Friday, December 5, 2014

Memey Suhaiza Dedah Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil

Pelakon Memey Suhaiza  akui tidak pernah meninggalkan kasut bertumit tinggi walapun sedang hamil 9 bulan sebelum ini.


Memey Suhaiza Dedah Selesa Bertumit Tinggi Ketika Hamil, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, memey suhaiza, isteri norman hakim,

Malah Memey yang kini hamil 5 bulan anak kedua merasakan lebih selesa mengenakan apa-apa kasut yang mempunyai tapak lebih tinggi berbanding kasut yang tidak mempunyai tapak.

"Ya, memang sekarang saya masih mengenakan kasut bertumit atau bertapak tinggi walapun sedang hamil anak kedua.

"Saya sudah biasa dari dulu dengan kasut bertumit tinggi, jadi bila hamil pun saya lebih selesa mengenakan kasut begini.

"Sebelum ni pun ketika hamilkan anak pertama, saya tetap memakai kasut tinggi sehingga lah Darwish dilahirkan.

"Pernah cuba memakai kasut yang tidak bertumit tapi saya jadi kekok dan tak selesa pula," katanya kepada portal murai.com.my

Memey ditemui ketika pelancaran jenama kasut kesihatan Medifeet yang memperkenalkan 15 rekaan baru bagi edisi 2015.

Mengulas mengenai kasut MediFeet  yang dicubanya ketika majlis pelancaran itu, Memey akui tertarik dengan  keselesaan kasut tersebut.

"Biasa orang pilih kasut pasti nak yang cantik dan bergaya  sahaja bukan? Tapi saya lihat kasut MediFeet ini lain kerana  perekanya lebih mementingkan keselesaan pengguna.

"Malah rekaannya juga bergaya dan menepati citarasa wanita kini. Tapi saya lebih tertarik  dengan  keselesaan kasut ini bila ia disarungkan ke kaki,"ceritanya.

Memey dan suaminya, Norman Hakim sudah pun dikurniakan seorang anak iaitu Darwish yang berusia 1 tahun 10 bulan dan bakal dijangka menimang cahaya mata kedua pada April tahun depan.

Baca : Umie Aida Terasa ‘Dingin’ Di New York 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto Terkini Umie Aida Di New York

Pelakon terkenal, Umie Aida begitu gembira sekali pergi bercuti di 'kota yang tidak pernah tidur' iaitu New York baru-baru ini.

Apa yang boleh dikomen, walaupun dalam cuaca yang begitu dingin, Umie kelihatan begitu bersahaja dan ceria sekali.

Almaklumlah, bercuti dan berehat ke negara yang kita idamkan mesti kita akan berasa sangat teruja dan seronok sekali.

Antara tempat-tempatnya Umie  kunjungi ialah Madison Square Garden,  Central Park dan Woodbury Premium Outlets.


Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi

Foto Terkini Umie Aida Di New York, info, terkini, hiburan, pelakon, umie aida, sensasi


Baca : Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana

Jika dilihat kepada perkembangan terkini kemelut rumahtangga Awie dan isterinya Rozana Misbun memang akan berpanjangan selepas perbincangan untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah tidak dilayan oleh si isteri yang mahu terus menegakkan pendirian di mahkamah.
Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, isu rumahtangga awie, rozana, awie wings

“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awie kepada Kosmo!.
Mengulas tentang dakwaan yang sijil pernikahan beliau bersama Rozana selama sembilan tahun yang didakwa palsu. Awie mendakwa tindakan Rozana mengangkat perkara itu kini seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin lama.
“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?” tambahnya lagi.
Awie turut menambah yang beliau tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini & memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.
“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.

Baca : RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas? 
Sumber: Rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas?

Selepas 15 tahun tidak muncul di mana mana pentas persembahan mahu pun lagu baru, Amelina nampaknya tidak mahu mengalah dengan harga pasaran semasa kepada penyanyi penyanyi yang lebih junior. Ada khabar mengatakan bayaran beliau kini mencecah puluhan ribu ringgit.


RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas?, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, gosip, amelina, ajai


Syarikat pengurusan Wake The Baby milik Ajai, tempat di mana Amelina bakal bernaung selepas ini tampil memberikan jawapan terhadap dakwaan bayaran mahal yang dikenakan penyanyi dangdut itu untuk kembali beraksi di atas pentas.

