Friday, January 2, 2015

Hafiz Hamidun Pernah Jadi Mangsa Dengki Kumpulan Nasyid

Penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun menganggap peristiwa menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid adalah kisah lama yang sudah pun dilupakannya.

Hafiz Hamidun Pernah Jadi Mangsa Dengki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, hafiz hamidun

Hafiz berkata, perkara tersebut berlaku pada tahun 2012 lalu apabila kemunculannya dalam sebuah program stesen televisyen Al Hijrah dibatalkan secara tiba-tiba.


"Perkara itu dah lama dan saya sudah lupakannya pun. Ketika itu ada pengguna Twitter yang mempersoalkan kenapa saya tidak muncul di program tersebut.

"Ada juga berlaku berbalas komen di witter antara saya dan kumpulan nasyid itu yang turut mengaitkan stesen televisyen Al Hijrah, namun tidak mengapalah, saya tidak kisah dan menganggap rezeki datang daripada Allah," ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin dia menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid.

Kumpulan nasyid itu dikhabarkan 'meracun' pihak di stesen televsyen berkenaan agar membatalkan kemunculan penyanyi lagu zikir itu daripada program anjuran mereka dan program-program terbitan Al Hijrah.

Hafiz enggan mengulas hubungannya dengan kumpulan nasyid tersebut dan menganggap masing-masing mempunyai hala tuju dalam industri seni tanah air.

"Berkenaan kumpulan itu saya tidak mahu komen panjang. Cuma saya anggap masing-masing ada rezeki yang ditetapkan oleh Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan dia tidak pernah digam oleh stesen televisyen tersebut.

Malah, dia bakal membuat persembahan pada malam Anugerah Nasyid IKIM pada 10 Januari depan yang disiarkan menerusi stesen berkenaan.

"Isu itu bukan saya yang timbulkan sebaliknya ada orang yang bertanya di laman sosial kenapa saya jarang muncul di stesen televsyen itu.

"Secara jujurnya saya dengan Al Hijrah tidak pernah ada masalah atau digam oleh mereka. Cuma saya akui agak kurang berbanding muncul di stesen televisyen lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz yang kini berada di Kelantan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Dia juga membuat kutipan derma sejak beberapa hari lalu melalui laman sosial dan berjaya mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada mangsa bencana banjir.

Baca : Penjelasan Eina Azman Isu 'Baby Bump' 

Sumber : mstar.com.my

Penjelasan Eina Azman Isu 'Baby Bump'

Pelakon terkenal, Eina Azman telah dikatakan kini sedang mengandung apabila tersebarnya gambar yang menunjukkan dirinya yang kelihatan sedikit berisi dan perutnya kelihatan baby bump.


Penjelasan Eina Azman Isu 'Baby Bump', info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Eina Azman,

Empunya diri ternyata terkejut apabila gambar dia bersama suami mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat yang tertanya-tanya adakah aktres jelita itu sedang hamil ataupun tidak.

Artikel Terdahulu :  

“Mana ada saya mengandung.

Orang nampak macam ada baby bump sebab saya pakai baju besar kot. Tambah pula sejak berkahwin pada Ogos tahun lalu, saya semakin berisi, jadi orang ingat saya dah hamil,” katanya.

Baca : Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015 

Sumber : katakcomel.my


Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015

Pernah menjadi pengacara jemputan untuk rancangan Nona, kini Fouziah Gous bakal menggantikan tempat Neelofa dan Fara Fauza selaku pengacara tetap program penuh berprestij ini. Tahun baru wajah baru. Sesungguhnya wajah Fouziah Gous yang elegan, jelita dan menawan memang bersesuaian sekali dengan konsep program Nona. Satu gandingan yang amat mantap sekali.

Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Kontrak selama setahun telah pun ditandatangani oleh Fouziah Gous. Menariknya tawaran daripada Nona ini diterima 2 hari sebelum hari jadinya pada 11 Disember. Memang hadiah hari jadi yang amat bermakna. Kata Fouziah Gous:-

    Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.

    Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.

    Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain.

    Saya pelakon dan bukannya pengacara. Dunia pengacaraan masih asing kepada saya dan jujur saya tak arif dalam skop kerja ini.

    Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki.


Fouziah Gous Ialah Pengacara Nona Untuk Tahun 2015, info, terkini, hiburan, sensasi, Fouziah Gous

Untuk makluman, Fouziah Gous akan mengacara secara solo. Tiada pengacara lain yang akan digandingkan dengannya. Pasti ini adalah satu cabaran yang amat hebat. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan atas pemilihan anda. Good luck and all the best.

Baca : Lufya dan kerabat diraja sukar dipisahkan? 

Sumber : Berita Harian.

Lufya dan kerabat diraja Sukar Dipisahkan?

Aktres jelita Lufya akui rimas apabila sering diminta mengulas khabar angin yang mengatakan menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari kerabat diraja.

Lufya dan kerabat diraja Sukar Dipisahkan?, info, terkini, hiburan, pelakon jelita, Lufya, sensasi, gossip

"Tolong jangan kaitkan saya dengan benda-benda macam-macam ini. Saya tak nak terbabit dengan mana-mana kerabat.

"Saya seorang wanita yang ringkas dan mudah bergaul dengan sesiapa saja. Tak kiralah apa juga status atau latar belakang seseorang lelaki itu. Prinsip saya dari dulu lagi, berkawan biarlah beribu, tetapi cinta biar satu," katanya kepada Harian Metro.

Jelas aktres berusia 30 tahun itu lagi, dia masih lagi solo dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.

"Berhentilah mengaitkan saya dengan golongan itu."

Terdahulu, Lufya pernah tampil memberi kenyataan memberitahu bahawa persahabatannya dengan seorang jejaka dari kerabat diraja musnah apabila kontroversi yang mengaitkannya dengan jejaka itu menjadi bualan ramai.

Dalam pada itu, Lufya berkata dah sudah bosan dan serik dan mahu hidup bebas dari sebarang kontroversi yang mengaitkannya.

Baca : Foto Pertama Eina Azman Nampak Baby Bump 

Sumber : tupai.com.my

Foto Pertama Eina Azman Nampak Baby Bump

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata sebagai tanda cinta abadi mereka kan?

Jadi, rasanya Eina Azman dan suami juga pasti mengharapkan kehadiran orang baru dalam rumahtangga yang mereka bina.

Apa yang lebih mengujakan, sekeping foto Eina Azman bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sedang dinner di malam tahun baru ini bagaikan menampakkan ‘baby bump’. Wah! Dah berapa bulan ya agaknya?

Kalau diperhatikan, memang nampak Eina agak berisi sedikit dalam foto ini. Yelahkan, sebelum ni Eina memang terkenal dengan tubuh badan cantik dan perut yang ‘flat’.Dek kerana itu ramai yang menganggap Eina sudah berbadan dua.

Kalau berita ini sahih, kami pun nak jadi orang terawal untuk ucapkan tahniah! Mesti baby putih melepak macam Eina kan?


Foto Pertama Eina Azman Nampak Baby Bump, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, eina azman hamil,

Foto Pertama Eina Azman Nampak Baby Bump, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, eina azman hamil,

Baca : Pelakon ‘Sado’ Cinta Baru Izreen Azminda? 

Sumber : ohbulan.com

Pelakon ‘Sado’ Cinta Baru Izreen Azminda?

Seronok jadi orang cantik, ada sahaja yang tak jemu mendekati. Kalau hilang satu cinta, sepuluh datang jadi pengganti.

Sebelum ini kami ingatkan Izreen dan Amar Baharin mempunyai hubungan istimewa yang boleh dibawa hingga ke jinjang pelamin tapi mungkin perkara itu tak akan jadi kenyataan memandangkan terdapat gosip baru yang mengatakan hubungan ‘persahabatan’ kedua-duanya ada masalah.

Pelakon ‘Sado’ Cinta Baru Izreen Azminda?, kekasih baru izreen azminda, sensasi, gossip, hiburan,

Terbaru, kami terkesima apabila melihat dua keping foto mesra acah-acah pasangan paling romantik antara Izreen Azminda bersama seorang pelakon baru.
Pelakon ‘Sado’ Cinta Baru Izreen Azminda?, kekasih baru izreen azminda, sensasi, gossip, hiburan,


Pada mulanya foto yang dimuat naik Izreen di Instagramnya ini langsung tak menunjukkan muka masing-masing. Macam sengaja nak bagi orang berteka-teki dan buat spekulasi. Hehe!

Pelakon ‘Sado’ Cinta Baru Izreen Azminda?, kekasih baru izreen azminda, sensasi, gossip, hiburan,

Tapi akhirnya identiti jejaka berkenaan berjaya diketahui apabila pelakon lelaki itu turut memuat naik foto yang sama dengan Izreen. Cuma gaya sahaja yang berbeza. Lebih mesra!
A photo posted by Nazrief Nazri (@nazrief_nazri) on

Adakah Izreen dan pelakon yang dikenali sebagai Nazrief Nazri itu sengaja mencipta publisiti atau mereka sebenarnya sedang bercinta atau hanya promosi drama terbaru?


Bagi yang tertanya-tanya Nazrief ni siapa, rupa-rupanya pelakon macho badan sado mirip Fahrin Ahmad ni adalah bekas finalis Hero Remaja 2012. Nazrief pernah berlakon dalam drama Maskara, Misiku Kuza 2 dan pernah bergandingan dengan Nur Fathia untuk sebuah drama RTM.

A photo posted by Nazrief Nazri (@nazrief_nazri) on

Kalau Nazrief yang berusia awal 20-an ini mampu menerima Izreen dan anak lelakinya, tak ada masalah, kan? Eh, belum confirm lagi tapi kami yang terlebih excited. Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Izreen dan Nazrief.

Baca : Masalah Uri, Nurul Depp Berkemungkinan Terpaksa Bersalin Awal 

Sumber : ohbulan.com

Masalah Uri, Nurul Depp Berkemungkinan Terpaksa Bersalin Awal

Penyanyi Nurul Wahab berkata dia berkemungkinan terpaksa bersalin lebih awal dari waktu jangkaan sebenar berikutan masalah uri yang dialaminya.


Masalah Uri, Nurul Depp Berkemungkinan Terpaksa Bersalin Awal, info, terkini, hiburan, nurul depp,

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata perkara tersebut berlaku selepas dia disahkan mengalami placenta previa atau uri berada di bawah sehingga terpaksa dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, Rabu lalu.

Ini adalah anak kedua Nurul bersama suaminya Eric Depp selepas melahirkan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, setahun yang lalu.

Menurut Nurul, dia telah mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Rabu lalu dan suaminya terus membawanya ke hospital. Menerusi rawatan awal, doktor telah mengesahkan yang uri Nurul berada di bahagian bawah.

Kandungan Nurul ketika ini sudah pun memasuki lapan bulan dan jika keadaan uri masih tidak bergerak, dia dijangka akan bersalin bulan ini juga secara pembedahan. Buat masa ini Nurul masih dalam pemerhatian doktor selama 48 jam

Dalam pada itu, Nurul berkata, kandungannya berada dalam keadaan selamat dan sihat, namun dia tidak dibenarkan untuk terlalu banyak bergerak.

"Alhamdulillah, bayi sihat ketika sampai sahaja di sini, doktor terus memeriksa keadaan bayi dan kadar degupan jantungnya.

"Buat masa ini saya tidak dibenarkan angkat benda berat termasuk mendukung anak saya Zachary yang kini 11 kilogram, selain itu saya tidak dibenarkan bergerak aktif kecuali ke tandas sahaja," katanya.

Jelasnya, doktor akan membuat pemeriksaan semula dalam dua minggu lagi bagi memastikan keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan.

Sementara itu, Nurul menjelaskan placenta previa merupakan keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa juga ibu mengandung tanpa sebarang sebab tertentu.

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai.

Baca : Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris 

Sumber : murai.com.my

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris

Wah, bukan main lagi pasangan bahagia Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin bersama anak mereka, Aaisyah Dhia Rana menyambut ketibaan Tahun Baru 2015.

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,


Menerusi Instagram pasangan suami isteri ini, kelihatan mereka telah menyambut Tahun Baru di London,UK seterusnya ke ibu negara Belanda, Amsterdam serta ibu negara Perancis, kota Paris.

Malah menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh Zain, kelihatan foto mereka bersama “Baby of The Year” pilihan Murai, Aaisyah dihadapan Eiffel Tower yang gah itu.

Memang pasangan ini sedang bercuti di Eropah dan London telah menjadi destinasi awal mereka sebelum ke Amsterdam dan Paris ini.

Cemburu pulak hati ni, yelah niat dihati memang dah lama sangat nak jejak kaki ke kota Amsterdam dan kota cinta Paris tu. Tapi apakan daya, rezeki dan masalah kewangan masih melanda.

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Che Ta, Zain Sambut New Year di London, Amsterdam & Paris, info, terkini, sensasi, hiburan,

Baca : Erin Malek dan Suami Sambung Honeymoon Di London 

Sumber : murai.com.my

Thursday, January 1, 2015

Erin Malek & Suami Sambung Honeymoon Di London

Jika anda masih ingat, Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy ada berkongsi foto mereka semasa berbulan madu di Los Angeles beberapa minggu selepas mereka diijabkabulkan.


Erin Malek & Suami Sambung Honeymoon Di London, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin malek

Terkini, pasangan ini bagaikan menyambung musim bulan madu mereka apabila dilihat sedang bercuti di London pula.


Erin Malek & Suami Sambung Honeymoon Di London, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin malek

Erin Malek & Suami Sambung Honeymoon Di London, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin malek

Erin Malek & Suami Sambung Honeymoon Di London, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin malek

Baca : Rambut Baru Nora Danish Sempena Tahun Baru 

Sumber : ohbulan.com