Sunday, February 15, 2015

Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

Pada 12 Februari (Khamis) lalu, Ana Raffali selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal di Hospital Ampang dan baru sahaja berkongsi mengenai perkhabaran gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya hari ini.


Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Ana Raffali

Seperti yang dikhabarkan Ana kepada Berita Harian, bayinya itu dilahirkan lebih awal dari jangkaan (5 Mac) dan dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.


Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Ana Raffali

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Ana nanti bakal membawa lebih keceriaan dan juga kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan secocok ini yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Sumber : rotikaya.com

Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin

Tahniah kepada Fahrin Ahmad kerana bakal mengerjakan umrah buat kali ketujuh pada Mac nanti malah dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa sudah memasang niat untuk mengerjakan haji selepas mendirikan rumah tangga kelak.
Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fahrin ahmad

“Ramai juga yang bertanyakan kenapa saya tidak tunai haji terus. Sejujurnya saya berniat untuk tunai haji selepas kahwin tetapi bila nak kahwin tu, saya tidak tahu lagi”

“Memang saya ada usaha untuk mencari, tapi diusia saya 36 tahun ini, saya dah tiada masa untuk pergi keluar dating”

“Kalau boleh perkenalan itu hanyalah dalam masa yang singkat dan terus kahwin. Bagi saya dating dan proses perkenalan itu sangat membazir masa dan mengarut,” katanya yang juga kini sibuk dengan penggambaran dan serta jemputan ke majlis-majlis korporat.

Fahrin menambah, buat ketika ini dia lebih selesa bergerak sendiri kerana perkara tersebut memudahkan serta memberikan kelebihan untuk individu lain berurusan terus dengannya.

Sumber : rotikaya.com

Syatilla Sesuai Dijadikan Calon Isteri – Shaheizy Sam

Teka-teki mengenai siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat hati aktor Shaheizy Sam akhirnya telah terjawab. Walaupun pernah dikaitkan bercinta sebelum ini, hubungan di antara Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin nampaknya kembali hangat diperkatakan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Pengakuan terbaru daripada Shaheizy Sam ini pastinya menjawab dakwaan Fazura yang mendedahkan dirinya dan Shaheizy Sam bercinta ketika menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Bercakap kepada media, Shaheizy Sam mengakui bahawa Syatilla adalah teman wanita paling rapat dalam hidupnya kini setelah lima tahun mengenali antara satu sama lain.

Tambah Shahezy Sam lagi dia selesa berkawan dengan aktress tersebut dan mengakui Syatilla mempunyai kriteria untuk dijadikan calon isteri. Tidak mahu terburu-buru, Shaheizy Sam bagaimanapun memilih untuk mendalami hati budi wanita berkenaan terlebih dahulu.

    “Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

    “Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak.

    Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya. Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Dakwaan Fazura yang mengatakan dirinya bercinta dengan Shaheizy Sam ketika penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia nampaknya tidak disenangi Syatilla. Ini dibuktikan melalui status di laman Twitter Syatilla.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,
info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Apa-apa pun kita tunggu kenyataan daripada Syatilla sendiri berhubung status twitternya ini. Jika benar Syatilla sedang menjalin cinta dengan Shaheizy Sam, girlfiriend mana tak bengang bila tiba-tiba ada perempuan lain mengaku bercinta dengan kekasih hati sendiri. Mesti panas kan?

Sumber : ohbulan.com

Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati

Dah pernah tengok akaun Rich Kids of Malaysia di Instagram? Kami rasa tak ada satu pun pencalonan yang boleh menandingi level kekayaan dimiliki oleh anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Walaupun belum pernah terselit dalam carta RKOM, tapi apa yang korang bakal lihat kat bawah ni adalah sebab mengapa Aaisyah Dhia Rana sebenarnya lebih layak digelar ratu RKOM dan senang-senang je boleh mengalahkan budak-budak ‘kaya’ yang lain.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Belum pun sampai setahun tapi Aaisyah dah mampu memiliki barang kemas cukup serba serbi merangkumi dua utas gelang tangan, gelang kaki dan rantai. Kau ada? Hahaha!


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Untung Aaisyah ada parents yang mampu sediakan segala-galanya. Difahamkan gelang tangan Aaisyah itu daripada Habib Jewel.
Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Kami tak pasti berapakah had umur untuk kanak-kanak atau remaja yang layak digelar Rich Kids of Malaysia. Tapi, apa yang pasti, jika Aaisyah tercalon, si comel itu akan menjadi baby RKOM yang termuda dalam sejarah kewujudan page itu.


Anak Rozita Che Wan, Rich Kids Of Malaysia Yang Paling Sejati, info, terkini, hiburan, sensasi, rozita che wan, Aaisyah Dhia Rana

Dan mungkin Aaisyah boleh menggugat populariti abang sulungnya, Ammar Effendy yang turut tercalon dalam page RKOM. Kalau Ammar hanya mendapat 56 likes, agak-agak berapa ribu like untuk Aaisyah? Mungkin sejuta.

Sumber : ohbulan.com

Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio

Penyanyi popular Ning Baizura menyuarakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah pihak stesen radio yang sukar memutar lagu-lagunya.


Ning Baizura kecewa dengan sikap stesen radio, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ning Baizura

"Kadang-kadang ada album baru pun tak guna juga sebab lagu tak diputarkan di radio.

"Sudah lebih lima tahun, saya hadapi masalah ini. Tambahan, pula semua stesen radio agak memilih lagu untuk dimainkan. Pastinya setiap stesen radio itu ada agenda mereka tersendiri," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Berikutan itu, Ning berkata dia kini lebih tertumpu kepada perkhidmatan radio indie Raku oleh Astro yang menawarkan podcast.

"Sebagai artis kita boleh mengeluarkan koleksi lagu sendiri dan mereka akan memutarkannya. Dalam mengatasi perkara ini, kita harus kreatif dalam mempromosikan dan giat berusaha.

Dalam pada itu, Ning turut berkata tahun ini dia akan menumpukan pada aktiviti kebajikan sebagai tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

"Saya baru saja menjayakan konsert amal yang bertujuan untuk mengutip derma kilat bagi mangsa-mangsa banjir.

"Malah pada bulan ini saya akan terlibat dengan pelbagai persembahan melibatkan kerja-kerja amal."

Sumber : tupai.com.my

Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Umamuddin Yunus telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat bekas suami pelakon, penyampai radio dan pengacara Sarimah Ibrahim, Andrew John Browning atau nama Islamnya Amir Andrew Abdullah pada 15 Mei 2009 terhadap Sarimah sah mengikut syarak.


Mahkamah sahkan lafaz cerai terhadap Sarimah sah, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, sarimah ibrahim

Umamuddin membuat keputusan berkenaan selepas berpuas hati dengan keterangan pasangan tersebut kepada mahkamah.

"Ia disaksikan tiga adik beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

"Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh," katanya Sarimah yang dipetik dari Harian Metro.

Pada masa sama, Sarimah turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila prosiding kesnya selesai.

"Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan."

Sementara itu, Sarimah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April depan.

Sumber : tupai.com.my

Atikah Suhaime Hangat Berpacaran Dengan Pilot?

Dengar-dengar cerita pelakon kesayangan MIG Production iaitu Atikah Suhaime sekarang ini tengah hangat bercinta dengan jejaka tampan dan elok.


Atikah Suhaime Hangat Berpacaran Dengan Pilot?, info, terkini, hiburaan, sensasi, gosip, Atikah Suhaimie

Dikhabarkan jejaka itu sering mengikut Atikah di mana sahaja acara mahupun majlis tetapi  di depan orang ramai, jejaka itu seperti tidak mengenali kekasihnya itu.

Difahamkan, jejaka itu adalah seorang pilot, jenis kapal terbang yang dipandu tu tak dapatlah nak dipastikanlah.

Walaupun dia seorang pilot, ada pula cerita yang tak syok didengar, dikatakan kekasih Atikah ini sebenarnya belum ditauliah untuk bergelar pilot.

Tapi dia punya ‘feeling’ macam dah bawa Airbus A380 dari Kuala Lumpur ke London, tapi nak buat macam mana, mulut orangkan.

Ada jer yang tak puas hati, ada jer cerita yang kurang enak nak dijajakan, kalau betul Atikah memang sedang hangat berpacaran dengan pilot atau bakal pilot tu, diharapkan hubungan mereka biarlah berjalan lancar.