Artikel Terdahulu :  

“Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi”

“Dari harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkanlah nak ikut harga lama juga. Harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi,” ujar pengurus artis syarikat itu.

Namun jelasnya lagi, Amelina masih belum menerima tempahan persembahan dari dalam Malaysia sendiri dan jika ada pun, beliau tidak akan menerimanya kerana masih belum bersedia.

“Insya-Allah selepas lagu baru dia siap barulah kami akan terima tawaran persembahan korporat,” tambahnya yang turut berkata syarikat sudah ada perancangan tersendiri untuk kembali menaikkan nama Amelina dalam dunia hiburan.

Baca : Penerbit Muzik Pernah Rogol Lady Gaga 

Sumber : aans1.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 4, 2014

Penerbit Muzik Pernah Mer0g0l Saya - Lady Gaga

Dalam satu temubual terbaru bersama program radio yang dikendalikan oleh Howard Stern baru baru ini, Lady Gaga mendedahkan satu peristiwa hitam yang pernah berlaku ke atas dirinya dan ianya telah diabadikan sebagai inspirasi dalam lagu Swine.


Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi

“Saya melalui perkara yang sangat teruk sehingga menyebabkan saya tergelak jika mengingatinya sekarang. Saya telah menjalani banyak terapi mental dan fizikal untuk memulihkan diri saya dalam jangka masa beberapa tahun,” ujar Lady Gaga.

Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi


“Pada telahan saya, ini mungkin perkara biasa bagi orang dewasa. Saya sangat naif sehingga bila umur saya sedikit dewasa, baru saya sedar perkara itu (diperkosa) adalah satu perbuatan yang menjijikan. Dia 20 tahun lebih tua daripada saya ketika itu,” tambahnya lagi.


Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi


Lady Gaga bagaimanapun berkata beliau tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa mahu pun pihak berkuasa ketika itu dan selepas beberapa lama terserempak dengan penerbit muzik yang memperkosa dirinya di sebuah lokasi dan dirinya terus diselubungi ketakutan.

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



'Mereka cacat otak' -Rita Rudaini

"Saya biarkan saja malas nak layan. Orang-orang yang bercakap macam ini adalah golongan cacat otak. Jenis macam itu saja yang akan cakap benda bukan-bukan pada orang lain."


gosip, Hiburan, info, kontroversi, Rita Rudaini, sensasi, terkini,

Itu luahan dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar mengenai tindakan sebahagian besar golongan pahlawan papan kekunci atau 'keyboard warrior' yang mempersendakannya akibat salah faham kononnya dia akan menyertai satu karnival memperagakan buah dada.

Rita, 38, yang dihubungi berkata, pada awalnya dia terkejut apabila menerima banyak komen negatif di akaun sosial miliknya yang mengaitkan dirinya dengan acara itu.

"Mula-mula saya pun pelik kenapa pengikut ini komen benda bukan-bukan kononnya ada yang tak sabar nak tengok saya tayang dada di sebuah karnival.

"Nak tergelak pun ada pada awalnya. Apalah yang mereka merepek takkanlah ada acara macam itu. Apatah lagi saya dan Intan (Ladyana) pula yang dikatakan bakal tayang dada kami di karnival itu," katanya.


Baca : Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya 

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya

Pelakon Scha Al Yahya berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan peribadi bayi tersebut terlalu terdedah menerusi media sosial yang diwujudkannya.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,

Scha, 31, juga sedar mendedahkan bayi berusia empat bulan itu kepada umum mempunyai banyak bahaya dan boleh mendatangkan risiko.

"Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia.

"Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama komedi 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.


Punca Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, lara alana, scha al yahya, awal ashaari,
Keluarga bahagia... Awal bersama Scha dan anak mereka, Lara Alana.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang media sosial Instagram dan Facebook yang dibuka atas nama kanak-kanak itu.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap sebagai mendedahkan privasi  bayi tersebut kepada risiko terhadap keselamatan.



Sementara itu, jelas Scha, laman sosial Facebook yang dibuka itu bagi mengelakkan akaun palsu yang dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihak tersebut menggunakan nama Lara Alana bagi menarik pengikut supaya laman itu dapat dijual kepada pihak lain.

"Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku selepas akaun media sosial itu diwujudkan.

Baca : Syamsul Yusof Disaman Penulis Novel 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif