dalam bilik untuk tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi hentaman kuat dari arah luar rumah.

"Saya pada mulanya ingatkan ia bunyi daripada lori sampah yang lalu namun selepas menjenguk ke luar tingkap saya lihat posisi kereta saya beralih dari tempat asal," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.


Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Danny X-Factor
Keadaan kereta Danny yang mengalami kerosakan teruk.



Danny tinggal di Puncak Jalil, Bukit Jalil dekat sini.

Jelas Danny lagi, dia bagaimanapun keluar untuk melihat keadaan kereta tersebut selepas sejam kejadian kerana bimbang akan keselamatannya dan isteri sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah.

"Apabila saya keluar untuk melihat keadaan kereta ia dalam keadaan agak teruk dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku?

"Saya turut mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria yang diletakkan di bawah pokok bersebelahan rumah saya turut mengalami kerosakan teruk dan menyangka ia kereta milik jiran yang turut dilanggar," katanya.

Dalam pada itu, Danny berkata, semasa pihak polis datang ke rumahnya untuk melakukan siasatan seorang lelaki dalam lingkungan umur 25 tahun muncul mendakwa kereta Proton Satria tersebut miliknya yang sudah dicuri.

Pemilik kenderaan itu turut terkejut apabila mendapati kereta Proton Satrianya remuk akibat melanggar kereta Danny yang diletakkan di luar pagar rumah.


Kereta Danny (X-Factor) Dilanggar Pemilik Kenderaan Curi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Danny X-Factor
Proton Satria yang melanggar kereta Danny.

 
"Lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan rumah saya namun tidak pernah mengenalinya sebelum ini dan saya meminta agar dia membuat laporan  polis namun dia enggan.

"Bagaimanapun dia mahu menanggung kerugian yang saya alami akibat kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Danny berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat kejadian itu kerana bimbang mungkin terdapat unsur-unsur khianat yang tidak diketahuinya.

Sumber : mstar.com.my

Azwan Ali Ahli "Running Man" Versi Malaysia?

Bila dengar nama Diva Azwan Ali bakal menyertai program berkonsepkan Running Man berjudul 'Lari' yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi, pasti ramai yang tersenyum lebar.


Azwan Ali Ahli "Running Man" Versi Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali

Ini kerana, apa agaknya karenah Azwan melalui siri tersebut dan watak apakah yang bakal disamakan dengannya jika mengikut barisan selebriti Running Man yang sebenar. Mungkinkah Jong Kook? Heh.


Azwan Ali Ahli "Running Man" Versi Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali

Difahamkan, ada khabar angin yang mengatakan program tersebut sebelum ini pernah di tayangkan secara istimewa semasa Hari raya lalu. Dan disebabkan mendapat rating tinggi, maka program itu telah dijadikan bersiri ala-ala Running Man.


Azwan Ali Ahli "Running Man" Versi Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali

Antara barisan artis dan selebriti yang terlibat dalam program itu ialah Achok MMM, Arja Lee, Aisya Hasna, Haris Alif, Afiq Shazwan dan Azwan Ali.


Azwan Ali Ahli "Running Man" Versi Malaysia?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Azwan Ali

Pada pendapat anda... okey ke?

Sumber : myartis.com

Respon Siti Nurhaliza Bila Ramai Tak Puas Hati Lagu ‘Apa Khabar’ Menang AJL 29

Penyanyi tersohor, Dato Siti Nurhaliza telah tampil bagi memberi respon susulan daripada ramai pihak yang mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne menjuarai Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29).


Respon Siti Nurhaliza Isu Juara AJL 29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AjL29

Menerusi akaun Instagram peribadinya, dia telah repost kenyataan dari Rozi merangkap pembantu peribadi dan kakak ipar Siti Nurhaliza dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.


Respon Siti Nurhaliza Isu Juara AJL 29, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, AjL29

Sumber : katakcomel.my

Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu

Pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal, Marsha Milan Londoh mengakui dirinya tidak pernah serik untuk bercinta dengan jejaka Melayu walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan dengan lelaki dari bangsa itu.


Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh, gossip

Aktres jelita itu turut mendedahkan dirinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki Melayu yang dikenalinya lebih setahun yang lalu.

“Cukuplah saya beritahu saya sudah punya seseroang dalam hati ini dan kami memang sudah berkawan lama.


Punca Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu, info, terkini, hiburan, sensasi, Marsha Milan Londoh, gossip

Cuma belum punya perancangan untuk berkahwin lagi.

“Saya tak serik untuk bercinta lagi walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini kerana saya sudah lali. Saya hanya berserah dan go with the flow,” katanya.


Sumber : katakcomel.my

Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong

Bijak juga tuan rumah yang Yassin SYJ menyewa ini. Tidak mendapat tunggakan sewa lebih daripada RM30,000 daripada Yassin, tuan rumah tersebut bertindak melelong barangan milik pelawak tersebut. Tindakan ini diambil selepas lebih kurang 5 bulan bersabar dengan Yassin yang enggan melunaskan sewa bulanan. Untuk makluman, rumah tersebut terletak di Damansara. Damansara memang tempat yang agak mahal sewanya.


Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yassin SYJ

Walaupun nampak agak kejam tindakan yang dilakukan oleh tuan rumah ini, namun amaran sudah pun diberitahu kepada Yassin terlebih dahulu. Malah akibat kegagalan Yassin itu, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Sekurang-kurangnya bila jual barang Yassin, dapatlah pulang modal sikit. Tak gitu?
Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yassin SYJ


Apa pun, hutang perlulah dibayar. Tak kiralah hutang sewa rumah ke, hutang pinjam kawan ke atau yang sewaktu dengannya. Kesianlah kat orang yang kita berhutang itu. Dia pun nak guna duit juga. Semoga ada jalan penyelesaian antara Yassin dan tuan rumah sewanya.

Ini pula laporan penuh isu tunggakan sewa Yassin :-

Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yassin SYJ

Tak Bayar Sewa Rumah RM30,000, Barang Yassin SYJ Dilelong, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yassin SYJ


Sumber : beautifulnara.com