Semoga kebahagiaan itu dapat dikecapi oleh Atikah, seiring dengan kerjaya lakonannya yang kini menjadi perhatian dan kesukaan ramai.

Sumber : murai.com.my

Noni AF Geram & Bosan Diburu Bekas Teman Lelaki?

Bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) Noni atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin akui telah diburu dan bosan dengan kelakuan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Akim yang mengganggu kehidupannya.


Noni AF Geram & Bosan Diburu Bekas Teman Lelaki?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Noni Af

Noni menjelaskan dengan panjang lebar di siaran Melodi Ahad lalu yang mengatakan hubungan dia dan Akim telah lama putus dan rancangan untuk berkahwin telah musnah.

Namun, bekas kekasihnya itu juga turut memberi penjelasan di program yang sama, dia bersikap demikian kerana Noni yang menjauhkan diri dan segala mesej dan panggilan telefon tidak dijawab.

Noni kata dia diganggu sejak kebelakangan ini disebabkan drama lakonannya dalam Istikharah Cinta yang telah melonjak naik semula namanya

Sebelum ni, dia tidaklah menjadi stress sebegini dan Noni juga menangis dihadapan jutaan penonton setia Melodi dan memberitahu ini semua adalah hasil penat lelah dia yang selama 7 tahun akhirnya membuahkan hasil.

Disebabkan itu, Noni juga berpendapat kemungkinan bekas teman lelakinya lihat dia sudah berjaya dan ingin kembali semula untuk memperbaiki hubungan cinta yang kian rengang.

Tak nak ulas panjang-panjang mengenai permasalahan korang yang berlaku ni, kalau tak suka dah tak sayang, sila jumpa face to face dan selesaikan secara professional.

Menggunakan media itu memang tidak salah, tetapi ada batasnya kalau setakat  ‘plan’ untuk berkahwin tidak jadi dan sebagainya, silalah selesai secara orang dewasa.

Dalam kehidupun ini memang kita tak boleh puaskan hati semua orang, yang penting nawaitu kita tu di mana kayu pengukurnya, kalau dah jadi parah susah nak baiki sebab hati manusia ni lebih halus daripada hati kuman.

Sumber : murai.com.my

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil

Majlis resepsi perkahwinan aktres jelita Yana Samsudin dan jejaka pilihan hati, Fadzil Zahari telah selamat dilangsungkan di dalam sebuah majlis yang cukup meriah di kampung halaman Yana yang terletak di Yong Peng, Johor Darul Takzim.


Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Dalam majlis gilang gemilang yang bertepatan dengan venue Dataran Gemilang itu menyaksikan kehadiran ramai peminat dan jemputan untuk menyaksikan pengantin baru yang cukup menawan menyarungkan busana ilham pereka kegemaran Yana Samsudin iaitu Zery Zamry dan mendapat sentuhan jurumekap popular, Deq Sha.

Gaun perkahwinan lengkap berlayah panjang meleret menaikkan seri pengantin pasangan ini yang selamat diijabqabul pada hari Jumaat sebelumnya. Majlis resepsi ini khusus diadakan khas untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.

Pengantin yang nyata amat menantikan hari bahagia ini tidak lekang melemparkan senyuman menerusi foto yang dikongsikan Yana di Instagramnya menerusi jurufoto rasmi majlis ini 2pi Project.

Majlis turut dihadiri ramai rakan selebriti dan antara dapat dilihat sudah tentunya Farid Kamil yang merupakan abang Fadzil, kini suami Yana dan isteri Farid, Diana Danielle, David Teoh dan isteri serta ramai lagi.

 Yana Samsudin selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fadzil Zahari dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Yong Peng, Johor, Jumaat lalu.

Pasangan itu telah dinikah oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars pada jam 4.15 petang dengan mas kahwin sebanyak RM10,000.

Fadzil atau nama sebenarnya, Fadzil Bahri Bin Dato` Dr Zahari, 32, telah menyediakan lima dulang hantaran yang kemudiannya dibalas pihak pengantin perempuan, Norliana Binti Samsudin, 29, dengan tujuh dulang hantaran.

Pihak pengantin lelaki juga turut menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Jom kita jengok foto perkahwinan Yana dan Fadzil dibawah ini.


Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Sumber : murai.com.my